Tutorial

Video: Mengambil warna dari blog ke adsense untuk teknik blend dan seumpamanya.

Assalamualaikum wbt

Pernahkah anda mempunyai masalah dalam mencari warna template blog anda untuk digunakan pada adsense? atau
Mungkin juga anda tahu menggunakan coding css atau seumpamanya atau
lebih senang gunakan color yang ada disenarai pilihan adsense. Walau tak sama, tapi asalkan lebih kurang oklah.

Hari ini rajablog.info video production memberikan tips dalam bentuk video mengenai “Bagaimana mendapatkan warna untuk blog adsense anda hanya dalam 1minit!” menggunakan salah satu add on firefox dinamakan Colorzilla. Jika anda sudah pun tahu mengenainya, anda tak perlu tonton video ini. Sesuai untuk pengguna wordpress, blogspot atau mana-mana blog sekalipun, asalkan viewable dari Mozilla Firefox!

Ringkasan Video
Read the rest of this entry »

Bagaimana Melakukan Link Exchange dengan efektifk untuk meningkatkan page rank

Sebelum ini saya telah mewar-warkan kepada anda bagaimana untuk buat duit dari text link ads, namun sesetengah dari anda mungkin tidak dapat menyenaraikan blog anda disana kerana page rank blog anda kurang dari 3.

Jadi hari ini saya akan mengajar anda bagaimana untuk membuat link exchange atau pertukaran link untuk memastikan blog anda mendapat page rank 3 sekurang-kurangnya. Tutorial kali ini akan menggunakan imej dan dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk kemudahan anda.

p.s: Selamat mencuba dan lupa pulak saya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha sebelum ini sebab syok sangat nak balik kampung :P

Tujuan Link Exchange

Link exchange merupakan pertukaran link untuk mendapatkan page rank dan trafik dari web yang lebih popular dan well establish. Ini akan menarik perhatian

Advertiser atau pengiklan untuk mengiklankan barangan atau laman web mereka dib log anda.

Masalah Link Exchange

Namun terdapat masalah dalam link exchange terutama mencari dan mendapatkan blog yang popular, terkini dan up to date yang sama kategori dengan anda. Tambahan, anda terpaksa pula mencari ruangan Contact Us atau email mereka untuk memberitahu tujuan anda. Lagi teruk kalau tak jumpa, anda terpaksa cancel niat anda untuk link exchange dengan mereka.

 
Penyelesaian

Tutorial Rajablog kali ini akan menyingkap bagaimana anda dapat bertukar link atau link exchange dengan lebih mudah, menjimatkan masa dan praktikal, tanpa perlu membeli apa-apa software. Namun iainya memerlukan kesabaran dan kerajinan. Tutorial ini akan menggunakan aplikasi MyBlogLog.com, salah satu web yang kini telah menjadi milik yahoo.

 
Langkah langkah

 

  1. Di
    ruangan search di bahagian atas, taip kategori (niche) blog anda dan klik
    SEARCH

 

mybloglog link exchange1 Bagaimana Melakukan Link Exchange dengan efektifk untuk meningkatkan page rank

 

Nota:  

1. Anda perlu login atau sign up akaun mybloglog terlebih dahulu.

Read the rest of this entry »

Bagaimana Mengesan Keberkesanan Promosi Anda?

Assalamualaikum wbt

Adakah anda pernah melakukan sebarang promosi dan adakah anda dapat mengesan berapa orang yang klik dan ambil tahu mengenai perkara tersebut?

Semalam semasa melancarkan majalah M-Blogger saya terfikir bagaimana saya dapat mengesan iklan saya dengan lebih efektif?

Macam mana saya nak tau kalau saya iklan di sekian-sekian tempat, inilah hasilnya? Jika saya leburkan Rm 20 untuk letakkan iklan disatu tempat, ia memang berkesan?

Sebelumnya..

Sebelum ini saya pernah mencuba menggunakan script php yang ditulis sendiri, yang dipelajari di forum www.code-head.com tetapi malangnya ia amat melecehkan. Saya perlu login ke cpanel dan membuka file tersebut setiap kali ingin menambah link baru.

Sekarang..
Jadi semalam saya telah google sedikit mana-mana script yang senang dan terjumpa script Click Counter Duluxe 2.4[klik untuk download]

Apa yang anda perlukan?

1. Anda perlu mempunyai hosting yang boleh run php kerana script ini akan diinstall ke dalam hosting anda sebelum dapat digunakan.

2. Database anda tanpa space limit. Kenapa tanpa limit? Ia makan space banyak sangat ka? Hurm..saya risau anda akan guna banyak kali script ni dan ia akan senantisa simpan data mengenai ip orang yang klik supaya ia tidak bertindan(hanya ip baru sahaja).

Ini adalah rupa bahagian adminnya. Ringkas tapi cukup untuk memberikan maklumat.

click_counter_sekarang.thumbnail Bagaimana Mengesan Keberkesanan Promosi Anda?[klik untuk besarkan]

Cara Instalasi adalah mudah cuma url untuk diletakkan bila dah siap (untuk promosi) tu agak panjang seperti ini:

http://www.rajablog.info/majalah/counter/index.php?cid=campaign1&xrl
=http://www.rajablog.info/majalah/m-blogger_01.zip

tapi nak ubah kesan campaign dari mana senang sebab hanya tukar cid=kempen tu kat mana. Katakan anda promote kat rajablog.info, kat ruangan iklan, maka jadilah ia macam nie:

http://www.rajablog.info/majalah/counter/index.php?cid=iklandirajablog&xrl=
http://www.alamat dituju.com

Baiklah, selesai review dan tips hari ni. Anda ada rasa nak trace tak iklan and keberkesanan promosi anda seperti signiture, iklan berbayar dan sebagainya? Kalau ya, boleh cuba guna software ni.