tips blogging

Permulaan 2009, Blog anda Liabiliti atau Asset?

Assalamualaikum wbt

Pada bulan July  2008 yang lepas, saya telah menghentikan IM untuk focus terhadap final year project (fyp)  untuk membuat system. Dan sepanjang waktu tersebut juga saya telah menganalisa beberapa website dibawah RajaBlog.info dan sesetengahnya telah menjadi liabilii (bebanan) berbanding asset.

Adakah blog anda Liabiliti atau Asset?

Maka apa yang saya mahu lakukan untuk tahun ini adalah mengurangkan kos dan juga menjual website yang menjadi liability tersebut dari terus meneruskan atau menghentikan ia serta merta. Menghentikan web yang dibina serta merta tanpa menjualnya adalah amat rugi kerana  banyak masa dan tenaga telah diperuntukkan.

Website Flipping (menjual website) jika ianya liabiliti.

Persoalannya, bagaimana untuk mengurangkan kerugian dengan menjual website tersebut? Itulah yang menjadi masalah buat saya pada masa sekarang. Saya ada menjumpai panduan website flipping tapi ia versi berbayar. Untuk 2009, saya berhajat untuk mengurangkan perbelanjaan IM dan untuk lebih berjimat cermat disamping memaksimumkan ilmu IT yang saya ada (programmer).

Oleh itu sekarang saya sedang melakukan research bagaimana untuk melakukan website flipping.  Jika anda ada cadangan dimana untuk belajar tentang website flipping yang bagus dan percuma, jangan lupa berkongsi dengan saya ya!

Boleh ke buat duit banyak-banyak dari blogging tanpa tahu Bahasa Inggeris?

BPC-CoverMedium Boleh ke buat duit banyak-banyak dari blogging tanpa tahu Bahasa Inggeris? Saya telah membaca ebook Blog PayCheck dari Profit Blogger yang telah ditulis oleh Gobala Krishnan. Ebook tersebut telah menyenaraikan pelbagai cara buat duit dari blogging, terutama dari segi content writing atau sebagai penulis blog yang boleh dikatakan menjadi tetapi perlukan satu kickstart – menulis English dengan agak baik.

Buat Duit Banyak-Banyak dari Blogging tanpa tahu Bahasa Inggeris?

Jika anda fikirkan bahawa anda boleh buat duit dan hidup sebagai blogger hanya tanpa menulis dalam Bahasa Inggeris, fikirkan semula. Dan jika anda telah diberitahu oleh sesiapa yang, anda boleh buat duit dengan banyak dari Blogging tanpa mampu menulis bahasa inggeris, jangan mudah percaya.

Untuk blog marketing, anda masih perlukan tahu menulis dalam bahasa inggeris, walaupun tak mahir. Blog commenting, sertai forum, menghantar blog ke directories, yahoo answers marketing, facebook marketing, twitter marketing dan seumpamanya, semuanya perlukan bahasa Inggeris.

Anda boleh SPAM dan tahu sikit-sikit jer bahasa Inggeris, tapi untuk long term, saya kira ia tidak berbaloi. Anda perlukan networking untuk topik yang sama, supaya anda boleh membuat jaringan untuk jangka masa panjang. Maka berbual-bual/contact selalu adalah perlu. Takkan nak guna bahasa Isyarat kot?

Sedikit Kisah Saya

387210 Boleh ke buat duit banyak-banyak dari blogging tanpa tahu Bahasa Inggeris? Saya berada di UTP lebih dari 4 tahun. UTP menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara di sini, maka bahasa Inggeris saya sedikit improve.

Tapi malangnya untuk menulis dalam bahasa inggeris dengan baik, tanpa kesalahan grammar yang teruk, saya gagal.

Saya tak berkeyakinan dan tersekat-sekat menulis dalam bahasa Inggeris. Satu artikel sepanjang 1 page pun sampai 30 minit. Itupun banyak ayat yang tak kena.

Maka apabila berkaitan blogging, saya lari mencari jalan alternative seperti membuat vblog (video blog). Oleh itu terhasillah MyAnimeOnline.com yang dikongsi dengan Azwan dan Izuddin.

