Umum

Bengkel WordPress Anjuran Catzer

Rakan saya catzer telah mengumumkan mengenai bengkel yang dianjurkan beliau sejak 2 minggu lalu, Cuma baru hari ini saya dapat menulis tentang hal ini. (Maafkan aku catz sebab lambat)
Bengkel WordPress ini telah di anjurkan oleh Cik Zamroszita. Berikut adalah profile beliau yang saya petik dari ruangan ‘Tentang Saya’:

Di dalam bengkel ini, Catzer akan mendedahkan langkah-langkah penting untuk membina laman web menggunakan WordPress yang perlu anda kuasai dalam usaha untuk menghasilkan laman web anda dengan kos yang minimum.

Setelah meneliti isi kandungan pembelajar dalam bengkel tersebut, saya boleh simpulkan bahawa ianya sesuai untuk pengguna baru dalam pembinaan laman web, blog dari WordPress. Boleh dikatakan dari mula hinggalah blog disiapkan telah dicover oleh beliau.
Harga bengkel ini RM290. Itupun anda dah dapat 1 hosting dan 1 domain name untuk setahun (anggaran saya ia bernilai RM 100 jika anda beli berasingan).
Modul – modul yang disediakan:
• Modul Eksklusif 1: Pengenalan Dan Pemasangan WordPress
• Modul Eksklusif 2: Konfigurasi Dan Kemaskini Laman Web WordPress
• Modul Eksklusif 3: Membina Isi Kandungan Laman Web WordPress Anda
• Modul Eksklusif 4: Membina 3 Model Laman Web Menggunakan WordPress
• Modul Eksklusif 5: Pendedahan Eksklusif Menjana Trafik dan Wang ke Laman Web WordPress Anda

Berbaloi untuk Newbie..
Apa yang menariknya, anda boleh belajar bagaimana melakukan customization keatas wordpress. Memang wordpress adalah percuma, Cuma untuk melakukan customization untuk menjadikan ia minisite, directory dan sebagainya, anda memerlukan pengetahuan dalam coding html, php dan keupayaan wordpress yang hanya boleh dapati daripada pengalaman dan pembelajaran secara berterusan.
Yang mungkin tak menarik nanti adalah bagaimana beliau mahu menguruskan support nanti. Cuma apa yang saya tahu, beliau memang suka tolong orang ;)
Jika anda berminat, anda boleh sertai bengkel sabtu ini atau pada 26hb April nanti di www.BengkelWordpress.com

Dari 40 Klik, 4 sign up untuk Pay Per Lead Rahsia Pro Affiliate?

Assalamualaikum wbt

Semalam saya ada menghantar email kepada subscriber saya untuk promosikan Rahsia Pro Affiliate iaitu mendapat RM 0.25 dari setiap user yang signup. Setelah 24 jam, saya dapati:

jumlah klik : 40 klik

bilangan signup: 4 orang.

convertion rate: 10%

Ia agak bagus dari segi convertion rate tapi jika dibandingkan dengan situasi sekarang dimana ia adalah cara percuma dan senang untuk buat duit dengan pay per lead. Tapi ia mengusarkan hati saya.  Sepatutnya convertion rate tersebut lebih tinggi?

Mungkin:

  • - subscriber saya tidak berminat untuk program pay per lead
  • - mereka mungkin tidak mempercayai program dari Malaysia boleh menganjurkan program pay per lead
  • - statistik website Rahsia Pro Affiliate ada faulty (huh? salahkan orang lain pulak!. haha)

Macam-macam saya fikir. Mungkin saya patut bertanya kepada subscriber saya siap sebenarnya yang telah sign up. hurm….

Apa kata anda? Mungkin juga anda boleh share pengalaman dari program pay per lead?

nota: Jika anda berminat untuk mencuba pay per lead dari Pro Affiliate, boleh sila klik disini

3 Dari 40 Klik, 4 sign up untuk Pay Per Lead Rahsia Pro Affiliate?

Blog Mesti Baca Untuk Debat Anwar Ibrahim vs Ahmad Shabery Cheek, 15 Julai 2008

Semalam menyaksikan satu lagi sejarah dalam politik negara iaitu Debat diantara Pihak Kerajaan dan Pembangkang. Perdebatan tersebut bertajuk “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak’ berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Debat ini saya kira satu fenomena baru untuk politik malaysia dan syukur ia berjalan dengan lancar, matang dan professional. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pihak pendepat dan tak lupa buat pihak pengajur, Agenda Daily kerana program yang berilmiah dan menarik sebegini.

