Penulisan Blog
Adakah ini kesilapan ruangan komen anda?
Jika anda mempunyai blog, adakah anda membalas komen dari pelawat anda? Adakah anda menjawab persoalan mereka?
Assalamualaikum wbt
Saya amat gemar memberikan komen berbentuk sokongan dan pertanyaan kepada mana-mana blog yang saya kunjungi.? Itulah masanya untuk mengeratkan hubungan dan meluahkan pendapat. Dengan mengeluarkan pendapat sendiri, saya akan rasa lebih yakin untuk berbual dan meluahkan pendapat sendiri di dunia nyata.
oh ya, cuba try test tengok statistik dan viewers blog anda dan bandingkan dengan harga kami? bilangan komen untuk post tersebut. Saya percaya komen yang diterima tak akan sebanyak lawatan (unique visitors) untuk post tersebut. Jadi sebenarnya agak susah sebenarnya untuk sesiapa? memberi komen!
Tapi malangnya bila memberi pertanyaan di ruangan komen, tuan punya blog pun tak mau jawab. Bagi pelawat,
Mungkin sekali – “oh, dia tak perasan lagi kot”
kali ke-2 : “maybe dia sibuk tu. Nnt dia reply”?
Kali ke-3 : “ces, haram tak mau jawab. Lain kali malas aku beri komen!”
Jika anda mahukan hubungan baik dengan pelawat anda, maka eloklah melayan pertayaan mereka (yg berkaitan dengan post diutamakan). Biasanya saya sendiri akan liat memberi komen kepada blog yang tuannya tak ambil kisah /tak mahu menjawab soalan mereka – biarlah mereka orang professional dalam apa-apa bidang sekalipun.
? “Saya sibuk”, “Pedulikan komen tu, bile2 bleh jawab” mungkin inilah yang akan dikatakan oleh empunya blog tapi percayalah,? penanya amat mengharapkan anda menjawab dan melayan soalan mahupun membalas idea dan pandangan yang diberi. Mereka menghabiskan masa sekurang-kurangnya 5 min untuk membaca post anda dan 3 min lagi untuk memberi komen tetapi anda tidak menjawabnya? Apa hal?
Saya pernah berada di kedua-dua pihak – memberi komen pertanyaan tapi tak berbalas dan tidak membalas komen pertanyaan di? blog saya. Ia membuatkan saya rasa tak selesa dan tak puas hati..
Saya sering bertanyakan soalan mahupun pandangan di blog shuth, blog alang, blog smartusaha, zamri nanyan dan sesetengah yang lain kerana saya tahu mereka akan menjawab dan membalas pandangan yang saya berikan. Mereka bertindak professional kerana mereka menghargai pelawat blog mereka. Anda pula?
“If your are not going to look at your blog comments, why should others do?”
Teknik Gaya Penulisan Yang Menarik
Siapa yang anda kagumi gaya penulisannya?
Blog mana yang selalu anda kunjungi dan apakah gaya penulisannya?
Assalamualaikum w.b.t
Setelah seminggu menyimpan niat untuk mencoret teknik penulisan yang saya perhatikan di blog beliau, akhirnya pada hari ini lepaslah niat saya dengan menulis post ini.
Sebelum itu, apa pendapat anda mengenai gaya penulisan seseorang di blog beliau?
Bagi saya, gaya penulisanlah yang mampu memberikan kelainan dan hiburan pada sesuatu blog. Dan antara sebab blog lebih popular dari web biasa adalah susunannya dan gaya bahasa yang tidak begitu formal ? bloggers yang popular biasanya ada cara tersendiri dan lebih friendly dalam menulis sesuatu post!
Saya sangat berminat untuk menghasilkan post yang menarik dan guru terbaik adalah membaca dan menganalisa tulisan yang anda rasakan menarik
Maka hari ini, saya bongkarkan bahan kajian saya, gaya penulisan saudara Shuth! (abeslah bro shuth kali ni jadik tikus putih..)
Saya telah lama mengikuti blog beliau di www.mohdsuhaimy.com, sejak tahun lepas lagi. Gaya penulisan beliau sangat menarik dan amat saya kagumi. Saya tidak pasti dari mana beliau mendapat gaya penulisan yang menarik tetapi beliau merupakan peserta bengkel penulisan Azizi Ali, best seller author :D
Dah, cukup rasanya sesi memuji beliau (kang dia baca kembang plak lubang idung dan lubang-lubang yang lain..keh keh keh..)
