personal
Terima Kasih Semua!!
Assalamualaikum wbt
Alhamdullilah, segala puji bagai Allah yang telah menyembuhkan mata saya yang kini beransur pulih
Sebenarnya saya ingin memulakan blogging pada 2 hari yang lepas, malangnya saya demam dan mata pula tak selesa memandang laptop. So saya batalkan niat sebelum ini.
Terima Kasih Semua!
Saya sebenarnya mahu mengucapkan berbanyak terima kasih (jutaan bilangannya :p)
kepada semua yang telah mendoa atau mengucapkan selamat kepada saya.Antaranya
zaki blogjer, alongovtx , reezluv, aman, BAGAK, zool, dik mal
, rushdy , Shamsul, Bat, Maizul, krul, affuan, ktom, smartzul, azwanhadree, ramtzy0, hasrul, abdfaah, Ahmad Uzair, noushy_syah, Saharman, Awqi_zar, Fai, Irfan, Mustahing, Noorizam Shah, dan lastly kak zawiah
Terima kasih kepada anda semua, semoga Allah membalas doa anda sekalian dengan balasan yang lebih baik, amin.
Izinkan saya bercerita secara ringkas mengenai masalah mata saya ni, moga-moga menjadi panduan dan informasi berguna untuk anda semua.
Masalah dan Simptomnya
Saya tak berapa pasti bila mata saya mulai kabur, dan tidak pula saya mengalami sebarang hentakan, kemalangan, bertumbuk atau keturunan. Kerana jahilnya saya, bila saya mulai sedar ada titik buta (seolah-olah mata dalam mata anda ada minyak bewarna kelabu kehitaman), saya tidak terus ke klinik hingga seminggu. Fikir saya, nanti dia eloklah. Takpun nanti gi klinik, 2-3 titis ubat baiklah ia nanti. Secara jujur, saya sebelum ini tidak pernah mendengar orang mengalami masalah sedemikian, sebab itulah saya tak tahu menahu akan hal ini.
Dalam kes saya, kemungkinan urat mata lemah, dan apabila overuse, ia tertanggal. Kata Doctor, jika saya datang lebih awal, saya mungkin hanya menerima laser treatment, taklah sampai kena operate.
Kesannya
Mata saya masih kabur sehingga kini tetapi beransur pulih. Cuma ada kecacatan pada pandangan, analoginya bila saya memandang bentuk bulat, ia tidak akan kelihatan seperti bulat tetapi akan ada lekukan dari tepi kanan bulan hingga ke tengah bulat tersebut (boleh faham ke?). Tak mengapalah, sekurang-kurangnya ia masih boleh nampak :D
Kos rawatannya
Kos operation saya telah ditanggung oleh pihak insurans UTP, lebih kurang RM1300. Jika anda tidak memiliki insurans, seeloknya anda mendapatkannya segera kerana malang tak berbau atau memberi signal. Saya sedia bercerita mengenai hal ini jika anda memerlukan ‘sedikit celoteh’.
Pengajarannya
Saya rasakan masalah ini tetap berpunca kerana ‘overuse’ mata. So jika anda addicted kepada internet atau komputer, bleh ubah la kot. 2 atau 4 jam sekali rehatkan mata. Satu lagi, kalo ada apa apa masalah ngan mata, terus je g klinik atau hospital berkaitan, mungkin anda tak perlu kena operate macam saya? Pengajaran ketiga adalah cuti mc operate mata memang lama. Saya dapat cuti 1 bulan dan ditambah lagi jika diperlukan.(eh, ini pengajaran kah?)
Apa pun, kita ENJOY sambil berjaga-jaga~
Menulis Blog Kerana Duit! Salahkah? – Tak Salah Shuth :D
Saya baru sahaja melawat blog Rahsia Blogger dan satu post shuth membuatkan minda saya berfikir (oh, bila la ko antar artikel kat sana lagi ramz?)
Tajuk post tersebut adalah Menulis Blog Kerana Duit! Salahkah?
Jawap saya tak salah! Bahkan saya pun macam tu. Blogging for money. But the problem was, what should i blog about? Nak blogkan pasal apa? Itulah datang nya minat anda. Blogkan sesuatu yang anda minati, dan pastinya anda perlukan hasil seperti duit, pujian dan rakan-rakan sebagai satu faktor motivasi. Saya dapati produktivi blogging saya semakin meningkat bila anda mendapat sesuatu – duit dan komen. Kalau saya blogging dalam sebulan dan tiada komen langsung (even saya tau ada orang baca) sekalipun, saya tak dapat teruskan blogging pasal topik berkenaan. Sebabnya mudah, saya tak rasa penulisan saya dihargai walhal kadangkala promosinya yang bermasalah.
