Wordpress

Serlahkan CintaMu pada si Pemberi Komentar

commentluv - i love u?Semasa melawat blog webmaster kegemaran saya, blog webmaster Malaysia ? saya telah mengetahui bahawa beliau telah menggunakan plugin yang hebat dan menarik iaitu ?commentluv?

Saya sememangnya mahu menganugerahkan pembaca blog ini yang memberi komen dan cadangan dan telahpun menginstall plugin dofollow tapi bagi saya ia tidak cukup untuk menunjukkan ?rasa sayang dan penghargaan? saya kepada pemberi komen. Nasib baik jumpa plugin ni, bolehlah ku katakan ku amat menghargaimu :D

Bagaimana ia berfungsi

Plugin WordPress The CommentLuv ini akan membaca feed si pemberi komen dan akan mendapatkan post terkini dari blog beliau dan akan dipaparkan di bawah komen mereka. Dengan ini ia diharapkan memberi semangat kepada pembaca blog anda dan secara tak langsung ia menujukkan anda menghargai meraka.


Jika anda sukakan komen dib log anda, sebarkan ?cinta? sekarang[dapatkan plugin]


p.s: jangan lupa mencuba fungsi plugin ini dengan meninggalkan komen

2 Sebab saya berhenti menggunakan widget WeShow.com

weshow wrong function?Sejak 11 September yang lepas saya telah menggunakan widget weshow yang pada masa tersebut amat memudahkan saya menyusun video yang ada. Dalam masa 15 minit, anda boleh memasukkan video yang anda suka. Tapi kini setelah sebulan menggunakannya, saya telah mengetahui kelemahan widget ini dan saya fakir buat masa terdekat ini saya akan membuang terlebih dahulu widget ini dari Rajablog.info 

Jika anda melihat screenshot yang telah saya letakkan, ia sebenarnya adalah gambar dari widget blog ini. Apa yang mengecewakan saya ialah kegagalan widget ini dalam 2 perkara iaitu:

  1. Fungsi klik untuk tonton tidak berjaya

Saya telah banyak kali mencuba tetapi malangnya saya masih belum berjaya untuk menonton video dari widget ini, padahal sepatutnya setelah anda klik pada imej di widget tersebut, ia akan terus memaparkan video terbabit.

Jadi ia merupakan kegagalan dan mampu mengecewakan sesiapa yang cuba klik untuk menonton.

 

  1. Menunjukkan Gambar Snapshot yang salah

Saya mula menyedari hal ini 2 hari yang lepas dan saya tak pasti bila ia sebenarnya berlaku. Snapshot yang ditunjukkan bukan dari video saya walaupun apabila anda tunjukkan imej tersebut dengan tetikus anda, ia akan memaparkan tajuk video-video saya. Ini tentunya mengecewakan saya sebagai pemilik dan penghasil video ini.

 

Kini telah tiba masanya untuk saya membuang widget ini dari Rajablog.info dan memikirkan alternatif lain yang lebih dipercayai serta mampu berfungsi dengan baik. Tidak hairanlah blog terkenal seperti blogherald juga telah membuang widget ini dari blog mereka. Adakah anda pernah menggunakan widget weshow dan mempunyai masalah yang sama? Atau pernah berasa kecewa apabila klik pada widget tersebut dengan harapan dapat menonton tetapi tak dapat-dapat? Kongsi pengalaman anda bersama saya.

Apa yang menarik pada Dexter, wordpress v2.3?

wordpressv23 Saya belum menaik taraf versi blog ini ke versi baru wordpress – Dexter, di dinamaklan sempena dengan nama peniup saksafon yang ulung di dunia, Dexter Gordon.

Jadi saya telah mencari sebab yang bagus untuk saya melakukan naik taraf. Jika tidak ada apa-apa yang memanfaatkan saya, saya hanya perlu tunggu untuk versi lain :P Jadi ini adalah rumusan yang boleh saya buat setelah membaca post yang  terperinci mengenai hal ini di Technosailor.com: 10 Things You Need to Know About WordPress 2.3

  1. Tags
  2. Update notifications – menghantar nota kemas kini plugin dan versi wordpress terus ke dashboard anda.
  3. Canonical Redirection – mengubah url yang tiada www. kepada ada
  4. Post Workflow Improvements – Pengurusan draft yang lebih cekap dengan menambahkan siri dropdown menus di ruangan pengurusan “page”
  5. Pluggable Dashboard – menganti/menambah hasil technorati kepada hasil carian google Blog di bawah Incoming Links
  6. $wpdb->prepare()
  7. Atomlib – menyokong support library untuk produk Atom: Atom Publishing Protocol dan the Atom 1.0 feed
  8. Deprecated Functions – template tag permalink_link() telah diganti dengan the_permalink()
  9. Multiple Category Widgets – membolehkan kumpulan kategori diasingkan kepada kumpulan dalam cara berlainan.
  10. Pluggable RSS Library – membenarkan pengguna feed memilih enjin parse feed yang mereka sukai

Saya telah menjumpai satu sebab yang kukuh kenapa saya perlu upgrade Rajablog.info kepada versi Dexter memandangkan blog ini kini telah menghasilkan 2 jenis post – satu untuk Luar Negara versi bahasa Inggeris dan Tempatan, versi bahasa kebangaan – bahasa Malaysia. Harap-harapnya ia sesuatu yang benar-benar bermanfaat untuk blog ini

Mereka yang turut bercakap dan mewar-warkan berita ini:


Malay:

Erzwan.com
Asblogger.com di pelantar wordpress2.3
InternetMelayu.com – Senarai yang bagus untk membina web dan upgrade ke wp-23

English:

Mashable.com – Php Toolbox
TheBlogRevenue.com – Dexter For WordPress 2.3
Devlounge.net – WordPress 2.3 Released
EastWoodZhao.com – wordpress 2.3, no-widgets-required
BlogOhBlog.com- now-wordpress 2.3-dexter
Plugin Compatibility for wordpress 2.3