Sepintas Lalu
Filem Aku, Dia dan Blog..
Pernahkah anda menonton filem Aku, Dia dan Blog? Jika ya, memang anda penipu kerana buat masa ini, tiada orang yang buat filem tersebut lagi. Hehe..?
Hari ini saya wujudkan satu kategori baru iaitu Pandangan. Segala pandangan saya terhadap dunia blog akan disuarakan di bahagian ini. Yes!! Saya sungguh gembira!
Baiklah, mari kita lihat reka jalan cerita untuk Filem Aku, Dia dan Blog. Hurm, nak tiru gaya cerita aku dan walkswagonkah? (maaf, saya tak reti eja ;p) Atau mungkin Ada apa dengan Cinta?? ?
Biar apapun yang pasti iainya mesti bersabitan dengan blog!
?
Ini rekaan saya:
Filem aku, dia dan blog mengisahkan cerita cinta antara 2 remaja(of courselah lelaki dan perempuan ya). Aku[yusry] dan Dia [Erra] (oh, saya main taruk sahaja) telah berkenalan antara satu sama lain diblog Erra. Setiap hari Yusry akan melawat blog Erra meskipun dia tahu Erra tidak meletakkan post terbaru, diketahuinya melalui rss feed. Yusry mahu mengamati setiap gambar Erra yang dipost dib log gadis tersebut.(oh, erra guna konsep photo blog rupanya). Tetapi berdasarkan post dari blog gadis pujaannya itu, seolah-olah dia telah berpunya.? Adakah cinta yusry akan diterima Erra?
Cerita anda? Hehe??
p.s: ada moral disebalik rekaan *filem ini seperti menguratlah awek diblog..hohoho..
Jenguk-jenguk 25 Ogos 2006
Bitol aka Hafiz nak beri buku eook percuma kata, jom tengok sekarang!
Dib log SimplyBuzz pula mengandungi blog mengenai game dari Joel Comm. Wah, semestinya game bersabitan dengan adsense!
Di blog Saifulsham hari ini telah mengeluarkan post yang selamba bertajuk :Utusan Elektron: Berita Perniagaan Internet Malaysia. Post sebegini telah memberi sedikit kelainan kepada post-post yang ada tetapi sebenarnya adalah lebih cenderung kepada pengumuman ;p
Di blog mdpai pula bercakap mengenai ?Selamat Tinggal Pluto?. Saya petik post kekecewaan beliau: ?Saya memang berminat dengan astronomi dari kecil lagi, bahkan pernah ada cita-cita hendak menjadi ahli astronomi, namun di Malaysia, bidang ini tidak begitu diutamakan menyebabkan cita-cita saya terkubur. Adakah anda setuju Pluto dikeluarkan dari sistem suria??
Dib log syazelle pula, beliau bercakap mengenai un jour miserable. Erk, ape nie? Nak tahu kena lawat blog beliau. Dib log Dr.Irfan khairi pula sedang bercerita tentang Bukan semua berita baik apabila anda berjaya! Adakah Dr telah menemui musuh? Adakah Dr. Disabotaj lagi? Klik ke blog beliau!
Berita Dari RajaBlog, video Penggunaan RSS feed akan dihasilkan untuk anda! Khas untuk mereka yang takut-takut dengan teknologi ini.
p.s: nak masuk dalam berita? Komenlah. InsyaAllah kami akan siarkan berita pasal acara di blog anda juga :)
Jenguk-jenguk [16 Ogos]
Wow, hari ini saya jumpa post yang menarik dari blog SimplyBuzz iaitu post yang bertajuk
What Joel Comm Never Told You – AdSense Multi-Millionaire websites revealed!
Jika anda mengenali nama Joel Comm, beliau adalah seorang penulis ebook What Google Never Told You about Making Money With Adsense (kini edisi ke-4 kalau tak silap).
Hasil dari penemuan ini, kita dapat lihat otai ini pun ada langgar TOS sikit-sikit (ops, belum confirm dia punya ya, pemunya website tu agak aja tapi cara research dia boleh pakailah).
Di blog syazelle pulak, post beliau bincang pasal ?I sound like stupid if I speak in Malay.”
Post yang timbul dari pendapat mengenai Sharifah Armani (pelakon Sepet, Gol N Gincu n Gubra) di malam Festival Filem Malaysia yg ke-19 (menang Pelakon Wanita Terbaik)
Alamak..tak sempat nak tambah lagi..kena pegi ke kelas da..see ya :)