Plugins

Adakah SPAM Karma Bermasalah?

Saya pernah menulis mengenai plug-in Spam Karma Final Version dan seminggu yang lepas blog ini telah mendapat banyak komen SPAM!

komen_spam Adakah SPAM Karma Bermasalah?

Buy Tramadol atau keyword tramadol begitu banyak di komen spam.

Adakah ini bererti Spam Karma Mempunyai Masalah dan sudah tidak berfungsi?

Mungkin jika anda mempunyai masalah yang sama, anda akan fikir bahawa ia tidak berfungsi dan tidak berdaya menghalang SPAM. Sebenarnya bukan begitu.

Spam Karma hanya akan menghalang SPAM yang telah dilaporkan oleh setiap blog. Jadi jika ada komen spam diblog anda, jangan hanya buang (delete) komen tersebut tetapi blacklistkan komen tersebut. Dengan ini pengguna lain tidak akan menerima komen spam yang sama.

Maka dengan itu, Anda dan Saya sama-sama menyumbang untuk menghalang SPAM diblog wordpress :D

powered by performancing firefox

Plug in untuk menghantar private email kepada Ahli Berdaftar

Assalamulaikum wbt

MasyaAllah, rupanya dah lama saya tak update rajablog. Hanya
idea yang melilau dalam kepala tapi tak tertulis. Anda pernah menghadapi
sedemikian?

Saya percaya ianya berkaitan dengan motivasi diri.
Kadangkala motivasi diri saya menjadi lemah dan perlukan dorongan. Hurm..saya
masih tercari-cari apakah motivasi yang sesuai untuk saya praktikkan selain
membaca buku motivasi dan membaca kitabNya.

Baiklah, berbalik kepada tajuk asal kita (wah, jauh
melencong..hehe)

Situasi

Pernahkah anda lihat ruangan register dan login untuk
membership blog iaitu pelawat perlu mendaftarkan diri dengan memasukkan email,
barulah anda boleh mendapat apa yang mereka tawarkan? Sebagai contoh, anda mendaftar di
perpustakaanmaya.com untuk mendapatkan ebook percuma yang berada disana.

 

Anda perlu daftar (register) dan aktifkan link di email dan
login untuk muat turun.

 

Manakala di satu bahagian administration saya (di bahagian
users), saya akan mendapat tahu anda telah mendaftarkan diri.

 

Masalahnya

Namun saya tidak dapat menghantar newsletter (email) kepada
subscribers saya kerana tiada fungsi newsletter.

 

Newsletter penting untuk memberitahu ahli bahawa bahagian
tertentu telahpun di update

 

Penyelesaiannya

Saya telah mencuba plugin ini: wordpress private email dan dapati ianya mudah untuk di install
dan mudah digunakan.

Saya mempunyai pilihan untuk menghantar email kepada
subscribers, users dan administrators.

wordpress-private-email-plugin Plug in untuk menghantar private email kepada Ahli Berdaftar

Cuma batasanya adalah saya tidak dapat menggunakan nama si
pendaftar untuk menyapa mereka seperti ?update terbaru, Ramzan?

Bagi saya cara menggunakan nama penting untuk mendapatkan
perhatian dan nampak friendly :)

Jika anda mahu menggunakan ruangan membership (daftar dahulu
baru boleh nampak di dalamnya), anda boleh mencuba fungsi ini.

Hingga berjumpa lagi, Sayonara!

powered by performancing firefox

Siri Memberi Komen : Plugin WordPress

Plugin wordpress

Masalah

Pernahkah anda bertanyakan soalan berkaitan pada post blog
tertentu namun anda tidak kembali untuk melihat jawapan si dia?

?Bukan tak
mahu, tapi saya lupa. Dah tentu saya mahu tahu jawapan kepada soalan saya?


Mungkin ini rintihan hati anda bila menyedari hal ini.

Sebagai contoh saya sendiri pernah bertanyakan kepada
walikard berapakah harga promosi untuk rempah satey diy mereka, namun hanya
menjeguknya kembali 4 hari kemudian, itupun setelah ?laparnya. Lama tak pekena
satey?

Bagaimana mahu
mengatasi masalah ini?

Pada minggu lepas barulah saya tergerak memasukkan satu
plugin baru : subscribe-to-comments. Walaupun
sesetengah dari anda telah menggunakan plugin ini, tapi tiada masalah untuk
saya menerangkan kepada rakan-rakan yang lain bukan?

Jika anda perhatikan pada ruangan menerima komen, terdapat
satu kotak yang tertulis ?Hantarkan Perbincangan/Komen Ke Email Saya? atau seumpamanya yang membolehkan
si pemberi komen melanggan melalui email komen-komen yang akan diterima oleh post terbabit.

komens_2 Siri Memberi Komen : Plugin Wordpress

Maka disinilah wujudnya perbualan, perbincangan dan
interaksi sesama pemberi komen dan juga si penulis entri terbabit. Ini
bermakna, semakin banyak komen dan perbincangan!

Overview: subscribe to comments

Plugin untuk : WordPress

Cara Install : Mudah. Hanya perlu upload mengikut arahan,
aktifkan plugin tersebut dan siap!

Bintang dari saya: 4 dari 5. Tak cukup 1 bintang sebab ianya
akan menggangu pemberi komen pemberi komen yang aktif ? bayangkan si Ali komen
pada 10 blog dan kesemuanya dia subsribe, kan dah mengganggu setiap hari dapat lebih
dari 10 email :P


Jadi sekarang, apa pula pendapat anda mengenai plugin ini? Adakah
anda akan masukkan plug in ini ke dalam sistem anda sebagaimana saya? Jangan lupa berkongi
apakah perbezaan yang mungkin anda dapat rasai di ruangan komen.

powered by performancing firefox