Tips Traffik

Yahoo Answers Marketing

Assalamualaikum wbt

Saya baru sahaja selesei membaca tips yahoo marketing yang telah dipost oleh saudara Syed Ikhwan, salah seorang mentor untuk jomseminar.com – seminar mengenai internet marketing yang berharga RM397

Cara yang diberitahu dari artikel yang beliau kongsikan adalah dengan memanfaatkan fungsi yahoo answers. Yahoo answers adalah web social yang berkonsepkan anda tanya, orang lain jawab dan tandakan ‘best’ answer. Anda akan manjawab soalan yang ditanya dengan setepat yang boleh dan letakkan affiliate link. Cara step by step adalah:

  • daftar akaun dengan yahoo. Anda boleh juga gunakan id yahoo mail/ messenger anda.
  • cari soalan yang baru dan belum dijawab (jika ada). sekurang-kurangnya soalan yang hanya ada 2-3 jawapan sahaja.
  • jawab soalan tersebut dengan mencari informasi dari wikipedia atau google
  • letak affiliate link sebagai reference.

Kelebihan yahoo marketing adalah anda tak semestinya perlukan website atau blog kerana platform anda adalah yahoo answer tersebut sendiri. Jawab dan letak affiliate link.

Saya pernah mencuba mencipta soalan di sana untuk myanimeonline dan ia menampakkan sedikit hasil, oklah walau tak banyak. Itu baru 1 soalan. Macam mana pulak kalau jawab 20 soalan? Mesti lagi banyak click through rate bukan? The bad thing about marketing is repetition – proses mencari dan membuka soalan berulang-ulang, berhari-hari. Mungkin anda boleh scheduledkan hari apa untuk gunakan yahoo answers marketing selepas ini :D

Selamat Mencuba!

Best Gunakan Autoresponder mahal rupanya!

Assalamualaikum wbt

Adakah anda menggunakan autoresponder? Wikipedia menafsirkan Autoresponder merupakan program komputer yang akan membalas secara automatik email yang dihantar kepada anda. Sebagai contoh terima kasih, dan seumpamanya. Bagaimanapun dari sudut marketing, autoresponder digunakan untuk menghantar email atau email bersiri selepas subsriber sudi mendapatkan email dari anda melalui proses verify.

Sebelum ini saya telah mengambil masa 2 tahun untuk mencari alternatif kepada autoresponder terkenal seperti aweber dan getresponse iaitu $18@ $20, bersamaan RM 65 sebulan. Tambah 3 ringgit, anda boleh support pembantu anda untuk akses streamyx tanpa had.

Read the rest of this entry »

AWAS! Komen anda tak membawa apa-apa makna..

Sering kali kita mendengar mengenai tips trafik iaitu untuk mendapatkan trafik, lawati blog orang lain dan berikan komen!

Namun fungsi lain komen yang anda harus tahu adalah komen dapat memberikan page rank kepada blog anda. Apa pula fungsi page rank? Sila baca mengenai kepetingan page rank di artikel saya bertajuk: “Buat Duit dari Text Link Ads“. Oh ya, topik ini penting memandangkan google akan melakukan updates page rank mereka sekitar bulan depan atau bulan ini.

Saya andaikan anda telah membaca artikel ya.

Namun anda akan kerugian bila anda komen tapi tak dapat apa-apa hasil. Komen punyalah panjang, padahal anda kadangkala membazirkan masa.

Sebelum anda komen, pastikan web berkenaan membenarkan fungsi dofollow, dengan ini barulah page rank akan dibahagikan kepada anda.

Dofollow and No follow telah dibincangkan oleh saudara naem di diariadsense.com bertajuk ?? Komen lebih bermaknya dengannya. Tahniah saudara naem atas artikel yang bermanfaat ini :D
Read the rest of this entry »