Blogroll

Laluan Rahsia Blogspot

Assalamualaikum semua. Yosh! Ceria kah anda hari ini? Kalau tak, kena ? kenalah ceriakan diri di hujung minggu ni. Boleh jalan-jalan beb!

Hari ini saya akan buat post yang boleh dikatakan menjadi rahsia dan tanda tanya bagi mereka yang menggunakan blogspot. Saya mengambil masa selama 4 bulan untuk menyedari rahsia ini.

Saya pernah ditanya oleh kawan saya mengenai template blogspot: Mu wat ghano ni Je? – dalam dialek kelantan. Kalau orang KL cakap: Kau Buat macam mana ni zan?

Anda tahu apa yang dihairankannya? Dia melihat archieve adalah drop down menu -rujuk gambar disebelah kanan.

menu Laluan Rahsia BlogspotYippie!..hari ini anda akan tahu bahawa ada lombong timah blogspot disana dan tidak kerugian masa seperti saya dahulu. Dimana tempat rahsia itu?

Jawapannya di blogger help!

Jika anda perhatikan di bahagian dashboard, ada link di bawah sekali dan salah satu daripadanya adalah blogger help.

help Laluan Rahsia Blogspot

Mungkin akan ada yang kata: Eleh, tu bukan rahsia.

Ya, memang bukan rahsia pada asalnya tetapi jika anda tidak tahu, tidak pernah gunakannya, pastinya ia satu rahsia buat anda bukan? Saya tidak mahu anda kerugian masa dengan mencari di enjin carian bagaimana buat itu, buat ini sedangkan telah ada di bahagian blogger help. Rugi masa anda melayari internet!

Baiklah, di bahagian tersebut terdapat beberapa pecahan utama iaitu Blogger Basics, Working with blogger, advanced use dan Beyond Blogging, yand di dalamnya mengandungi pelbagai pecahan pula, sesuai untuk rujukan anda.

Selamat belajar dari blogger help

Jadi sekarang, anda dah boleh dikira blogger professional lah ya kerana tahu rahsia ini :p

Saya telah mencuba perisian video yang pernah saya katakan semalam, dan hasilnya: saya masih tidak dapat streamkan video tersebut. Kenapa? Sebab ianya pecah-pecah.

Walau bagaimanapun, versi muat turun boleh diusahakan kerana berlainan format.
Video tutorial apakah yang mula-mula anda mahu pelajari? Tinggalkan komen di bawah :)

Bagaimana Mencipta Social Bookmarking [blogspot]

Saya kira anda telah membaca post terdahulu saya, Apa itu Social Bookmarking
Sekarang anda akan diajar bagaimana menggunakan social bookmarking ini.

Langkah-langkah: *anda boleh merujuk kepada imej selepas langkah-langkah ini utk penerangan:

1. Tulis siap-siap post anda
2. Copy Tajuk Post Anda
3. Layari laman web http://social.front.lv/

Step 1 :

1. Pilih servis social bookmark yang dimahukan di bahagian ?step 1? laman tersebut. Nota: untuk langkah 4, anda memerlukan host imej untuk menyimpan imej servis bookmark ini. Jika anda mahu menggunakan hosting saya, imej servis yang dibenarkan adalah:

2. Klik butang NEXT

Step 2 :

1. Taip url imej yang anda telah simpan. Jika mahu menggunakan hosting saya, gunakan url: http://perpustakaanmaya.com/images/

2. Klik No text, only logotype utk gambar sahaja.

3. Klik pada Ask for it (utk link post tersebut)

4. Klik pada Ask for it(utk tajuk post tersebut).Nota: Saya tidak menjadi menggunakan automatic, tidak tahu kenapa.

5. Klik butang NEXT

Step 3 :

1. Klik pada browser pilihan anda. Nota: Saya menggunakan firefox.

2. Masukkan url post tersebut. Untuk memudahkan anda, masukkan

http://urlbloganda.blogspot.com/tahun/bulan/tajukpost.html, menjadi sebegini:

http://tipblogger.blogspot.com/2006/07/tajuk-ini.html

Nota: Sila letakkan (-)ve atau symbol tolak diantara perkataan di dalam tajuk post anda DAN gunakan kesemua huruf kecil.

3. Masukkan Tajuk Post tersebut.
4. Copy code yang diberi
5. Paste di hujung blog anda.

SIAP dah!

Tidak nampak caranya? Klik pada video di bawah. Tetapi masa untuk anda memaparkan video terbabiit akan bertambah..

Cipta Tag Dengan Mudah Melalui Tag Generator! [blogspot]

Sebelum ini saya telah membuat post, bagaimana mencipta tag untuk blogspot

Hari ini setelah menerima komen dari Raimi, beliau mencadangkan menggunakan tools untuk mempercepatkan penciptaan tag. Buat Raimi, terima kasih dan saya bernasib baik kerana ketika saya mencari-cari blog terpilih minggu ini, anda datang!

Baiklah: cara mudah adalah menggunakan tools atau peralatan. Peralatan yang dicadangkan oleh beliau adalah berdasarkan web. (saya menggunakan extension dari untuk firefox untuk mencipta tag.)

Caranya:

1. Tulis Post anda siap-siap.
2. Pilih keotag tag genarator di www.keotag.com
3. Fikirkan kata kunci untuk tag anda. Katakan post ini saya gunakan “tag genarator”, maka tulis “tag+genarator”.
4. Tandakan laman web social bookmarking yang anda mahukan seperti technorati atau del.icio.us atau mungkin juga icerocket.
5. Copy dan Paste code dari laman tersebut ke post anda.
6. Publish post. Siap!

Mudah bukan?

Saya percaya terdapat banyak lagi tools yang anda gunakan. Jadi Share di sini! Seterusnya mungkin 4-5 hari lagi saya akan mengajar anda bagaimana menggunakan editor blog iaitu Performancing For Firefox, salah satu editor khas untuk firefox sahaja. :) Saya ingin menarik anda beralih angin ke firefox sebenarnya. :p