Pengumuman

Diskusi Majalah Elektronik Edisi 1 Rajablog

Baiklah, sebagaimana yang dikatakan semalam, saya akan senaraikan apa yang telah saya fikirkan dan dapat disiapkan untuk e-majalah edisi #01 June 2007 ini nanti.

Antara ruangan dan isu yang sedang saya fikirkan adalah:

1. Nama e-Majalah
Hurm..bagi saya ini faktor yang penting sebagaimana menamakan nama anak (saya belum lagi ya..still available..hohoho!) Penting gak nama ni since nama tu akan dipakai mungkin untuk satu tempoh masa sekurang-kurangnya 3 edisi – itu
matlamat saya kalau takde sambutan sekalipun ;P Kalau dapat sambutan? hik hik hik gelak gaya malu sambil menutup mulut dengan kedua-dua tangan

Saya ada jugak la fikir nak letak e-Majalah Rajablog tapi saya bimbang lak takut takde lak orang nak contribute.

“biarkan ajelah rajablog wat sorang-sorang” desus hati mereka..

Ya, insyaAllah saya mampu untuk 3 edisi terawal tapi lagi ramai yang contribute lagi meriah sebenarnya.psst.. ezine ni akan diedarkan percuma ye..so contributor pun takde lah dapat sumbangan apa-apa lagi buat masa ni, just bina nama dlu boleh la.

(Majalah Elektorik Rajablog?, Majalah Elektronik Blogger?, Majalah Elektronik Blogger Malaysia?) alahai..fikir-fikir…susahnye..

2. Ruangan yang difikirkan buat masa sekarang adalah:

a. Isu Utama
Saya fikir isu utama ni mengenai Mengumpulkan list dan Newsletter.

b. Tutorial
Tutorial ni tanpa suara tapi ada gerakan skit-skit. Ia akan mengajar untuk
meletakkan newsletter dan bagaimana menghantar newsletter kepada subsriber anda. Dulu saya pernah guna tapi saya ni malas nak hantar newsletter dan sebagainya, so saya tak letak kat Rajablog..oh ho ho

c. Suara Blogger
Yang ni akan diambil atau dari artikel yang dihantar oleh blogger lain.
Ia akan membincangkan mengenai pengalaman blogger dan kisah peribadi yang unik (sabit ngan blogla..)
Satu artikel dari Affuan Ramzai telah pun saya terima. Terima Kasih :)

d. Berita dan Informasi Terkini
Yang ni saya akan petik dari blog Malaysia yang saya lawati sebagai contoh dari
blog aman, infomalaya atau cypherhack. Tengoklah sama ada tuan empunya blog bagi atau tak…

e. Perkakasan Blog
Yang ni akan menyenaraikan senarai tools yang barkaitan. Saya belum decide lagi apa tools yang mahu ditunjukkan.

f. Review Tema atau “blog bulan ini”
Review tema untuk blogspot dan wordpress di bahagian ni dan saya harap makin ramai lah pembuat theme dari Malaysia yang mendapat nama dan jugak menjadik pembakar semangat. Tolong sama-sama blogger. Review blog saya masih celaru lagi nak letak ke tak sebabnya agak susah nak review blog orang sebenarnya. Saya ni tak lazer sangat dan belum apa apa dah asyik duk fikir, kang cakap lebih-lebih kang tercakap pasal benda negetif pulak pasal blog diorang nie..Oh!

Malangnya saya tak akan letak di #01 kecuali ada yang sukarela nak letak kat sini

g. Buat Duit
Masih dalam pertimbangan. Mungkin akan letak, mungkin jugak tak akan. Yang pasti #01 takde benda ni..

h. Soal jawab Teknikal Blog
Yang ni pun untuk edisi seterusnya.

i- Sisipan Khas
Sempena dengan kempen dari saudara shuth di wangcyber, saya akan letakkan jugak penerangan dari saudara shuth. Tiada editing yang akan dilakukan kot untuk bahagian ni. Copy and paste!

Lastly kalau ada cadangan atau mahu contribute silalah beritahu saya ya dengan klik hubungi saya di kotak paling kiri pada bahagian header blog ini. Sekian dimaklumkan..

Tahniah Shueqry!

Pihak Rajablog.info mengucapkan Tahniah kepada shueqry kerana berjaya menamatkan cabaran 40 hari dan istimewanya beliau lebih hebat 2 kali ganda dari orang lain!

2 kali ganda? apakah? 80 hari ka?

Kepada anda yang tak perasan, saudara shueqry menghasilkan 2 post sehari di blog beliau selama 40 hari, 2 kali ganda dari yang saya anjurkan. Hebat, hebat..

Sepanjang 40 hari cabaran ni, saya memang akui shueqry mempunyai semangat dan konsisten dalam apa yang dilakukan – sesuatu yang patut saya pelajari dari beliau. Tak Konsisten – kelemahan utama saya.

Kalau tak keberatan, boleh tak bro shueqry bagitau rahsia sampai bleh jadi hardcore macam tu? minum tongkat ali 2 kali sehari ka, bangun tidur terus minum air masak ke, sebelum tidur malam bukak blog dulu ke, ke apa petua dia?

Hurm..cuma mengenai disable comment blog tu saya ternanti-nantikan apa sebenarnya yang brother kita ni tengah buat. Yelah, saya nie kan bila ke blog orang suke tinggalkan jejak perwira, so rasa tak hebatlah takleh tinggalkan komen bila pegi kesana.

and again, Thanks shueqry sebab sertai cabaran 40 hari ni :D
email akan dihantar pada sebelah malam ni, INsyaAllah.

p.s: anda takde ucapan ke untuk shueqry? eh, komen disini tau..

Selamat Hari Guru!

hari_guru

Assalamualaikum wbt

Walaupun agak terlambat, saya still mahu ucapkan Selamat Hari Guru
kepada guru-guru seMalaysia terutama kepada rakan blogger yang menjadi
guru seperti jebat, cikgu azleen, ibnu hassim dan teacher nunu (dalam proses) dan
dik mal (kalau tak silap mau jadik pensyarah?)

Terima Kasih diatas jasa anda semua (guru-guru) dan yang paling penting,
niatkan apa yang anda lakukan kerana Allah SWT

Saya juga pernah berimpian menjadi seorang guru, kerana saya tahu seorang
guru jika dia niat mengajar kerana Allah, amat-amatlah untung. Tambahan
seorang pelajar tu akan menggunakan ilmu yang diajarkan tersebut dan mungkin
akan mengajarkan kepada orang lain – satu sumber pahala yang berterusan!
Sesungguhnya saya amat jelous dengan cikgu-cikgu.

So sekali lagi Terima Kasih Cikgu-cikgi yang mendidik, ikhlaskan diri anda kerana Allah.

Cerita Menarik Di kala hari guru nie (sila klik untuk baca..)

Si Jebat mulanya dah frust sebab takde hadiah
Cikgu Nunu mahu jadi Guru yang ‘berkesan’
Ibnu Hassim Dan Kisah si Mei nya?
CikguAzleen
DanBytes
teachers-day
KRJ Johor