Review
Bina Pakej Website sekelip mata PERCUMA! – Jangan terpedaya
Saya baru sahaja selesai mencuba satu tools yang menarik untuk membuat laman web dan juga blog dengan pantas dan percuma di BlinkWeb.com.
Inilah hasilnya untuk test drive tool tersebut (5 minit jer try..)

Tools ini boleh mencipta website dalam satu pakej – salesletter, blog dan squueze page dengan design yang sama. Mantap bukan?
Ketika mengguna peralatan ni, saya fikir:
“Inilah evolusi web tools yang akan mengegarkan dunia web design”
dan “senanglah aku macam ni..”
Cewah, bukan main gembira lagi kalau ada tools yang mudah, cepat dan stylo ni dengan hanya percuma…
tapi akhirnya apabila mahu save file tersebut:

Ceh…kena tipu rupa-rupanya. Kena bayar jugak. Ingatkan betul-betul percuma :D
Anyway kalau anda berminat untuk dapatkan website dengan cepat dan ada modal $$ (untuk client katakan), ia saya kira amat mudah digunakan dan menarik. Cuma kena pastikan koneksi internet lajulah – kalau tak sakit jiwa ;)
Ada apa-apa ebook atau panduan yang bagus untuk affiliate marketing? No more HYPE Please…
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat semua pembaca RajaBlog.info. Harap-harap pagi isnin ni anda ceria dan bersemangat memulakan tugas untuk minggu ni. ;)
Saya sebenarnya dah lama menyimpan niat untuk mencuba affiliate marketing, tapi kerana ilmu yang tak cukup, saya batalkan ia. Saya keliru dengan maksud landing page, squeeze page dan seumpamanya. Oleh itu saya perlukan bantuan anda, jikalau anda tahu dimana saya boleh mendapatkan panduan mengenai affiliate marketing yang bagus dan berguna. No HYPE! please…
Saya tidak menggunakan google untuk mencari panduan affiliate marketing adalah kerana satu, saya rasa personal recommendations adalah lagi bagus. Lebih ikhlas dan juga TELUS. Selalunya apabila ebook @ sesuatu berkaitan dengan internet marketing @ seantero dengannya, akan terdapat satu produk yang biasa telah overkan seolah-olah produk berkenaan adalah yang terbaik dipasaran.
Contoh terbaru adalah produk Google Nemesis yang digembar-gemburkan oleh ramai internet marketer diluar sana dan ia sebenarnya adalah hampeh! Gmail saya beberapa kali telah dipenuhi dengan promosi produk berkenaan, yang konon-kononnya produk berkenaan adalah terbaik untuk affiliate marketing. Indah khabar dari rupa.
Nasib baik bukan saya yang membelinya. So saya tak mahu perkara tersebut berlaku ke atas saya, maka saya perlukan pendapat anda tentang produk affiliate yang praktikal dan memang bagus. Anda ada apa-apa cadangan?
Bob Batal Niat untuk terus Offline
Saya pernah menulis mengenai Bob yang telah menjual satu blognya pada harga $10 000 (baca US Dolar), dan dek kerana penangan tersebut, saya rasa beliau membatalkan hasratnya untuk menumpukan hanya kepada aktiviti offline. Sesiapa yang nak buat duit tanpa batasan dengan blogging, anda boleh membaca artikel saya di sini, ia tak terhad hanya dengan menulis review ;) Bob tergolong dalam tukang reka tema
Dan sekembalinya bob kali ini, beliau ada hadiah untuk bloggers Malaysia semua, berharga lebih kurang RM 35 berbentuk tema wordpress yang dijualnya, simple pro:

Simple Pro Theme – $10.99
Simple Pro is a Simple WordPress theme created for sites with a lot of content, and looking to maximize their sites monetary revenue. It is a 3 columns theme, which has a standard layout and interface. On the front page we will see 2 different looping for the entry. Tabber and adsense ready on the top and sidebar. Simple Pro is compatible with WordPress 2.5! Mau Beli? Klik disini
Apapun Bob, welcome back ;)
Trimas kepada sumber asal inspirasi post kali ini, Azwan ALi