Penulisan Blog

Hati-Hati Perangkap Cabaran 40 Hari

Assalamualaikum wbt

Yosh, apa khabar anda hari ini? Hari ni saya dah melepasi minggu pertama Cabaran 40 hari dengan jayanya! yes, yes!

Tapi berdasarkan pengalaman yang lepas, untuk mengenapkan 40 hari adalah amat menyeksakan di peringkat akhir..biasanya 30 hari ke atas. Itu dlulah. Sekarang saya tak tau…

Seterusnya saya mengucapkan Selamat Datang Member ke 9 dan 10 dalam cabaran ini iaitu saudara Alongvtx di penggila.com dan Saudara Ibnu Hassim (katanya belum mula dah kantoi?).

Oh ya, saya ucapkan tahniah kepada online bisnes kerana tetap meneruskan cabaran ni (saya ingat dia dah kalah sebab saya tak dapat masuk ke blog beliau, rupanya beliau masih menulis!)

Selamat berblogging dan jom kita lihat sejauh mana komited kita terhadap sesuatu tugas dan impian!

Baiklah, hari ini saya mau berbincang dengan anda, apakah perangkap yang ada dalam cabaran 40 hari ni:

1. Perangkap Asyik
Perangkap asyik ni akan terjadi setelah anda mula menyertai cabaran 40 hari. Anda akan Asyik bangat surfing. Terutama sesama member. Sebagai contoh anda telah setkan masa untuk surf hanya 1 jam sehari, mungkin berlanjutan sampai ke 1 jam 30 minit. :D

2. Perangkap Fikiran
Untuk melengkapkan cabaran ni, maka terpaksalah anda berfikir apa yang hendak anda tulis pada keesokan harinya. Yelah, biasa bila datang idea baru post (sebab tu 1 bulan sekali post dlu2..). Bahayanya bila berfikir tak kena pada tempatnya – berfikir mengenai post time tengah study untuk yang belajar, berfikir mengenai topik time tengah memandu atau mana-mana tempat yang tak berapa kenalah

3. Perangkap Lupakan tugas
Ia lebih kurang dengan perangkap asyik, tapi ia melibatkan tugas. Katakan time tengah kat office, awak surf and buat posting blog. Lupa ambil anak-anak sekolah sebab surf nak carik idea. Atau mungkin mengabaikan tanggungjawab sebagai anak atau ibu bapa sebab dah ralit..

Oh ya, saya amat tertarik dengan post saudara nousyshah mengenai Endure love. Mengenai tanggungjawab dan kasih sayang. Nice post there shah!

So skang, apa lagi bahayanya cabaran 40 hari ni. Ada idea?

Faktor Kepuasan Blogging

Semalam saya telah mendapat 1 komen yang menarik dari saudara rudybluehikari mengenai kepuasan dalam blogging.

Hendak jadi blogger tegar perlukan masa. Bentuk penulisan dan kekerapan penulis juga ada significan. Tulislah bukan untuk bacaan org lain sbb kepuasan diri sendiri adalah yang utama.

Kepuasan Menulis

Saya percaya terdapat golongan yang suka bila dapat menulis mengenai apa sahaja dan merasa puas bila dapat menulis. Mungkin golongan yang menghasilkan blook (blog + book) atau personal blog adalah golongan sebegini. Mungkin tak kisah ada orang baca atau tak, “yang penting kita enjoy” bak kata Puteri lam sitcomnya.

Kepuasan Bila Mendapat Komen

Dahulu saya akan rasa puas bila ada orang komen kerana saya tahu ada orang yang bersetuju atau mempunyai buah fikiran yang lain dari apa yang saya fikirkan. Kalau tak ada komen, saya akan tertanya-tanya “kenapa takde orang komen nie..”

Saya merasakan satu kepuasan bila menerima komen, anda pulak?

Kepuasan Bila Mendapat $$

Saya percaya bab yang nie tak yah cakap sangat la sebab orang dah tau.

“Saya tau awak akan puas bila blogging and dapat duit. Suke la tue… “

Lebih-lebih lagi itu duit pertama dari blogging, ace ce ce..melompat-lompat!

