Plugins
Senarai Plugin WordPress Pilihan Rajablog
Sebagai seorang pengguna wordpress yang baru, anda pasti pening memikirkan bagaimana blog orang lain boleh mempunyai pelbagai function yang menarik dan yang paling penting ia menyelesaikan masalah anda.
Disini saya senaraikan beberapa plugin yang pernah saya cuba dan mahu dicadangkan kepada anda.
ALink?
Alink amat sesuai digunakan untuk seorang internet marketer atau bloggers yang mahu DUIT kerana ia akan membuatkan perkataan yang telah anda simpan di bahagian option alink akan secara automatik di link ke url affiliate yang telah anda setkan.
Brian’s Threaded Comments
Masalah: Bila ramai yang beri komen dan anda mahu balas komen setiap atau beberapa komen yang sememangnya patut dijawab, ia amat diperlukan oleh anda. Saya sendiri mengalami masalah yang sama dan kini saya dengan senang-senangnya menjawab soalan
mereka. Sesuai untuk berbalas komen dengan aweks dan jejaka :P
Wp-Contact Form
Plugin ini akan menyediakan satu borang contact form atau hubungi kami. Melalui tag, anda boleh meletakkan form tersebut sama ada di post atau pages yang anda mahukan. Cukup Senang.
DoFollow
Plugin ini akan membuang no-follow kepada url di bahagian komen blog anda. Pada asalnya ketika memberi komen, secara automatik url yang anda tinggalkan pada ruangan komen akan ditanda sebagai no follow dan tidak akan di ikuti oleh spider. Jadi tiada page rank yang boleh dipasskan melalui komen. Melalui dofollow, anda sebenarnya baik hati untuk mem”pass” kan spider google ke url di bahagian komen.
PodPress
Plugin ini sesuai untuk anda yang mahu share file pdf dan pelbagai format video yang lain sama ada untuk tontonan terus atau muat turun. Sesuai untuk blog yang senantiasa menawarkan barang-barang percuma untuk pelawat mereka. Malangnya file .swf untuk format video rajablog tak dapat dimainkan melalui plugin ini.
Sidebar Widget
Sidebar widget amat membantu saya untuk meletakkan kod iklan seperti advertlets, google adsense dan sebagainya ke bahagian sidebar blog wordpress anda, hanya dengan drag and drop sahaja. Menyerupai fungsi page element pada blogger.
Spam Karma 2
Fungsi tambahan ini akan membantu anda untuk menghalang dan mengelakkan komen spam. Mudah Di install dan telah saya gunakan sejak dari dulu lagi.
ST Visualize Advanced Features
Teks bewarna, menambahkan fungsi underline, menambahkan karektor khas dan undo membantu anda untuk menghasilkan post yang lebih menarik, ceria dan bergaya.
Subscribe To Comments
Plugin ini akan menghantar email kepada pelawat blog yang telah meninggalkan komen atau pertanyaan di blog anda, setelah menerima menandakan kotak kecil di bahagian bawah. Anda boleh cuba memberi komen pada post rajablog untuk mendapatkan contoh.
Ultimate Google Analytics
Hanya dengan memasukkan id google analytics anda (perkakasan untuk analysis blog), ia akan membantu google analytics untuk mengesan dari mana pelawat anda datang dengan lebih baik
WpAds
Anda boleh meletakkan iklan seperti adsense, atau apa apa juga teks, images dan memaparkan ia dengan menggunakan tag yang mudah seperti <?php wpads banner ?>
Wp User Online
Anda dapat mengetahu berapa ramai yang sedang online buat masa sekarang dan terdapat widget untuk diletakkan disidebar untuk showoff blog anda sememangnya ramai penggunjung :P
Alright, setakat ni dulu senarai plugin yang saya cadangkan. Kalau ada apa-apa cadangan boleh usulkan kepada saya ya :D
Jom Ber-”MyBlogLog”
Pernahkah anda melihat gambar dan nama nick seseorang di sidebar blog orang lain bertanda recent readers? RajaBLog juga mempunyai fungsi ini. Bahkan orang yang memberi komen pun akan ada gambar ini, dengan syarat mereka telahpun mendaftar di MyBlogLog.com
Assalamualaikum wbt
Wah, panjang lebar intro saya kali ini..
