Search Engine Optimization – SEO
Teknik Pelik Menjana Wang Dengan Blog oleh Reezluv.com
Saya telah melayari internet dan berjumpa 2 tip ringkas tetapi berkesan untuk blogger yang telah ditulis oleh saudara Reezluv.
Menjana wang dari blog ada banyak cara tetapi kali ni aku nak kongsikan satu teknik pelik yang korang rasa mesti agak kelakar bila aku kongsikan dan mesti rasa pelik kalau ianya satu perkara yang korang dah pernah buat sebelum ini.Baiklah, mari kita lihat dahulu kenapa aku berkata sedemikian? Mari tengok screenshot kat bawah
Apa yang korang dapat lihat kat situ? Bukankah satu cara yang best untuk dapatkan wang dari blog?
Baca selanjutnya di http://reezluv.com/2010/11/teknik-pelik-menjana-wang-dengan-blog
Sumber Traffik Paling Banyak = Search Engine. Tahniah MyAnimeOnline.com!
Mendapat Kedudukan Terbaik di SE secara tiba-tiba
Assalamuaikum wbt pembaca RajaBlog.info
2, 3 hari ni saya sangat gembira. Sangat berpuas hati. Blog MyAnimeOnline.com kini telah mendapat kedudukan terbaik dalam Search Engine untuk keyword bleach.
Tak kira sama ada bleach anime online, watch bleach episode 181 dan seumpamanya. Dan paling menarik keyword watch bleach 182 yang telah di publish semalam pun telah tersenarai di page utama atau kedua, bergantung kepada keyword.
Berikut adalah keyword tentang bleach. Blog Anime tidak kurang juga hebat persaingannya, sama ada dari Malaysia atau luar Malaysia. Begitu juga dengan search.
bleach episode 181
macross frontier soundtrack
one piece animeanime online
watch bleach 181 online
watch bleach episode 181
watch bleach 182 online
myanimeonline
one piece all episodes hd rapidshare
one piece anime online
Kenapa tiba-tiba?
Kenapa tiba-tiba jer naik ke top page dalam SE? Itu pun menjadi persoalan buat saya sekarang. Saya sendiri pun tak sempat track apa sebenarnya yang telah melonjakkan myanimeonline.com. InsyaAllah ‘siasatan dalaman’ antara blogger yang menulis akan dilakukan.
Mungkin kerana teknik WordPress Advanced SEO (rasanya tak sempat buat untuk myanimeonline.com), atau kerana Azwan ada lakukan sesuatu macam yang pernah beliau lakukan sebelum ini?
Terima Kasih dan Tahniah kepada Azwan dan Izuddin!
Apapun, saya ucapkan dulu terima kasih kepada Azwan dan Izuddin atas usaha untuk terus update myanimeonline.com secara konsisten.
Tahniah Azwan.
Tahniah Izuddin.
Tahniah buat kita semua.
ScreenShot untuk semalam, 31 Julai merupakan hits dan page view tertinggi untuk bulan Julai dek penangan Search Engine.

p.s: maafkan saya kalau nampak sangat terlalu gembira, sebab memang saya gembira :D
Belajar SEO – Bukan Rezeki Kau Azwan dan aku perlu muhasabah diri
“Bukan Rezeki Kau Azwan”
Itulah yang mampu saya ungkapkan kerana ketika menulis artikel ini, setelah mengetahui saudara Azwan berada di kedudukan no 2 dalam Cabaran Teknik SEO Wangcyber. Malangnya pertandingan tersebut tamat jam 12 tengah malam pagi tadi. So i guess not your luck azwan, bukan rezeki kau ;) Apapun ini membuktikan teknik SEO Azwan amat gah dan berkesan dengan hanya satu page.
Maafkan saya kepada semua yang terlibat, tapi saya rasakan Azwan, Blog Aneka Free(tak tahu siapa) dan Saudara Abd Fatah layak mendapat pujian dan mungkin juga pemenang kerana secara praktikalnya, kerana blog mereka bukan dibina atas tujuan pertandingan ini tetapi dan hanya bertanding dengan satu post.

Pandang dari sudut realiti
Jika dipandang dari sudut realiti, kita membina blog untuk kategori spesifik seperti kategori kereta, lain-lain dan personal seperti diari. Maka kita tak akan membina satu blog untuk kereta Honda, satu blog untuk kereta Toyota dan satu blog untuk kereta Proton. Sebaliknya ia diletakkan dalam kategori, honda, toyota dan proton. Lebih praktikal dan buat apa banyak-banyak blog?
Ini bukanlah untuk menidakkan peserta yang ada dan telah menang tapi pandangan saya yang biasa, yang tidak termasuk top 100 pun dalam pertandingan seo ni :D Cuma kebiasannya saya perhatikan, apabila membina blog hanya untuk satu keyword, blog anda akan lebih long lasting dalam search engine.
Tahniah Buat Pemenang! Dapat duit mereka, yay!
Tahniah buat semua pemenang! iaitu:
Muhasabah Diri
Pertandingan SEO ini telah menyedarkan saya betapa lemahhnya saya dalam SEO dan ketandusan idea kerana tiada ilmu seo yang mantap dan terkini. Nampaknya saya perlu belajar banyak dari saudara azwan dan abd fatah. Mereka berdua ni saya kira tak lokek ilmu berdasarkan personaliti mereka ;)
Anda boleh check ranking kedudukan dengan menggunakan tools SiteReport Check
Saya? Not listed in 100 results. Wow? Amazing. Teruk betul :D
Bagaimana pula dengan keputusan anda? Ada belajar apa-apa dari pertandingan ni?
Ramzan Rozali.