Pengumuman
Blog Rajablog.info kini hanya di-update sekali setiap minggu
Assalamulaikum wbt
Ringkas sahaja pengumuman kali ini, iaitu blog ini hanya akan diupdate sekali setiap minggu untuk memberikan laluan kepada saya untuk menumpukan kepada akedemik memandangkan sudah berada di tahun akhir dan perlu menyiapkan projek tersebut.
Faktor kedua adalah kerana internet yang slow dan membuatkan saya hampir fadeup. Kalau anda di rumah merasakan marah-marah dengan streamyx di rumah anda, ketahuilah internet di tempat saya sekarang lebih slow dan tak reliable dari anda, bersyukurlah! :D
Faktor ketiga adalah saya ingin menumpukan kepada projek Make Money Online yang lain, untuk tujuan pembelajaran dan mempraktikkan pada yang saya telah pelajari. Hanya bila anda praktis ilmu tersebut, barulah anda bersedia untuk menerima ilmu baru sama ada dari search atau direct dari ebook atau membership yang anda sertai.
p.s: Esok saya akan berikan beberapa produk terbaru mac sempena dengan maulidur-rasul!
Pelancaran Rangkaian Blog Rajablog: MyAnimeOnline.com!
Syukur Alhamdullilah kepada Allah SWT kerana dengan rahmatNya pada hari ini, dapatlah pihak Rajablog.info mengumumkan pelancaran blog terbaru dalam rangkaian Rajablog Group, iaitu MyAnimeOnline.com
MyAnimeOnline.com adalah satu usaha sama antara 3 orang (mungkin akan bertambah seorang lagi?) iaitu Azwan Hadree, Saudara Izuddin dan saya sendiri. Matlamat MyAnimeOnline.com adalah menjadi salah satu web anime kegemaran dari pengunjung seluruh dunia.
Saya sendiri telah lama mengidamkan untuk mempunyai laman web sebegini kerana salah seorang dari fan anime Naruto dan One Piece, cuma kesibukan menghalang. Terima kasih kepada 2 orang nakama MyAnimeOnline.com kerana sudi bekerjasama untuk merealisasikan blog ini. Harapnya kita akan terus memperbaiki dan “maintain” blog tersebut.
Teknologi
Apa yang membuatkan blog ini lain dari blog sedia adalah integrasi antara Amazon.com dan juga wallpaper gallery. Anda boleh saksikan sendiri integrasi tersebut dan kita lihat sama ada ia berkesan membuat sebarang jualan atau tidak sedikit masa lagi nanti.
Promosi
Well, kami bercadang untuk membuat beberapa cara marketing yang sedang hangat diperkatakan sekarang, antaranya video marketing. Namun hanya masa akan menentukan sama ada kami berkesempatan untuk terus menghasilkan video (jika hasilnya bagus, mungkin?)
And lastly, enjoy our first ever released video on youtube!!
Panggilan Terakhir Projek Anime Rajablog
Assalamualaikum wbt
Saya telah menghantar email kepada team projek anime rajablog dan ini post kali ini hanya untuk mereka yang mungkin tidak menerima email tersebut. So jika anda pernah menjadi team projek anime, sila email saya ya! Thanks


