Pengumuman
Esok[06-06-07] – Tamatlah Iklan Anda
Assalamualaikum wbt
Sebelum ini saya telah berjanji untuk meletakkan iklan anda hanya selama sebulan di post ini? tapi skang dah nak 2 bulan. Tak kesah la :P Tapi untuk makluman anda, saya akan tamatkan iklan anda disini esok dan saya mahu mencuba untuk letakkan adsense dan mahu? melihat hasilnya. Masih banyak iklan google herricane, kemasyarakatan atau ada pengiklan nya? Kita tengok esok, apa jadi nya…
Majalah Blogger Malaysia Edisi 01 Dilancarkan!


Assalamualaikum wbt
Fuhh…akhirnya siap jugak M-Blogger (nama majalah nie). Walaupun isi kandungan masa tak banyak, tapi itulah standard yang saya mahu setkan untuk diri sendiri. Sila download dan komen ye.
Terima Kasih Labanon
Sebelum itu saya ucapkan berbanyak-banyak Terima Kasih kepada Labanon kerana berjaya menyiapkan kerja dengan pantas walau tiba-tiba je saya beri task (cover semalam, newsletter hari ni). Komen saya: hasil kerja yang memuaskan dan melebihi dari apa yang saya bayar. Thanks sekali lagi Labanon.
Maaf kepada blogger artikel terpilih
Saya seharusnya meminta maaf kepada beberapa blogger yang artikelnya saya ambil tapi tak diberitahu kepada mereka. Ada yang sememangnya baik hati dan suruh ambil aje, so saya tak email mereka. Saya sebenarnya nak ambil artikel dari anda semua tapi memandangkan saya tak berapa sempat (masih dalam periksa tapi gatal tangan..). Maafkan saya tetapi still, jangan lupa hantarkan testi, komen anda, dan juga membuat review mengenai majalah ini di blog anda.
Terima Kasih!
Serlahkan Post Hebat anda!
Assalamualaikum wbt
Saya baru aje habis menonton Pirate of Carrebian 3 tadi di ipoh parade. Tapi sayangnya bagi saya ceritanya tak sehebat Pirate of Carrebian 1 dan 2. Banyak sangat mengarutnya cam idupkan balik orang yang mati dan roh orang mati diletakkan di dalam sampan menghala ke locker (maaf, tak ingat nama tempat tu sebetulnya…) eh, sebelum saya asyik duk luah tak berapa kesedapan ceritanya baik saya sambung tajuk sebenarnya.
Satu masalah blog di Malaysia terutama bahasa Melayu adalah post dan hasil tulisan yang bagus tak dapat pengiktirafan dan pendedahan. Saya percaya banyak post yang bagus unnoticeable.
Jika blog Omputih, post yang bagus mendapat pendedahan dan disebarkan dengan meluasnya. Antaranya adalah post yang bagus akan disocial bookmark seperti di tandakan di digg dan sebagainya. Tapi malangnya situasi kita berbeza
di mana orang tak berapa guna (saya tau ia makin bertambah.. cuma slow). Mungkin faktor bahasa salah satu puncanya.
psst..kalau ada digg atau del.icio.us versi Malaysia, saya pun lebih suka yang malaysia punya.
So saya rasa elok saya mengambil inisiatif untuk sama-sama menaikkan post yang bagus untuk blog Malaysia. So saya akan meminta post mana-mana blog untuk diletakkan di ezines dan kepada anda yang ada post yang bagus-bagus dan perlu diberi pendedahan, silakan hubungi saya. Saya sedia mengumpul dan menerbitkan post anda..Saya harap timbul situasi menang-menang untuk semua pihak.
So sekali lagi saya tegaskan, jika anda ada artikel yang menarik (dihasilkan sendiri oleh anda), jangan segan contact saya di support[at]rajablog.info
Powered by ScribeFire.