Penulisan Blog

Trackback – Mengurat Pemilik blog

Cabaran menulis selama 40 hari telah pun disertai oleh Norakmal, Online bisnes dan Amanz (tiada khabar rasmi di blog beliau mengenai hal ini) . Kepada sesiapa yang berminat, anda masih boleh menyertai cabaran ini disini

Semalam saya telah membincangkan mengenai “Janganlah Kedekut Meletakkan Link” dan semalam juga, saya telah tertarik dengan satu post dari problogger.net mengenai “How a trackback after a comment can start a relationship”

Saya amat bersetuju mengenai hal ini dan secara jujur, ia adalah satu teknik untuk menambahkan jaringan online/bloggers dengan baik.

Percaya atau tidak, trackback boleh dikatakan tindakan utama dalam “mengurat” pemilik blog. Katakanlah anda berminat untuk mengenai blog seorang awek cun, katalah…
maka trackback merupakan salah satu teknik yang baik untuk membuatkan si Dia mengenali anda.

Cara-cara mengurat pemilik blog

  1. Caranya petik 1 post dan
  2. jangan lupa membuat trackback, iaitu meletakkan link post beliau di blog anda (belajar mengenai trackback disini)
  3. berikan pendapat anda mengenai pandangan si Dia. Anda boleh bersetuju atau mencabar pandangannya – terpulang atas fikiran anda.

Dengan ini, si Dia akan mudah mengingati nama anda. Nak sedap lagi, gunakan sos tiram maggi buat trackback banyak-banyak :D

Baiklah, Jadi sekarang jangan lupa mulakan langkah pertama anda!

p.s: teknik ini bukan utk mengurat pemili

Janganlah kedekut meletakkan link..

Assalamualaikum wbt

Semalam saya tak dapat tidur, mungkin kerana pada sebelah petangnya saya dah tido. Jadi pagi ni saya rasa agak sembap..dah rasa mula mengantuk..

Tapi saya masih bersemangat untuk membuat post, maklumlah ini adalah post hari pertama dalam cabaran menulis selama 40 hari saya. Dan nampaknya Norakmal dari http://norakmal.blogspot.com tertarik dengan cabaran yang sebenarnya untuk mengubah tahap kerajinan dan consistency dalam blogging – faedah untuk jangka masa panjang. Anda pula bagaimana?

Baiklah, dah banyak saya berceloteh jom kita bincangkan mengenai topik “Janganlah kedekut meletakkan link!”

Saya sebenarnya agak hairan dengan sesetengah pemilik blog yang tidak pernah atau tidak suka membuat linking dengan blog orang lain. Maksud linking saya adalah membuat trackback, atau memetik post orang lain. Mungkin atas beberapa sebab:

  • tak tahu bagaimana nak buat trackback
  • takut traffik ‘lari’
  • malas

Jika anda tidak pasti apakah trackback dan bagaimana ia berfungsi, anda boleh menonton video di post lama saya di trackback dan contohnya.

Jika anda takut trafik anda lari kerana merujuk post orang lain, katakan pada diri anda bahawa ianya salah! Blog telah meningkat popular dengan begitu cepat kerana budaya merujuk (trackback) di antara satu sama lain.

Jangan terpengaruh dengan pemikiran yang kolot menyatakan anda tidak blogging mengenai hal yang sama dengan blog orang lain. Beranikan diri, petik post mereka dan berikan komen dari pandangan anda pula. Tapi..

Saya juga amat hairan dengan sesetengah orang yang mengambil post dari blog orang lain tetapi tidak meletakkan rujukan atau dengan kata lain, kredit.

“Lu ingat senang ka mau letak itu link?” kata Ah Kiat dengan nada marah sambil memuncungkan mulut.

“Letak link tu senang je Ah Kiat. Kau je yang malas” pantas Ismail membela diri.

Mereka bertumbuk jua akhirnya.. err… kerana hanya kerana hal link?

Kesimpulannya:

  • letakkan kredit atau link jika anda mengambil post dari blog orang lain
  • cubalah jenguk ke persekitaran internet dan jika menjumpai tajuk blog yang menarik, bloglah mengenai tajuk yang sama (jika menepati topik pilihan blog anda)

Anda pula bagaimana? Suka memetik post orang? tapi jangan lupa letakkan link mereka!

Cabaran Menulis selama 40 hari!

cabaran40copy Cabaran Menulis selama 40 hari!Tahukah anda bahawa blog yang baru perlu menerbitkan post setiap hari selama yang mungkin?

Apa relevannya?

Saya masih teringat akan perbualan dengan rakan saya Shamsul mengenai perihal kepayahan budak-budak untuk solat. Saya tak ingat kenapa kami berbual pasal benda tu tapi kata-katanya yang saya ingati adalah “budak2 kena solat 40 hari berturut-turut barulah melekat”

Beberapa hari yang lepas ketika memikirkan bagaimanakah caranya saya mahu mengekalkan post di blog-blog saya, maka teringatlah saya akan hal ini dan hari ini saya terus menulis mengenai cabaran ini sebaik sahaja sampai di utp.

Jadi saya mahu mencabar diri saya sendiri untuk blogging selama 40 hari di blog ini, Rajablog.info dan jika terkantoi sebelum 40 hari, maka saya akan membuat post mengenai kekantoian saya itu.

