Penulisan Blog

Bila Waktu Anda Menulis Post?

Bila waktu paling sesuai untuk anda menulis post untuk blog-blog anda? Tak kira la blog kesayangan, blog kerja, blog Adsense, blog gosip atau apa saja. Mungkin anda menulis sendiri atau mengupah orang lain untuk anda. Itu tak menjadi masalah :)

Cuma bila anda rasa waktu paling sesuai untuk update blog anda? Maklumlah banyak komitmen. Terutama yang bekerja, apatah lagi yang masih belajar. Lain orang lain ragamnya, ada orang suka update blog pada awal pagi, tengahari, lewat petang, dan ada yang update malam-malam!

Saya pun dulu macam tu, sekarang pun kadang-kadang macam tu. Tak tau bila masanya nak update yang paling sesuai. Oleh itu, saya cuba jadual baru. Update malam hari dan set auto-post, supaya ia publish pada esok hari, pada awal pagi. Contohnya, saya update malam ni, dan set jam 8 pagi esoknya. Jadi, esok saya dah jimat masa untuk update. :)

Apa untungnya buat macam ini? Banyak :D Salah satunya, Read the rest of this entry »

Jika ada peluang, bincangkanlah hiburan atau isu semasa

Assalamualaikum wbt

Salah satu kategori tajuk yang mendapat perhatian tinggi di Malaysia
adalah mengenai artis dan hiburan. So kepada anda yang masih belum
berbuat demikian, bolehlah selalu praktikkan hal ini. Caranya adalah
kaitkan isu/hiburan semasa dengan topik blog anda atau buat intro
mengenai pendapat/pengalaman mengenai hal hiburan tersebut.

Sebagai contoh semalam AF5 telah dimenangi oleh Mila (Mila AF5 lah gelarannya nanti?), maka anda tulislah

Tajuk : Mila Menang AF 5, saya dapat peluang trafik untuk blog <–tajuk kene letak keyword hiburan atau artis yang mahu anda targetkan.

Isi Post: Semalam saya amat gembira kerana Mila telah menang dalam AF5, sesuatu yang memang dijangkakan. Bla bla bla, baiklah kita kembali ke topik yang mau dibincangkan untuk hari ni.

Anda pun membebel la 2-3 baris lagi and barulah cerita mengenai tajuk
sebenarnya. Atau dengan lebih licik lagi selit satu ayat aje (yang diatas ni saya buat 1 perenggan intro…)

Tujuannya adalah untuk menarik trafik dari SE seperti google.
Saya pernah membuat post mengenai Catriona Ross di blog ni dan setelah dicheck google analytics, inilah snapshot trafik dari keyword catriona ross (maaf, saya tak ambil kesempatan atas kemalangan beliau ye)

keyword_catriona_ross

psst…wordpress ni bleh menang ngan platform lain seperti web biasa even berita harian sekalipun :P So take advantage..

awak ada teknik lain?

Tukarkan Kelemahan Diri Kepada Kekuatan Konsep Blog Anda

Pernahkah anda merasakan diri anda banyak kelemahan? Apa kelemahan tu?
Atau rasakan diri anda tiada sesuatu yang istimewa, kelemahan banyaklah!

Jika ya, maka post hari ni saya rasa berguna dengan anda.

Sebelum tu saya mintak maaf kepada pelawat yang datang kesini selalu dan
mendapati tiada post terbaru dari saya. Saya demam, selsema dan sakit kepala
bermula hujung minggu lalu and asyik tidur je lah :P So maafkan saya terutama
yang selalu datang, saya cam muka anda di bahagian mybloglog kat sini..hehe

Petang tadi ketika saya singgah sekejap di bilik kawan saya, saya terlihat
beliau sedang menyiapkan satu post di blog beliau mengenai young disease.

Dan Pop! timbul idea ini di fikiran saya. Kelemahan boleh jadik kekuatan!

Apa hal lak nie? tak nampak pun sangkut paut mamat tu ngan kelemahan atau kekuatan?

Sebenarnya kawan saya ni mempunyai penyakit high blood pressure atau darah
tinggilah. Ya, darah tinggi pada usia muda. Sudah takdir beliau menerima
penyakit tu. Mungkin satu rahmat kepada beliau, selalu diampunkan dosa bila beliau bersabar..

Jadi kelemahan disitu adalah mempunyai darah tinggi dan jadikan blog tersebut
bercakap mengenai darah tinggi dan dsbgnya.

Saya masih ingat akan satu true story dari jepun mengenai penyakit semacam terencat
di mana sebelum penulis tu completely lumpuh, beliau selalu menghasilkan beberapa buku
setiap minggu mengenai semangat dan view beliau terhadap apa yang dilaluinya – apa
reaksi orang, apa yang beliau pelajari dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menolong
orang lain dan buku tersebut mendapat sambutan dan senantiasa dicetak hingga ke hari ni..

Maybe agak berat untuk fikirkan benda sedemikian kan?

So skang kita pick kelemahan biasa saja – kelemahan saya adalah tak cukup duit contohnya.
So saya bleh buat blog pasal My Journey to make money online by blogging. So dah dapat satu
topik blog dari kelemahan anda, dan bagaimana anda mengatasi kelemahan anda, dan sebenarnya ramai surfers juga mengalami yang mungkin sama dengan anda, so jangan takut jika anda ada kelemahan. Tukarkan ia kepada kekuatan dan sumber idea!