Promosi Blog
Teknik Pelik Menjana Wang Dengan Blog oleh Reezluv.com
Saya telah melayari internet dan berjumpa 2 tip ringkas tetapi berkesan untuk blogger yang telah ditulis oleh saudara Reezluv.
Menjana wang dari blog ada banyak cara tetapi kali ni aku nak kongsikan satu teknik pelik yang korang rasa mesti agak kelakar bila aku kongsikan dan mesti rasa pelik kalau ianya satu perkara yang korang dah pernah buat sebelum ini.Baiklah, mari kita lihat dahulu kenapa aku berkata sedemikian? Mari tengok screenshot kat bawah
Apa yang korang dapat lihat kat situ? Bukankah satu cara yang best untuk dapatkan wang dari blog?
Baca selanjutnya di http://reezluv.com/2010/11/teknik-pelik-menjana-wang-dengan-blog
Adakah Menghantar Web Blog Anda ke Direktori Relevan?
Ketika menulis artikel ini, saya baru sahaja selesai menggunakan beberapa software edisi trial untuk menghantar salah satu laman blog saya ke laman Direktori Percuma. Ini kerana ia dikatakan mampu memberikan backlink 1 hala (link ke web blog anda sahaja).

Imej Contoh backlink 1 hala
Jika suatu masa dahulu mungkin ya, tapi sekarang? Ia menimbulkan tanda tanya kepada saya terutama setelah google melakukan pelbagai perubahan seperti mengelak duplicated content dan cara menilai link seperti tidak membenarkan follow dan seumpamanya. Jadi saya telah melakukan eksperimen tentang perkara ini.
Sebelum itu, apa itu Web Directory?
Web Directory merupakan satu direktori web, atau lebih mudah dikatakan himpunan web dalam satu kategori yang sama contohnya seperti kategori komputer, politik dan seumpamanya. Ia bukanlah seperti satu search engine yang menyenaraikan laman web dan blog berdasarkan keyword, sebaliknya berdasarkan kategori tertentu.
Sesetengah direktori adalah umum; memaparkan pelbagai web dalam pelbagai kategori atau bahasa. Namun terdapat juga direktori spesifik seperti hanya memfokuskan untuk satu bahasa, atau bidang tertentu. Direktori RajaBlog pula tergolong dalam niche directory atau direktori spesifik. Contoh direktori yang terkenal adalah seperti Direktori Yahoo! dan juga Open Directory Project (ODP).

Imej contoh kategori direktori
Jenis Penyenaraian Direktori
Direktori akan memaparkan web yang tersenarai mengikut jenis penyenaraian seperti:
- Penyenaraian Percuma – tiada sebarang caj dikenakan
- Reciprocal Link – satu link timbal balik diperlukan dari web atau blog anda untuk memastikan blog anda juga tersenarai ke direktori terbabit
- Penyenaraian Berbayar – Anda membayar sekali atau sebulan sekali bergantung kepada pemilik direktori berkenaan.
- No Follow – tiada attributes rel=”nofollow” akan diberikan kepada anda, iaitu search engine tidak akan follow link web anda.
- Penyenaraian Featured – link web anda diberikan satu kedudukan premium atau khas seperti di bahagian 3 teratas dalam satu-satu kategori atau seumpamanya
- Bidaan Penyenaraian- anda membayar mengikut harga tempat yang anda mahukan.
Adakah Direktori Masih Relevan?
SearchEngineGuide.com berkata bermula 8 bulan lepas, penyenaraian di direktori menjadi tidak relevan, bergantung kepada direktori yang digunakan.
They don’t pass any link popularity and they drive zero traffic. If inclusion in the directory is free that is one thing, but if you are paying a fee, you better make sure that you are going to get some value out of your investment.
Antara sebab ia dikatakan tidak relevan dalam sesetengah direktori adalah kerana:
- Tiada Trafik – Kebanyakan direktori tidak menghasilkan banyak trafik untuk diri mereka mahupun untuk web yang disenaraikan.
- Tiada Daya Penarik – Direktori biasanya tidak memaparkan maklumat semasa dan kadang-kala tidak mempunyai banyak web yang disenaraikan di dalam direktori mereka.
- Tidak di senaraikan di SE – Kebanyakan laman direktori tidak berada dalam kedudukan yang baik dalam Search Engine (SE) bahkan ada yang tidak disenaraikan untuk kategori tertentu. Cuba anda taip apa-apa perkataan, pernahkan anda lihat satu direktori dipaparkan? Saya tak pernah!
- PageRank yang lemah – Google PageRank bukan segalanya tapi ia penting memandangkan direktori akan memberikan backlink kepada anda. Maka ia adalah penting untuk membantu anda disenaraikan pada direktori yang mempunyai PR 5 dari direktori yang mempunyai nilai PR 1.
Artikel seterunsya kita akan membincangkan mengenai bagaimana menghantar web atau blog anda ke web directory dengan lebih pantas dalam masa yang singkat dari penghantaran manual menggunakan beberapa perisian.
p.s: Anda juga boleh hantar link ke http://direktori.rajablog.info
Sayang Bloggers
Dulu saya ingatkan bila buat post yang bagus, saya boleh menjadi blogger yang hebat.
Tapi sayangnya tak..
Dulu saya ingatkan bila ada blog yang kemas dan tersusun lawa, saya boleh menjadi blogger yang hebat.
Tapi sayangnya tetap juga tak..
Kini saya tahu teknik tag and ping yang dikatakan boleh mendapatkan traffik secara mendapat,
membolehkan saya menjadi blogger yang hebat.
Tapi sayangnya tetap juga tak..
So kenapa? Saya takder rupa sangat ka? Saya memang ditakdirkan takleh jadi blogger ka? atau apa? katakan pada ku kasih..(eh?)
Antara perkara yang penting dalam menjadi blogger adalah – friends. Ya, kawan-kawan yang
suke menekan keyboard setiap hari. Mereka ni merupakan satu aset kepada anda.
Satu post yang hebat tidak akan akan diketahui oleh orang lain jika tiada kawan anda yang baca dan expose benda tu.
Satu sikap blogger baru ialah tak suka memberikan kredit mahupun quote post orang lain, dengan alasan: aku mesti jadik diri sendiri. Post semua dari idea aku sendiri!
Jika anda fikirkan begini, baik ketuk pemikiran tersebut.
Ini blog lah – rujuk merujuk (i mean trackband and permalink) adalah dunia blogging. Saling membantu menaikkan post yang layak diberi exposure, merupakan attitude blogging. Membincangkan topik dari post orang lain tak salah bahkan boleh tambahkan idea dalam satu-satu topik tu. So jangan takut! Cuma kena sama topik blog lah, kang dia cakap pasal toilet tapi awak yang cakap pasal makanan pi tulis pasal toilet gak memang teruklah- stink!
So melalui trackback/permalink dari post orang lain bererti anda mencari dan menjaga kawan. Tuan empunya blog tu mesti gi ke blog anda even dia tak kenal. Kalau post awak cukup bermakna, dia akan ingat and even bagitau lam post seterusnya. So you makes friend la tu..
Teknik tag and ping pun takkan berjaya kalau awak sorang-sorang je digg, blink atau seumpamanya (eh, saya pun sorang-sorang wat benda ni..haha..) Kena ada kawan-kawan yang suka digg nie..
so moral sebenarnya adalah :: buatlah banyak kawan terutama yang suke blogging gak. Quote post mereka jika menarik dan anda mahu berdebat/beri idea yang lebih baik. Digg/del.icio.us/ataupe2jelah post yang anda tertarik dan mahu simpan.