Downloads

Panduan Gmail Untuk Blogger dan Webmaster Diterbitkan Sempena Kemerdekaan!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat semua pembaca RajaBlog.info

panduan-gmail_besar Panduan Gmail Untuk Blogger dan Webmaster Diterbitkan Sempena Kemerdekaan! Panduan PERCUMA Gmail untuk WebMaster dan Blogger ini telah saya terbitkan untuk membantu webmaster dan blogger yang baru menceburkan diri dalam dunia blogging dan web. Penerbitan report kali ini adalah sempena dengan bulan kemerdekaan negara yang akan mencapai 51 tahun kemerdekaan pada 31 Ogos nanti.

Panduan ini bukanlah sesuatu yang akan mengajar anda untuk membuat duit atau sesuatu yang melibatkan duit, tetapi lebih kepada untuk meningkatkan produktiviti.

Kebanyakan ilmu yang terkandung dalam report ini sesuai untuk mereka yang mempunyai domain name sendiri. Semua ilmu ini adalah koleksi pengetahuan saya mengenai gmail selama beberapa tahun dan ia membantu saya dalam meningkatkan proses pembelajaran saya dalam bidang blogging mahupun internet marketing.


download-now Panduan Gmail Untuk Blogger dan Webmaster Diterbitkan Sempena Kemerdekaan!

nota: jika anda telah mempunyai keahlian dengan ruangan membership RajaBlog, anda hanya perlu login ke ruangan membership tersebut sahaja.

MENGAPA ANDA PERLU MEMBACA PANDUAN GMAIL INI?

Jika anda telah lama mempunyai email address, anda akan dapati email amat penting. Anda masukkan ia ketika mendaftar transaksi bank secara online, anda masukkan email untuk download percuma seperti report ini, forward jenaka kepada kawan-kawan dan seumpamanya.
Dan itulah masalah yang sebenarnya, semuanya mahukan email! Maka secara tak langsung banyak email akan terkumpul. Ada yang mustahak dan ada juga yang tak perlu dibaca pun. Dengan membaca report ini, anda sebagai blogger & Webmaster, anda akan mengetahui tentang:
Bab #1: Pengenalan Gmail

Bab #2: Gmail sebagai Pusat Kumpulan Email

Bab #3: Jimatkan Masa dengan Menapis dan Mengasingkan Email yang Diterima.

Bab #4: Tingkatkan Traffik dengan Meletakkan Signiture

Bab #5: Tingkatkan Jualan Ribuan RInggit dengan Email atau Autoresponder Segera


download-now Panduan Gmail Untuk Blogger dan Webmaster Diterbitkan Sempena Kemerdekaan!

Apa pendapat anda setelah membaca panduan ini?

Panduan Percuma WordPress Released, yay!

rajablog_logo[whitebg]Alhamdullillah syukur pada Allah berjaya juga saya terbitkan Panduan Percuma WordPress. Dengan lebih dari 67 muka surat, sarat dengan grafik sebagai contoh dan lebih dari 10MB, saya rasa saya boleh menarik nafas lega. Tercapai juga salah satu perancangan untuk awal tahun ke-2 RajaBlog.info – belum lagi, 27 July ni baru 2nd year :D

Sempena dengan tema dan konsep baru RajaBlog, ada juga fungsi baru seperti forum dan direktori blog. Ya, semuanya cakap pasal blog, blog dan blog. Oh, sebab itulah nama kat sini pun RajaBlog ;)

Detil pasal Panduan Percuma WordPress yang telah diterbitkan adalah seperti dibawah. Dan jangan lupa daftar untuk promote ebook percuma ni. Mana la tau kan ada rezeki jangka panjang anda dan saya nanti.. (psstt…daftar untuk tau maklumat lanjut)

“Panduan Ringkas, Bergambar dan Langkah Demi Langkah untuk anda miliki Blog WordPress sendiri – PERCUMA!”

Tanpa sebarang bayaran dan ianya amat mudah difahami. Juga terdapat support forum untuk sebarang pertanyaan lanjut dalam panduan ini!

Secara Ringkas, Panduan ini akan menunjukkan anda

  • - Pencarian Niche secara ringkas
  • - Installation WordPress dan
  • - Asas-asas dalam menggunakan blog wordpress.

Daftar di http://www.rajablog.info/members/

Kenapa WordPress?

Cuba anda baca komentar seorang selebriti blog Malaysia, MohdIsmail:

Blog kau di’Blogspot. Kalau kau ragu akan potensi menulis blog & mahu memulakan blog dengan percuma, gunakan WordPress.com. Elakkan Blogspot kerana Google seperti tidak peduli akan struktur Blogspot yang sudah lapuk. Lebih-lebih lagi ruangan komen. Kurang 1% Blogspot yang aku kunjungi akan aku tinggalkan komen. Ini bukan bermakna semua blog di’Blogspot tidak bagus — cuma sekarang jika boleh elakkan.

Nah, itu salah satu sebab beliau. Sebab lain adalah kena tunggu blogger.com update teknologi mereka dulu untuk fungsi-fungsi tambahan. Baca mereka yang pernah luahkan perasaan mereka di dunia internet:

http://www.bloggeraz.com/10-reasons-to-use-wordpress/

http://wirasutra.com/index.php/component/content/article/29-teknologi/47-why-use-wordpress

http://www.myblogmix.com/wp-plugin/?p=1401

Dan akhir sekali, jangan pula lupa tinggalkan sebarang komen dan cadangan. Nak bagi testimonial pun boleh :D