Sepintas Lalu
This Domain Name has been blocked by Blinklist
semalam saya telah menjumpai artikel yang menarik untuk dimuatkan dalam mblogger ke-2 dan tiba-tiba teringin pula saya menggunakan salah satu social bookmarking di talian iaitu blinklist. So saya blink post tersebut, login ke akaun blinklist dan ini yang dipaparkan
Oh, rupanya blog dia dah kene blacklist oleh BlinkList! Jadi saya
tertanya-tanya apakah perbuatan beliau sehingga telah disenarai hitam oleh pihak blinklist. InsyaAllah saya akan cuba bertanya kepada beliau sendiri mengapa melalui contact us. Harap-harap beliau sudi berkongsi dengan kita nanti.
Cuba teka, mengapa ya? Spamming keywordkah? Atau anda pun pernah kena?
Apa yang saya pelajari sepanjang 25 hari cabaran ni..
Yehaa!! Hari ni dah sampai hari ke-25 saya blogging tanpa henti. Tak saya sangka sesuatu yang saya anggap mustahil dulu rupanya mungkin akan diganti dengan attitude baru.
Sambil termenung di atas kerusi, saya berfikir “Apa yang aku dah capai sepanjang 25 hari ni?”
Baiklah, apa yang saya pelajari sepanjang cabaran 40 hari ni adalah:
1. Meramaikan Rakan Blogging dan Rapatkan lagi kalau dah kenal :D
Semenjak cabaran 40 hari ni, makin ramai rakan bloggers yang saya kenali. Dan kalau yang dah kenal tu (macam amanz), maka bertambah rapatla. pssst…aman, ko bz ke skang? Cam ada projek je?
2. Meluaskan skop blogging dan pembacaan
Secara jujur sebelum ni skop pembacaan blogging saya hanya berkisar mengenai blog, internet marketing, self enrichment dan buat duit :D
Tapi semenjak saya menganjurkan cabaran 40 hari, skop pembacaan blog saya semakin luas.
Kini saya boleh mendapatkan idea untuk mencari pasangan, kekeluargaan dan kasih sayang di blog noushy_syah(professional nie). Dik Mal dan Shueqry plak banyak berbincang mengenai self enrichment, motivation dan pengurusan – membuatkan hari-hari saya lebih positif.
Saya mendapatkan berita terkini mengenai macam-macam hal di blog Amanz.net, di blog jebat, dan akukaya.com. So atleast tak la saya jadik katak bawah tempurung. Tau jugak la macam-macam berita menarik :D Perihal mengenai open source pulak boleh saya ketahui di blog rakan saya di erzwan.com. Penting tu, dah nama pun budak IT.. ;)
Walaupun saya tak begitu memahami perihal yang dibincangkan mengenai forex (bagi saya banyak istilah kompleks) , tapi saya yakin sesiapa yang mahu belajar mengenai forex mendapat manfaat dari blog online bisnes. Ala, macam orang main saham. Dia akan wat analysis hari demi hari. Sesuai untuk learners.
Blog Cikgu Azleen, IbnuHassim pula dipenuhi pelbagai cerita mengenai kehidupan sebagai IM dan bloggers. Blog Along di penggila.com pulak bercakap pelbagai kegilaan manusia – gila handset, gila blog, gila dot dot dot? :P
Saya masih belum dapat 1 fokus kukuh sebab blog sedara rammel masih baru, tapi saya percaya akan ada 1 fokus yang berguna untuk saya.
Meskipun saudara Hasrul dan Teacher Nunu masih tak sertai cabaran ni dah, tapi saya harap blog mereka terus update. Banyak juga yang saya pelajari dari mereka. Keep the blog live bro and sis!
Oh ya, blog affuan ramzai sepatutnya belum disenaraikan. Beliau demam. Semuga cepat sembuh…. amin.
3. Masih ada ruang untuk membaiki attitude.
Saya hanya mempunyai 15 hari sahaja lagi untuk membetulkan sedikit attitude saya. (takmo sharelah keburukan) . InsyaAllah saya akan cuba membetulkan attitude yang tak berapa bagus tu.
Oh ya, anda pulak bagaimana? Ada pengajaran/pembelajaran baru?
Sepintas Hari Ini
Saya baru sahaja updates cabaran 40 hari dan peserta telah bertambah ke 8 orang. Selamat datang kepada brother Hasrul dan nousy Shah dan Erzwan
Saya bercadang mahu meletakkan tarikh penamat untuk setiap peserta dan harap-harap kiraan tersebut nanti betullah ye.. Kepada sesiapa yang masih berminat, anda boleh join lagi cabaran ni asalkan cukup 40 hari, “saya memang nak bagi sume saguhati tu untuk awak tau!”
Berikut adalah post-post yang menarik yang telah saya jumpa hari ini:
- Amanz.net pulak membuat 1post menarik mengenai kentut dan karektor. Ada maksud jugak upenya bila berkentut? Mana satu gaya anda? haha..
- Hasrul.net telah menulis panduan untuk menulis yang boleh digunakan untuk cabaran 40 hari ini. Paling menarik bagi saya adalah teknik menulis sepantas yang boleh dan kononnya anda sedang bercakap dengan orang lain (saya juga ada post pasal benda nie di ).
- Dik Mal pulak bercakap mengenai perihal freebies. Menariknya, esok Dik Mal mungkin akan menjadi peserta pertama yang kalah..mungkin…see there why..
- Cikgu Nurul masih memilih untuk menjadi lilin atau tak. Dia dah tak bersemangat jadi cikgu ke?
- NoushyShah telah menyertai tagging game, ini bererti lagi senanglah beliau completekan cabaran 40 hari ni!
- Shamsul baru menyertai cabaran 40 hari dan jika anda melawat blog tersebut, ia merupakan campuran xoops dan wordpress! Dan saya juga tertarik dengan ayat beliau, “yang penting support roomate tak kantoi..” haha..thanks mate.
- Nisah Haron, penulis cerpen “Annyss Sophillea” Komsas tingkatan 4 meluahkan pendapat mengenai sistem pendidikan yang mahu cari terbaik “mengikut sistem” untuk SPM. idea-idea yang bernas dari bekas seorang peguam!
- Hikari pula bercerita mengenai perihal orang yang tidak percayakan alam ghaib yang dipetik dari akhbar.
- Problogger.net akhirnya berjaya membeli domain name problogger.com – dlu domain ni ada orang pakai. 3 tahun dah dia tunggu dan akhirnya dapat jugak beli pada harga $5K kot..
- MohdSuhaimy pula baru aje post mengenai Persaingan. Satu realiti kehidupan yang boleh diambil sebagai panduan bagaimana kawasan berniaga A dan B boleh hidup/mati
- Saifulsham pulak nampaknya telah mati akal dan mahu melakukan brainstorming dengan pembaca kerana beliau mengalami writer’s blog. InsyaAllah anda atau saya akan’terkena’ penyakit ini nanti. :p Mintak jauh la
