Plugins
Sebelum Mengubah Permalink WordPress
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Mengubah Permalink Untuk Blog
Dalam ebook Panduan Percuma WordPress, saya ada ceritakan tentang mengubah permalink kepada structure yang baru, untuk tujuan SEO. Entri kali ini akan berbincang mengenai bagaimana mengubah permalink untuk blog baru, blog sedia ada (lama) dan plugin yang digunakan.
Gambar di bawah merupakan keratan gambar dari ebook Panduan Percuma WordPress mengenai bagaimana mengubah permalink untuk blog baru.

Cara tersebut amat sesuai untuk menukar permalink untuk blog yang baru disetup tapi bagaimana pula untuk mengubah permalink blog sedia ada, yang mungkin telah beroperasi lebih dari setahun? Mungkin juga sudah ribuan post yang dihasilkan.
Mengubah Permalink Blog Sedia Ada (lama) sedikit berlainan
Untuk mengubah permalink blog yang sedia ada atau lama, Ia adalah sedikit berlainan. Jika anda gunakan cara pertama, maka kemungkinan besar entri post sedia ada tidak akan berubah dan mengalami masalah. Lagi-lagi kalau anda jenis yang suka hyperlink kan antara post yang dihasilkan.
Gunakan Plugin Permalink Redirect
Maka saya syorkan anda gunakan plugin wordpress ini, iaitu Permalink Redirection.
Pastikan anda aktifkan plugin tersebut dan terus ubah permalink ke
/%category%/%post.html
Selamat Mencuba!
Tarik Perhatian Pelawat dengan Post Ticker!
Mahu Menarik Perhatian Untuk Pembaca Melihat Post Anda?
Mahukan banner sendiri untuk post anda?
Terima kasih kepada saudara eches kerana memperkenalkan plugin ini kepada saya yang membuatkan blog ini lebih kelihat lebih menarik, ?hidup? dan paling penting memberikan hint kepada pembaca post terbaru dari blog ini.
Developer untuk plugin ini, Stew telah menamakan ianya sebagai zzz-post-ticker.
Serlahkan CintaMu pada si Pemberi Komentar
Semasa melawat blog webmaster kegemaran saya, blog webmaster Malaysia ? saya telah mengetahui bahawa beliau telah menggunakan plugin yang hebat dan menarik iaitu ?commentluv?
Saya sememangnya mahu menganugerahkan pembaca blog ini yang memberi komen dan cadangan dan telahpun menginstall plugin dofollow tapi bagi saya ia tidak cukup untuk menunjukkan ?rasa sayang dan penghargaan? saya kepada pemberi komen. Nasib baik jumpa plugin ni, bolehlah ku katakan ku amat menghargaimu :D
Bagaimana ia berfungsi
Plugin WordPress The CommentLuv ini akan membaca feed si pemberi komen dan akan mendapatkan post terkini dari blog beliau dan akan dipaparkan di bawah komen mereka. Dengan ini ia diharapkan memberi semangat kepada pembaca blog anda dan secara tak langsung ia menujukkan anda menghargai meraka.
Jika anda sukakan komen dib log anda, sebarkan ?cinta? sekarang[dapatkan plugin]
p.s: jangan lupa mencuba fungsi plugin ini dengan meninggalkan komen