Tahukah anda bahawa blog yang baru perlu menerbitkan post setiap hari selama yang mungkin?

Antara sebabnya adalah:

  • menyenaraikan blog menggunakan pelbagai kata kunci
    • semakin banyak anda membuat post, maka sebenarnya semakin banyak peluang anda disenaraikan di enjin carian dengan pelbagai kata kunci.
  • menambahkan keyakinan pelawat
    • blog yang telah lama establish lebih diyakini oleh pelawat. Malah, blog tersebut juga akan nampak lebih hidup dan bertenaga. Saya sendiri check blog kegemaran saya mempunyai updates atau tak setiap hari, oh!
  • menambahkan kredibiliti
    • post yang semakin banyak juga menyerlahkan kredibiliti anda. Contoh yang baik blog niche buat masa ini adalah blog infojutawan. Post-post dari saudara hapisol tidak pernah lari dari niche beliau. Secara tak langsung, bertambah lah kredibiliti beliau!
  • Di aplikasikan di blog-blog terkemuka
    • Namakan kepada saya blog-blog terkemuka yang anda kenali. Pasti ia akan updates sekurang-kurangnya 1x setiap hari. 3-5 post sehari pun ada! Jadi usah terkejutlah kalau saya mencabar diri sendiri untuk menulis selama 40 hari.

Saya sememangnya berimpian menjadi problogger, tetapi kelemahan terbesar saya – yg membantutkan keyakinan saya adalah saya tak pernah updates setiap hari walaupun di RajaBlog -oh, apekah?

Tak kira sesibuk mana saya (dan anda),

tak kira berapa lama saya(dan anda) menghasilkan 1 post

saya(dan anda) tetap perlu menghasilkan post!

Cabaran Menulis di blog selama 40 hari bermula!

Jika anda mempunyai impian atau masalah yang sama, saya mengajak anda untuk sama-sama menyertai cabaran ini. Lagi ramai, lagi meriah kan?

Kalau tak ada yang mau join pun tak apa, kerana asalnya saya buat cabaran 40 hari ni utk saya aja..saya mahu mencuba dan sedikit memaksa diri saya (“,)

Terma dan syarat:

  • Anda perlu menghasilkan 1 post mengenai post ini (letakkan link post ini)
  • meletakkan senarai peserta yang telah pun menyertai cabaran ini (senarai di bawah ini)
  • jika terkantoi, maka anda perlu membuat post baru mengenai kekantoian anda itu. Ceritakanlah apa sebabnya..
  • cabaran ini akan ditamatkan pada 30 hari bulan April. (kalau anda dah ckup 40 hari sebelum tarikh ini, abaikan syarat ini)
  • post hendaklah berkaitan dengan topik blog.

Kalau sertai ada apa-apa hadiah tak? Hurm..asalnya tiada tapi jika ada sesiapa yang dapat completekan cabaran menulis 40 hari ni (meskipun saya pun terkantoi gak), anda akan memperolehi 1 video siri menggunakan photoshop: membuat logo web 2.0 . Ia merupakan video yang sedang dicipta (ditangguhkan pembikinan kerana baik pulih file yang rosak pada blog dan duit dari a ke z). Dengan skill membuat logo tersebut, saya pernah dibayar usd20 untuk setiap logo yang amat mudah dicipta ini. Anda pun boleh! :D)

Cenderamata lain atas kesungguhan anda (ckup 40 hari) adalah:

hadiah_rajablog

Dan janganlah plak cipta post yang tak berkait dengan topik blog semata-mata mau penuhkan 40 hari tu wahai anak-anak adam..Bukanlah cenderamata target kita…tapi kesungguhan diri untuk melihat blog sendiri maju.

Ada cadangan lain? dan Siapa mau join sekaki?

Updates. Saya akan senaraikan peserta disini. Anda kisah mengenai blog anda? Mahu lihat ianya berkembang dengan baik? Semuanya bergantung kepada kehendak anda!

Senarai Peserta:

  1. Ramzwatcher dari http://rajablog.info/blog (mula 19.03.07)
  2. Norakmal dari http://norakmal.blogspot.com (mula 19.03.07)
  3. Amanz.net dari http://amanz.net (mula 20.03.07)
  4. Khairulazmi dari http://onlinebisnes.com/blog (mula 20.03.07)
  5. Cikgu Nurul dari http://nuuolcinderella.blogspot.com/ (mula22.03.07)
  6. Noushy syah dari http://bersama-masa.blogspot.com/ (mula 23.03.07)
  7. Hasrul dari http://hasrul.net dari http://www.hasrul.net/ (mula 23.03.07)
  8. Erzwan.com dari http://www.erzwan.com/modules/wordpress/ (mula 23.03.07)
  9. Alongvtx dari http://penggila.com/ (mula 24.03.07)
  10. IbnHassim dari http://ibnuhassim.com/ (mula 24.03.07)
  11. Cikgu Azleen dari http://http://www.cikguazleen.com/ (mula 27.03.07)
  12. Jebat dari http://jebat.amanz.org/ (mula 2.04.07)
  13. Andalah! (bila mau mula?)