personal

Saya berharap masalah anda sementara, shueqry

Assalamualaikum wbt

Saya telah menerima khabar dari DikMal yang saudara shueqry, salah satu blog paling popular dalam bidang motivasi: http://shueqry.blogspot.com yang beliau akan bersara dari ebiz dan blogging. Huh? Adakah beliau akan mengikut jejak fai? Saya amat berharap tidak.

Salah satu faktor yang saya dapat tangkap ialah:

Segalanya perlukan belanja wang. Bila dah takde talian internet, maknanya saya takkan ada sumber pendapatan lagi. Jadi, saya kena gunakan segala kebolehan yang saya ada untuk mencari rezeki.

Ini semua yang buat saya tertekan. Saya dah tak dapat online setiap hari, membaca blog kawan-kawan dan membalas email yang datang.

Mengenai talian internet:

Apabila internet bisnes mahupun blogging sebagai sumber pendapatan, sumber internet adalah tersangat penting. Cadangan saya kepada beliau yang menetap dirumah sewa adalah mendapatkan maxis broadband, pada kadar RM68 sebulan sekurang-kurannya. Kalau kawasan tersebut tiada 3G, ia akan convert kepada edge atau gprs, bergantung kepada kawasan. Saya juga tiada internet di rumah sendiri, kerana hanya saya yang menggunakan internet di rumah sedangkan saya masih belajar dan hanya pulang selama 2 bulan (maksimum). Jadi tiada guna saya bayar 4 bulan sedangkan 8 bulan ia tidak digunakan. Solusinya saya telah mendapatkan maxis broadband, cuma sekarang modem telah rosak.

Apabila anda blogging dalam malaysia

beliau sangat rajin menulis dan sememangnya begitu popular. Saya pun teralah dengan kehebatan beliau. Anda boleh menjadi popular dan menerima respon pembaca yang hebat namun sayangnya konsep DONATE atau menderma tidak begitu di amalkan di Malaysia. Panduan dan nasihat yang begitu berguna telah diberi namun untuk memberikan sedikit “hadiah” kepada pemiliknya mungkin tiada, jika di Malaysia. Begitu juga dengan bidang pengiklanan dan lain-lain. Jika benar anda ingin target pasaran malaysia (melayu), targetkan untuk meningkatkan populariti, bukannya ingin mendapat wang yang boleh menampung kos sara hidupmu.

Sekadar pandagan saya mengapa situasi ini terjadi. Berikan pendapat anda mengenai hal ini dan jangan lupa, sekurang-kurangnya berikan kata semangat kepada brother shueqry.

p.s: Kepada bro shueqry, I’ll wait for U and lets rock the world again. “Masalah adalah sementara” selalu bermain di fikiran saya, hasil bacaan di blog anda.

Merdeka kah anda ketika blogging?

Sempena ulangtahun ke-50 kemerdekaan negara, saya ada satu soalan cepu mas.
Adakah anda rasa terbeban apabila menghasilkan blog anda sendiri? Adakah anda rasakan bahawa ada keterpaksaan mahupun tersalah langkah?

?Kalaulah aku tak start blogging dulu, tak la menyusahkan aku sekarang? atau mungkin ?alah, malasnya aku nak tulis kat blog hari ni. Biarkan je lah dulu.?

Mungkin senario ini pernah berlaku kepada anda dan secara jujur saya juga pernah mengalaminya ketika mula-mula menulis di rajablog.info, setahun yang lepas. Kadangkala Begitu terbeban dan berat untuk menulis. Namun bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Bila dah biasa, perkara berat pun tak terasa dan sebab itu jualah rajablog akan menambah satu cabaran baru diblog ini, nantikan beritanya esok. Sebelum itu, anda masih rasa terbebankah?

ku terpaksa cuti lagi jua..

Assalamualaikum wbt

Nampaknya sudah 2-3 hari saya tidak post disini kerana saya malang sekali modem maxis broadband saya telah rosak dek adik-adik ku yang nakal, inipun ke CC sekejap. Tambahan mata saya menunjukkan perkembangan negatif, mungkin ini semua petanda saya perlu lebih banyak berehat. Saya akan cuba mendapatkan guest blogger sementara saya tiada disini, tapi lihatlah atas kesudian mereka. Terima kasih kerana tetap datang berkunjung dan InsyaAllah kita akan berjumpa lagi bila ku makin ok ya!