Sekarang kita tengok ciri post beliau yang menjadikannya menarik..
1.kronologi post – bercerita
Saya dapati bahawa kebanyakkan post beliau menggunakan cara bercerita - ia disusun dengan taratur dari a ke k (sebab cerita dia tak abes, ada banyak rahsia lagi :P)
Ia penting untuk membuatkan pembaca menghayati dan memahami apa yang mahu disampaikan.
2.unsur humour atau lawak
It s*?% man?. saya menangis sambil menghempaskan diri di atas katil dan
memukul-mukul bantal dengan kedua-dua belah tangan? di dalam hati.
3.teknik imaginasi
Menggunakan tulisan, beliau mengheret anda untuk turut sama berimaginasi seolah-olah berada di tempat kejadian (huh, betul ke perkataan tu? lantak la..)
Kini! rosyam nor mula sedikit resah.. ?Eh! apa pula skim
piramid? Aku dah keluar banyak modal beli skrip ni serta dah
mengeluarkan banyak masa & usaha untuk membuat website ini!
Senang-senang je diorang nie kata aku punya website nie skim piramid!
Mana boleh macam nie!?.. bentak hati rosyam nor?.?Ah! aku tak kira.. selagi aku tak balik modal dan dapat banyak duit! aku akan teruskan dengan usaha aku ni!??
kini rosyam nor membulatkan tekadnya.. (Oh! teringat pula kisah seorang
pemuda yang telah terlanggan seorang pelacur.. disebabkan dah banyak
duit dikeluarkan.. maka, amatlah rugi jika dia melepaskan sahaja
pelacur itu berlalu pergi tanpa marasai apa-apa nikmat bergurau senda
diantara pusat dan lutut! Oh!.. maaf jika ayat ini telah menghairahkan
anda!.. nampaknya memang sesuai lah post kali ini bertajuk ?cerita
ghairah?)
Saya rasa cukup dulu untuk masa sekarang. Kalau ada penemuan baru, saya akan tambah lagi. Apa pendapat kamu ye?
powered by performancing firefox
Content Yang High Demand Vs Content Yang Unik-2
Assalamulaikum wbt. Hari ini saya akan menyambung post semalam: Content Yang High Demand Vs Content Yang Unik.
2. ?Raja? Yang Unik dan Menarik
?Raja? yang unik dan menarik semestinya mempunyai kelebihannya yang tersendiri. ?Raja? ini biasanya bermula dari 0 dan membina namanya sendiri.
?Raja? yang ini akan muncul dari pengalaman dan minat, atau setelah anda banyak membaca dan berfikir untuk mengatasi masalah yang ada. Atau dalam bahasa yang cantik bunyinya: Inovasi.
Jika di dunia blog (oh, dah jadi dunianya sendiri?), content yang unik akan terhasil dari idea dan pengalaman namun tidak semestinya popular. Popular disini maksudnya carian di search engine adalah rendah. Sebagai contoh: Alang dengan laman web osx-e.com nya.
Beliau membina laman web unik tersebut atas minat beliau. Namun sehingga kini, laman web tersebut membawa pulangan beribu-ribu RM!
Oh, saya terlalu bercerita mengenai kebaikannya, sekarang kita lihat ke?payahan?nya pula.
Ingatkah bahawa ianya bermula dari 0? Untuk survive, anda perlukan banyak masa, tenaga dan modal $$ untuk promosi. Ini kerana anda perlu menonjolkan diri dan memberitahu ?Saya ada disini. Saya lain dari yang lain untuk membantu anda?
Ketika awal pembabitan beliau, beliau terpaksa menghantar email dan macam-macam cara untuk webmaster yang lain meletakkan ?barangan? mereka di website beliau.
Oh ya, Novel atau personal blog juga sebenarnya (bergantung kepada penulisan anda) boleh berada di dalam kategori ini.
Jadi kesimpulannya, antara content yang high demand dan content yang unik, mana yang paling baik untuk anda?
Jawapannya ada pada diri anda kerana masa, tenaga dan wang saya dan anda adalah berlainan. Kita ada cara kita sendiri :) RajaBLog macam mahu pilih kedua-duanya ;-P