Sebelum itu, apa itu MyBLogLog?
MyBlogLog was originally developed as a statistic service, after being aware that social networking is a huge tool among bloggers, there have decided to integrate with their own social networking system which turns out great.
source: http://www.easywordpress.com/labs/276/mybloglog-social-networking-for-bloggers/
Manakala rakan blog di RahsiaBlogger juga memberikan hints mengenai keberkesanan menggunakan MyBlogLog sebagai cara mendapatkan traffic yang lebih berkesan di
Tools tersebut memang hebat. Dengan adanya tool tersebut, anda boleh secara tidak langsung mempromosikan laman web ataupun blog anda. Saya telah mencuba melakukannya dan ia memang berjaya. Setiap kali anda melawat laman blog yang menggunakan tools tersebut, avatar untuk MyBlogLog anda akan terpapar pada bahagian tool Recent Readers. Jadi, apabila orang lain masuk ke laman blog tersebut, mereka yang ingin tahu mengenai diri anda akan menekan pada avatar anda dan majority di antara mereka akan melihat blog anda.
Yang menariknya, anda boleh mendapatkan plugin comment Avatar untuk blog wordpress mahupun blogspot anda.(klik pada platform berkenaan). Plugin ini akan memaparkan gambar si pemberi komen..Menarik bukan?
Saya pun suka melihat gambar saya dipaparkan bila memberi komen di mana-mana blog yang saya singgah :D Oh ya, sebelum saya menamatkan entry kali ini, Jom Join Komuniti RajaBLog.info!
p.s: anda dah join ke blom? Apa pandangan anda? bagi saya ianya tools yang menarik dan berguna!
ThreadedComment – Membalas komen pelawat blog anda dengan lebih kemas
Semalam saya telah bertanyakan pendapat anda dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mohdismail kerana mencadangkan plugin ini. Memang inilah yang saya duk carik!
So cikgu azleen pun dah tak payah gi edit kat adminnye panel lah (susah kan kat situ?)
So plugin wordpress yang dicadangkan adalah BriansThreadedComment
Oh, kepada pengguna blogspot seperti noushy, Dik Mal, Shueqry, dan lain-lain(saya pun gune blogspot gak :P). maaf saya tak jumpa lagi plugin atau tools yang boleh di integratekan dengan blogger. Saya harap akan ada nanti (alah, bukan payah pun programmer blogger tu nak letak :P)
Tapi terus terang saya ingatkan kalau nak bagi lawa dan sama dengan template yang anda gunakan sekarang, anda kenalah ubah sedikit koding (janganlah takut…)
Dalam file plugin tu dia takde ajar, so saya ajarkan kepada andalah sebab saya ambil masa jugak la untuk cari kat mana nak ubah tadi, so anda dah jimat masa (oh, saya sorang je la rugi? haha..)
So Untuk memudahkan anda, saya dah letakkan file tu threadedcomments[klik untuk download] dan
saya dah tandakan part mana kena ubah (saya letakkan kod komen dalam bahasa melayu)
InsyaAllah ia akan menyenangkan anda skitlah. Tapi still anda kena tahu mana nak cari font-size blog template blog anda.
File terkandung lam file download tu adalah:
1. briansthreadedcomments.php (diletakkan dalam folder plugin dan
file inilah yang perlu anda letakkan font tulisan anda nanti)
2. comments.php (diletakkan dalam folder theme menggantikan file comment
yang lama. Sila pastikan anda backup dulu file tersebut sebelum tukar
atau rename file tersebut kepada nama yang anda kenali)
Langkah Installasi
Langkah 1 : extractkan folder zip tersebut dan buka file briansthreadedcomments.php dengan wordpad (notepad tak tersusun)
Langkah 2: cari baris /* Masukkan font-size…..
Langkah 3: Masukkan font-size template blog anda.
Langkah 4: Langkah 2 dan 3 diulangi di bahagian seterusnya
(nota: anda perlu letakkan font-size template anda sebanyak
2 kali)
Langkah 5: upload file briansthreadedcomments.php ke folder
plugin dan file comments ke folder themes sekarang menggantikan file comments.php yang lama.
Langkah 6: Untuk setting, sila ke bahagian option. Siap!
So saya harap adalah yang dah try and kita leh bincang kalau ada apa-apa masalah.