Released Tutorials

Memindahkan WordPress ke Folder Blog (atau apa-apa folder)

Saudara ridwan80 telah bertanya di ruangan forum RajaBlog cara memindahkan Blog WordPress dari Laman utama ke folder blog. Diharap artikel panduan dalam bahasa Malaysia ini membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Salammmm,

Ramzwatcher, saya nak tanya ni… blog saya ni saya letak dalam jomusaha.com.

Saudara Riduan80

cemana saya nak pindah blog saya tu ke folder ‘blog’? (http://www.jomusaha.com/blog). Saya rasa saya nak buat semua dalam satu folder. So, untuk blog dalam folder blog. Untuk subjek A masuk dalam folder A, B untuk folder B dan seterusnya? :)

Nota: Panduan ini diterjemah dari:
[+] Moving WordPress
http://codex.wordpress.org/Moving_WordPress

Kebanyakan orang mahu Wordrpress berada di laman utama seperti www.RajaBlog.info tetapi sesetengahnya pula tidak mahu ia menyerabutkan file-file utama.

Maka WordPress membenarkan anda untuk menggunakan subdirektori seperti folder blog dan url tersebut akan bertukar menjadi /blog

Berikut adalah langkah demi langkah:

1. Backup semua database dan folder wordpress anda

2. Create folder baru sebagai contoh folder blog

3. Login ke blog anda

4. Pergi ke Administration > Settings > General panel.

5. Di ruangan WordPress address (URI): tukar alamat web ke lokasi yang baru seperti http://www.rajablog.info/blog

6. Di ruangan Blog address (URI): tukar alamat web blog ke lokasi baru juga seperti http://www.rajablog.info/blog.

8. Klik Update. (Jangan buka blog anda lagi buat masa ini, kalau tak anda akan risau sebab blog anda masih tak menjadi pada masa ini. Siapkan dulu kesemua steps!)

Nota: Untuk WordPress 2.0: Buang folder wp-content/cache jika ada.

9. Alih file-file WordPress ke destinasi baru iaitu folder blog. public_html/blog, Jika tak pasti, download wordpress di wordpress.org dan lihat senarai file tersebut (hanya untuk semakan)

10. Jika anda gunakan Permalinks, pergi ke Administration > Settings > panel Permalinks dan update Permalink structure anda. Pastikan tertulis updated .htaccess

11. Jika terdapat sebarang masalah dengan gambar yang telah diubah, maka anda perlu mengubah gambar tersebut satu-persatu di bahagian post di SQL database. Untuk penerangan lanjut, baca tutorial di Tamba2′s:

[+] Tamba2 Tutorial “Moving your weblog inside your PC”.
http://www.tamba2.org.uk/wordpress/move3

Video: Mengambil warna dari blog ke adsense untuk teknik blend dan seumpamanya.

Assalamualaikum wbt

Pernahkah anda mempunyai masalah dalam mencari warna template blog anda untuk digunakan pada adsense? atau
Mungkin juga anda tahu menggunakan coding css atau seumpamanya atau
lebih senang gunakan color yang ada disenarai pilihan adsense. Walau tak sama, tapi asalkan lebih kurang oklah.

Hari ini rajablog.info video production memberikan tips dalam bentuk video mengenai “Bagaimana mendapatkan warna untuk blog adsense anda hanya dalam 1minit!” menggunakan salah satu add on firefox dinamakan Colorzilla. Jika anda sudah pun tahu mengenainya, anda tak perlu tonton video ini. Sesuai untuk pengguna wordpress, blogspot atau mana-mana blog sekalipun, asalkan viewable dari Mozilla Firefox!

Ringkasan Video
Read the rest of this entry »

Latest Tutorials

langgan_feed Latest Tutorials