Ya, saya berjaya lari dari masalah berbahasa inggeris, tapi as time goes on, saya dapati perlu juga menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris. Untuk blogging, untuk hidup dan untuk anak-anak saya kelak (siapa yang nak ajar dirumah kalau dua-dua tak reti?)

Saya perasan penggunaan bahasa Inggeris saya mula meningkat dalam satu kelas yang dinamakan Professional Communication Skills yang mementingkan percakapan dan open presentation dan discussion.

Ia mementingkan 2 ways communication. Anda bercakap, ditanya dan kadang-kadang digelakkan. Apabila semua terpaksa bercakap dan tunjukkan masing-masing ada kelemahan, semua akan berfikiran lebih terbuka. Jadi minda kita akan bebas masukkan maklumat dan belajar. That is how it works for me!

Itu cerita hampir 2 tahun dahulu. Namun life saya kembali kepada normal. Kadar bercakap dalam Inggeris semakin berkurang, lebih banyak mendengar orang berbicara.

Semasa cuti pertengahan tahun yang lepas (bulan 6 lepas) saya ada berniat untuk ulangkaji semula bahasa Inggeris, tapi terbantut. Tiada masa, dan tak tahu dimana buku belajar English (bercampur dgn buku adik2 – alasan!) Mungkin suasana nak belajar tak se-conducive dulu.

Dan terima kasih kepada Cikgu Azleen, kini saya boleh belajar Bahasa Inggeris lagi secara terbuka. Saya percaya mereka yang dah join mesti jenis yang terbuka dan tak kisah buat salah dalam belajar.

Saya akan cuba dulu Level 1 and kongsi pendapat saya tentang program Easy English ni. Untuk mereka yang berminat, boleh jenguk di:

[+] Program Easy English – Belajar English dengan mudah, dimana-mana sahaja

http://www.kelasenglish.com

Oh ya, konklusi post kali ni?

Blog Bukan Niche seperti blog personal apa salahnya

Pada artikel yang lepas saya ada menulis tentang Mengapa Niche Blog dan mungkin ada yang tertanya-tanya,

“kalau blog bukan niche macam personal blog, apa salahnya?”

Kebanyakkan blog ditulis berdasarkan apa yang mereka rasakan dan respond kepada persekitaran seperti politik, agama dan budaya dan kehidupan seharian. Mereka akan menulis apa yang mereka sukai atau mungkin berdasarkan minat.

Namun…

Untung batu tenggelam, untung sabut timbul..

popular_people Blog Bukan Niche seperti blog personal apa salahnyaSesetengah orang mungkin ok dengan cara tersebut, dan sesetengahnya tidak. Setiap saat, blog baru akan wujud di dunia dan mungkin di Malaysia, setiap satu minit (tiada data!). Blog personal biasanya kurang diminati atau dibaca melainkan si penulis mempunyai factor X seperti personaliti yang menarik, atau sesuatu yang unik atau mungkin juga seorang yang sudah popular seperti personaliti tv3 atau artis.

MohdIsmail.net sebagai contoh mempunyai personaliti dan gaya bahasa yang unik jika dibandingkan dengan kebanyakan blogger yang lain. Atau mungkin juga Catriona Ross yang merupakan seorang pelakon wanita yang cantik dan popular. Maka pembaca dan pemberi komentar akan merasakan begitu istimewa dan tertarik membaca dan memberi komen dib log-blog tersebut.

Kenali diri anda..

Nak mengubah diri menjadi macam mereka? Well, saya percaya setiap manusia mempunyai kebolehan dan keistimewaan sendiri.  Saya tidak akan menjadi Mail dan mungkin anda pun sama.  Bagi saya, hilang keyakinan diri amat teruk sekali. Jika anda terlalu rasa rendah diri atau perlukan suntikan semangat, saya syorkan membaca blog shueqry di iMotivasi.com

Jika anda telah mencuba blog personal dan telah melakukan apa sahaja untuk promosikan blog anda, mungkin anda boleh jadikan ia unik atau mungkin pilih salah satu atau dua minat anda dan jadikan ia satu niche blog. Menggabungkan kelebihan anda dan sesuatu yang telah popular juga satu idea yang baik.

Siapa tahu tuah anda pula ada di sana?