tips blogging
Mengapa niche blog?

Ketika bercakap-cakap dengan salah seorang kawan saya yang mahu menulis di RajaBlog.info, saya katakan padanya boleh asalkan ia berkisar tentang dunia blogging sama ada teknikal dan seumpamanya.
“Amboi…macam Strategic Management ajer? Takkan blog pun main-main niche jugak..”
Entri kali ini akan berbincang mengapa niche blog dan apa yang baiknya niche blog ini..
Mengapa Niche?
Pembaca Setia
Saya ambil contoh blog seperti engadget.com yang mempunyai amat ramai pembaca setia. Pembaca tahu apabila mereka ke sana, mereka akan dipaparkan dengan barangan elektronik. Mereka tidak akan dipaparkan pasal politik, movie atau macam-macam benda yang lain.
Mereka hanya dapat apa yang mereka perlukan, iaitu maklumat barangan eloktronik yang cool dan menarik. Begitu jugalah kisahnya dengan blog politik di Malaysia ;)
Penulis Pakar
Kebanyakan niche blog akan ditulis oleh mereka yang pakar. Di Malaysia contohnya, blog mengenai kewanitaan, keagamaan dan kesihatan akan ditulis oleh mereka yang pakar: doktor dan ustaz-ustaz. Inilah contoh niche blog yang terbaik.
Pembaca yang baru singgah akan tahu bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat dan terjamin – tiada ketakutan dan kebahayaan. Jika perlu bertanya tentang sesuatu, mereka tahu akan mendapat respons segera dib log tersebut yang mereka tahu penulisnya adalah pakar dan professional. Dan saya harap ini juga salah sebab mengapa anda datang ke mari :D
Bagus untuk Iklan Teks
Kerana berbicara sesuatu niche dengan spesifik, ia juga bagus untuk buat duit dari iklan teks atau cpc seperti adsense. Adsense sebagai contohnya akan memaparkan iklan yang lebih relevan dengan blog niche. Pemilik blog juga akan lebih tahu anggaran income dari blog tersebut berbanding topic yang bercampur aduk.
Bagus untuk SEO
Niche blog lebih bagus untuk SEO dimana Search Engine akan berangapan bahawa blog tersebut mempunyai lebih authority dan akan disenaraikan dengan lebih baik di Search Engine, untuk jangka masa panjang.
Menarik Perhatian Pengiklan
Biasanya satu syarikat akan berminat untuk mengiklankan di blog yang ada kaitan dengan mereka. Lebih bererti, lebih strategik dan make sense. Saya juga akan mencari blog berkaitan untuk promotion.
Saya pernah menggunakan adwords untuk mempromosikan Rahsia 10K dan saya kerugian Rm 80 kerana salah memilih sasaran untuk iklan. Saya mensasarkan blog politik yang umum diketahui ramai pembaca, tapi hasil yang membeli setelah ke web berkeanan adalah kurang kerana tidak spesifik dan ramai yang hanya sekadar berminat untuk membaca, tapi bukan untuk membeli. Lagipun itu bukan bidang mereka!
Jadi bagaimana dengan blog yang bukan niche? Nantikan post seterusnya…