Blog yang mesti dibaca, yang sedang hangat membincangkan mengenai debat tersebut adalah:

Blog Pendebat

dato-seri-anwar-ibrahim Blog Dato’ Seri Anwar Ibrahim di http://anwaribrahimblog.com/2008/07/16/rakaman-siaran-langsung-debat-dsai-vs-datuk-shabery-cheek/

Dipetik dari sana, konklusi kepada debat tersebut adalah:

Mekanisme yang kita tawarkan ternyata bukanlah satu yang mustahil sebenarnya:

1. Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.

2. Kita mempunyai maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi menjana tenaga elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.

3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion (USD90 bilion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.

Statistik: Komen Diterima: 67 Komen

Nota: Anda boleh menonton rakaman yang telah diupload ke Youtube di blog Dato Seri Anwar Ibrahim

dato-shabery-cheek Blog Dato Ahmad Shabery Cheek di http://notashabery.com/shabery/?p=123
Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim failed to offer a convincing and sustainable formula in reducing the price of fuel during the special debate ‘Form the Government Today, Fuel Price Down Tomorrow’.

Although he spoke eloquently and attracted the attention of the audience, particularly his supporters, with his rhetoric, the formula he presented was successfully rebutted by his opponent, Datuk Ahmad Shabery Cheek, who is the Information Minister. The minister provided more facts in defending the government’s move to restructure the fuel subsidy compared to Anwar who chose to adopt the populist approach in wooing the audience.

Statistik: Komen Diterima: Masih Tiada

update: blog Dato Shabery kini tertulis: Coming back…. Stay tune…Tidak pasti mengapa. Telah kembali beroperasi

Antara yang menarik perhatian saya ialah Debat ini turut menyaksikan penggunaan teknologi seperti live updates, live translation, dan live streaming. Tak sangka penggunaanya meluas di Malaysia ;) Antaranya:

Live Updates and Translation

anil8 Blog Mesti Baca Untuk Debat Anwar Ibrahim vs Ahmad Shabery Cheek, 15 Julai 2008 Blog AnilNetto di http://anilnetto.com/accountability/live-anwar-vs-ahmad-shabery-oil-price-hike-debate/

Blog ini ditulis AnilNetoo, Journalism and other writings touching on politics, human rights, spirituality, the environment, and socio-economic justice. Beliau juga salah seorang penulis blog di The Herald

Blog ini terus menterjemah apa yang dilihat dari kaca tv secara terus ketika Debat tersebut berlangsung semalam.

Statistik: Komen Diterima: 115 Komen

Live Streaming

malaysia-today-logo Live streaming telah pun diadakan di http://www.ipglobal.tv/ dan anda boleh baca komentar pembaca semasa live streaming tersebut di adakan di Malaysia-today.net : http://72.47.255.22/2008/content/view/9919/84/

Buat masa ini jumlah carian untuk Debat Anwar dan Shabery berjumlah 61 000. Kita lihat berapa jumlah pages yang akan diindex oleh Google dalam masa 2-3 hari ini

result-google

Bahan Bacaan Lain:

MalaysiaKini: Siapa juara Debat Mengikut Pandangan Rakyat?

http://www.malaysiakini.com/news/86174

http://bongkersz.com/tag/shabery-chik/

http://www.chanlilian.net/2008/07/15/debat-minyak-antara-dsai-dengan-sharbery-cheek/

http://www.rohaizad.com/2008/07/15/debat-khas-dato-ahmad-shabery-chik-mengarut-apa-sudah-jadi-tak-relevan-langsung

http://anakmerdeka.blogspot.com/2008/07/you-call-this-debate.html

http://sejuk.viere.net.my/2008/07/15/debat-hari-ini-membentuk-kerajaan-esok-turun-harga-minyak/