Tutorial

Tutorial Bergambar: WP Threaded Comment Lebih Baik dari Brian’s Threaded Comment

Pengenalan Thread Comment

Threaded comment bererti membolehkan blog wordpress anda mempunyai ruangan berbalas komen berbanding cara lama komen di susun. Contohnya seperti berikut:

tanpa-threaded

Ini adalah contoh ruangan komen tanpa threaded comment di blog saudara Zool dari Ligakampung.com

Katakan Syia ingin membalas komen fiza, maka ia akan disusun berada dibawah rohaza.

Menggunakan threaded comment

Ini pula adalah contoh threaded comment:

contoh-threaded

Ini adalah contoh threaded comment. Ramzwatcher membalas komen Kasyidi dan Contoh telah membalas komen ramzwatcher. Maka itulah threaded comment; saling berbalas komen.

Sebelum ini saya menggunakan Brian Threaded comment namun plugin tersebut mempunyai banyak masalah seperti bermasalah dengan template dan kadangkala ia mempunyai error dan seumpamanya. Maka plugin yang mempunyai fungsi serupa dan tiada masalah, malah saya fikir lebih baik kerana lebih pantas menggunakan AJAX iaitu:

[+] Wp Threaded Comment

http://wordpress.org/extend/plugins/wordpress-thread-comment/

Installation Plugin Thread Comment

Memindahkan WordPress ke Folder Blog (atau apa-apa folder)

Saudara ridwan80 telah bertanya di ruangan forum RajaBlog cara memindahkan Blog WordPress dari Laman utama ke folder blog. Diharap artikel panduan dalam bahasa Malaysia ini membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Salammmm,

Ramzwatcher, saya nak tanya ni… blog saya ni saya letak dalam jomusaha.com.

Saudara Riduan80

cemana saya nak pindah blog saya tu ke folder ‘blog’? (http://www.jomusaha.com/blog). Saya rasa saya nak buat semua dalam satu folder. So, untuk blog dalam folder blog. Untuk subjek A masuk dalam folder A, B untuk folder B dan seterusnya? :)

Nota: Panduan ini diterjemah dari:
[+] Moving WordPress
http://codex.wordpress.org/Moving_WordPress

Kebanyakan orang mahu Wordrpress berada di laman utama seperti www.RajaBlog.info tetapi sesetengahnya pula tidak mahu ia menyerabutkan file-file utama.

Maka WordPress membenarkan anda untuk menggunakan subdirektori seperti folder blog dan url tersebut akan bertukar menjadi /blog

Berikut adalah langkah demi langkah:

1. Backup semua database dan folder wordpress anda

2. Create folder baru sebagai contoh folder blog

3. Login ke blog anda

4. Pergi ke Administration > Settings > General panel.

5. Di ruangan WordPress address (URI): tukar alamat web ke lokasi yang baru seperti http://www.rajablog.info/blog

6. Di ruangan Blog address (URI): tukar alamat web blog ke lokasi baru juga seperti http://www.rajablog.info/blog.

8. Klik Update. (Jangan buka blog anda lagi buat masa ini, kalau tak anda akan risau sebab blog anda masih tak menjadi pada masa ini. Siapkan dulu kesemua steps!)

Nota: Untuk WordPress 2.0: Buang folder wp-content/cache jika ada.

9. Alih file-file WordPress ke destinasi baru iaitu folder blog. public_html/blog, Jika tak pasti, download wordpress di wordpress.org dan lihat senarai file tersebut (hanya untuk semakan)

10. Jika anda gunakan Permalinks, pergi ke Administration > Settings > panel Permalinks dan update Permalink structure anda. Pastikan tertulis updated .htaccess

11. Jika terdapat sebarang masalah dengan gambar yang telah diubah, maka anda perlu mengubah gambar tersebut satu-persatu di bahagian post di SQL database. Untuk penerangan lanjut, baca tutorial di Tamba2′s:

[+] Tamba2 Tutorial “Moving your weblog inside your PC”.
http://www.tamba2.org.uk/wordpress/move3

Bagaimana Meningkatkan paparan Iklan Adsense Pada Blog Anda?

Saudara Topo telah bertanya kepada saya di post Adsense Referral:

ada tips x utk blog yg full melayu nak kasi adsense ade ads? x keluar khidmat pesanan masyarakat???

Sebelum ini saya meletakkan adsense di home page blog ini, iaitu ketika v1 dan v2 yang masih menggunakan post Berbahasa Melayu dan akhirnya pada august tahun lepas ia ditingkatkan ke v3 iaitu apa yang anda lihat sekarang ini, campuran antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Adakah Blog Rajablog v3 memberikan hasil yang lebih baik dari versi sebelumnya?

Read the rest of this entry »