Video
Video Trackback dan Contohnya!
Semalam saya telah membuat post mengenai trackback dan contohnya tetapi mungkin kerana saya yang membuatkan ianya nampak susah, maka hari ini saya akan gunakan video. Mungkin lebih senang? ;p
Maka dipersembahkan kepada anda, video trackback dan contohnya
Klik disini untuk menonton: Video Trackback dan Contohnya!
Nota: setelah melihat video ini, eloklah anda turut lawati post sebelumnya kerana ada part yang video ini tidak tunjukkan.
Ps.: pada asalnya saya mahu menambah plugin undian(vote) tapi saya tak dapat install. tak apalah.oh ya,
saya tidak akan membuat post untuk 2-3 hari ini kerana ingin membiarkan lebih ramai yang melihat post ini. ;)
edited: Selamat Menyambut Ramadhan Yang Mulia. Moga Kita Dapat Memperbanyakkan amal.
Trackback dan Contohnya
Apa itu trackback? Apakah fungsi trackback?Bagaimana Menggunakan trackback bagi wordpress?
Assalamulaikum wbt
Nampaknya selepas saya menghasilkan post semalam yang bertajuk Apakah perbezaan antara laman web dengan blog? Kelebihan blog berbanding laman web html?, maka kita akan bincangkan mengenai trackback. Saya akan gunakan gambar kerana senang nampak perbezaannya. Lagipun, baru saya perasan yang trackback nie sebenarnya tak susah dan sebenarnya senang sahaja.
Apa itu Trackback? trackback membenarkan blog menghantar mesej untuk memberitahu blog yang lain mengenai kritikan yang diberikan mengenai topik tersebut dan memberikan sumbernya sekali (terpapar nama pengkritik tersebut di bahagian komen).
Itu definisi standardnya lah. Baiklah, saya petik dari post semalam:
Situasi 1: orang lain meletakkan link dan artikel saya dib log beliau tanpa trackback
Katakan blog satay diy meletakkan url rajablog di post beliau, tanpa merujuk kepada mana-mana post. Sebagai contoh: http://rajablog.info/blog.
Gambar dari blog satay diy p.s: anggap blog satay diy letakkan url rajablog.info
Maka di bahagian admin saya, dashboard akan tertera begini. Ya, saya akan mengetahui bahawa satay diy sedang bercakap pasal saya!
gambar di bahagian admin saya
Saya menyedari hanya dengan melihat incoming link di bahagian admin, di bahagian dashboard seperti diatas
Situasi 2: beliau meletakkan trackback.
Maka dibahagian komen saya, akan dipaparkan nama beliau dan sedikit apa yang beliau bincangkan diblog tersebut.
Ini adalah post saya mengenai komen dari blog syazelle.com dan saya telah meletakkan Url Post Beliau, bukan semata-mata url sahaja. Contoh url tersebut: http://www.syazelle.com/2006/08/18/behind-the-fellowfriends/

gambar 1 post dari rajablog
Maka di bahagian komen beliau akan tertera sebegini:
preview post saya terpapar diblog syazelle.com
Tambahan(editing on 10pm):
Kita lihat contoh yang lain pula.
Sekarang saya telah cuba trackback antara 2 blog saya iaitu game rajablog dan rajablog.info(post ini).
Di Blog Game RajaBLog
1. Blog Game saya telah membuat ulasan untuk post ini dan meletakkan url post ini disana.

2. Maka blog Game RajaBlog akan menghantar ping (memberitahu) ke post blog ini. Bagaimana saya tahu? Perhatikan gambar dibawah: already pinged [url post]

Di Blog RajaBlog.info
3. Setelah post ini menerima ping (diberitahu), maka dibahagian komen post ini akan terdapat komen dari blog game tersebut.
4. Maka dibahagian admin rajablog akan dipaparkan seperti ini:

Perhatikan list ke-4, Game RajaBlog.info telah keluar dibahagian komen saya.
maka ringkasannya, katakan anda mengulas tentang post A diblog anda, maka secara automatik setelah publish, komen akan dipaparkan dibahagian komen post A.
Tak percaya? Cuba anda ulas post saya ini diblog anda (pastikan anda letakkan url post ini!)
Ada apa-apa lagi? jom bincang!