Buat duit dengan blog bagi buat masa ni adalah no2 dibandingkan dengan kepuasan mengenali rakan-rakan blogger dan anda. Saya lebih merasa puas jika tulisan, idea dan pandangan saya dihargai (diberi komen juga). Tapi kewangan pun penting sebagai satu supportive. Sapa nak bayar caj CyberCafe saya ni kalau saya tak dapat apa-apa?
p.s: Sebelum ini saya tak ketemui diri Shuth di Rahsia Blogger. Tapi 2 post terbaru ini nampaknya Shuth menggunakan Style beliau dan I think its better than before :P
Finally..end of cabaran 40 hari for Me..
Assalamualaikum wbt
Haha, ketika saya sedang menulis ni, utp tengah blackout (saya gune bateri). Wah, berdebar rasanya. Takkan hari last tibe2 kantoi? aarrr..Btwn, sebelumnya saya sedang membayar akaun hosting saya, time tulah blackout. “Tidak, habislah hosting ku….”
Saya tak dapat bayar awal sebab SIM yang hilang dan saya tak pegi-pegi lagi ke maxis (dah gune digi lu utk test, terlekat la plak). kalau anda sempat baca ni, maka sempatlah. Kalau sebelumnya anda datang web saya tgh down, maknanya hosting saya kene tunda (apa akan jadik ye ngan data saya?)
So baiklah, kembali ke topik utama: Apa yang saya pelajari dari cabaran 40 hari nie ialah
saya ada masa jika diperuntukkan, tetapkan matlamat dan persekitaran
Masa
Hurm..saya percaya semua yang sertai cabaran ni semuanya orang sibuk. Ada yang belajar,
ada yang kerja, so semua sibuk, termasuklah saya yang akan final tak lama lagi.
Satu pengajaran yang saya perolehi mengenai masa adalah jika saya peruntukkan 30 minit
sehari untuk blog, maka saya sememangnya mempunyai masa tersebut, even sibuk sekalipun.
Yalah, time hari test saya buat post jugak tu :P Ia berkait rapat dengan faktor satu lagi-
tetapkan matlamat.
Tetapkan matlamat
Saya gemar membaca buku motivasi dari Dr.HM Tuah Iskandar Al-haj (saya percaya bro Shueqry kenal mamat nie..takkan tak kot?) – menggunakan konsep minda. Semasa saya setkan untuk membuat post elama 40 hari, minda bawah sedar saya sedang diberitahu supaya jangan sesekali kantoi. So lhamdullilahlah tak terkantoi
Persekitaran
Saya rasa saya tak mampu habiskan cabaran ni kalau saya sorang-sorang je buat.
Yalah, dengan diri sendiri ni cepat skit mengalah even dah tetapkan matlamat. Tulah
pentingnya rakan-rakan.
Saya teringat akan satu fonemona (apantahnamanya), contohnya
Anda bayangkan anda skang jadik budak 5 tahun, berada dalam 1 kelas tadika dengan budak-budak yang lain. Cikgu tanya mana satu durian.
(ada 2 gambar: 1 durian(A) dan 1 rambutan(B)).
Anda tahu yang berduri tu durian, so anda mau papan A sebagai jawapan. Tiba-tiba ada sorang ngkat B (rambutan) sebagai durian..pastu rakan-rakan lain sume jawap B. Satu kelas tu!
Anda jadik goyah, anda dah confius…“arr..mana satu nie..?”
So dengan confiusnya anda angkat papan B yang bererti anda pun salah macam budak-budak yang lain.
Tulah faktor persekitaran (rakan-rakan) bagi saya. Semua yang menyertai mempunyai 1 matlamat iaitu nak sampai ke garisan penamat. Even yang dah kalah pun tetap sokong orang yang still dalam cabaran. Anda semua memang hebat!
So thanks to all yang sertai cabaran ni dan kepada yang masih ada lam cabaran,
tamatkan cabaran tu, Berusaha!! Anda memang among da BEST! Yosh!
Finish Today: Me and Dik Mal. Saya akan berikan link download nanti Dik Mal..