Kepuasan Bila Menjadi Topik Utama

Saya pernah merasai benda ni(sedikit), iaitu post anda ataupun blog anda menjadi post utama di blog orang lain. Kene review ke, kene kritik pun bleh suka sebab jadik tumpuan :D

Awak ada faktor kepuasan yang lain?

Keluar Dari Zon Selesa Anda

Pada petang semalam saya telah menghasilkan post yang lepas tetapi malangnya ia telah masuk ke draft, bukannya publish. Mungkin kerana saya telah pun menyiapkan post tersebut dan simpan di draft dlu, ia menjadi begitu. Ia adalah kesilapan teknikal dan saya kira saya masih di dalam cabaran 40 hari cuma silapnya saya tidak check dahulu post tersebut sebelum keluar dari web. (tutup browser lah) Jika berlaku sekali lagi akan hal ini, saya akan kira kantoi!

Baiklah, hari ini saya mahu berbincang dengan anda kenapa anda perlu menyertai dan menyahut cabaran 40 hari ini dan faedahnya kepada diri anda.

  • 1 kehendak dan kuasa fokus
    • Dengan menyertai cabaran ini, ini bererti anda mempunyai 1 kehendak untuk memajukan blog anda sendiri dan yang paling penting, anda menyatakannya kepada umum. Ini akan memberikan kekuatan untuk fokus kepada blog anda.
    • Hari ini merupakan hari ke3 dalam cabaran ini dan barulah saya tahu bahawa saya sebenarnya mempunyai masa untuk post setiap hari. Sebelum ini saya hanya memikirkan bahawa saya tidak mampu post hari-hari.
    • Alah, baru hari ketiga… Lambat lagi tu cu…Lama 40 hari tu..” seorang nenek menyampuk, memberikan pendapat.
    • Tapi saya ada kawan-kawan yang turut sama mempunyai 1 matlamat yang sama dan saling mendokong…” Oh, semua itu adalah imiginasi saya :D
  • sumber kewangan
    • blogging boleh menjadi 1 sumber kewangan/pendapatan tapi kenalah tahu caranya. Dan salah satu rahsianya adalah menghasilkan post berkualiti setiap hari selama yang mungkin dahulu (40 hari?). Barulah langkah seterusnya boleh dibuat.
    • InsyaAllah Adsense saya akan sampai ke usd 100 pertama bulan depan tetapi saya percaya post yang banyak dan berkualiti akan membantu saya untuk mencari pelbagai sumber alternatif untuk sumber kewangan terutama blog berbahasa Inggeris.
    • Namun buat masa ini, saya mahu cuba menghasilkan post setiap hari!
  • inspirasi saya
    • Dik Mal, Aman dan Online Bisnes, anda semua inspirasi saya utk menghadapi cabaran 40 hari ini. Dan saya percaya anda akan mendapati semangat dan inspirasi anda juga akan meningkat jika anda turut menyertai cabaran ini.
  • rugi beli nama domain dan hosting
    • jika anda membeli domain dan hosting untuk menulis di blog, kenapa sia-siakan kos tersebut dengan membiarkan blog anda kosong tanpa updates. Saya juga membiarkan blog-blog saya inactive tapi kini saya optimis untuk updates setiap blog saya.
  • keluar dari zone selesa
    • Ramai yang selesa tidak membuat updates untuk blog (termasuk saya) kerana selesa. Kadangkala saya terfikir saya bukannya desperate sangat pun untuk mendapatkan pelbagai sumber kewangan dari blog saya. Dengan menyertai cabaran ini, saya akan memaksa diri saya untuk keluar dari zon ini..
    • Oh ya, saya juga mengenali seorang problogger yang bekerja tetapi mampu updates blog 15 post sehari (pendapatan blog melebihi gaji). Anda bayangkan, bagaimana beliau mampu melakukannya? Mungkinkah beliau mempunyai lebih banyak masa dari kita? nonsense!
  • mengumpulkan link dari blog2 peserta lain
    • dan akhir sekali dengan menyertai cabaran ini, anda dapat mengumpulkan rakan bloggers dan juga link untuk menaikkan page rank dan traffik.