Pembangunan Diri/Motivasi

Positif dan kenali diri dalam blogging

Assalamualaikum wbt

Saya amat tercuit dengan post dari saudara ibnu hassim(siapa aku diinternet?)? yang beliau masih mencari identiti blogging beliau. Satu kritikan dari diri yang jika dapat diatasi akan membawa 1 manfaat kepada diri beliau

Ya, Sebenarnya saya masih mencari identiti untuk diketengahkah dalam blog ini. Adakah saya menojolkan diri sebagai usahawan internet? Oh tidak saya tidak layak untuk berkata tentang perniagaan internet. ( sebulan baru dapat sekitar 200 usd, tu pun melalui program affiliate, tu pun nak cakap tetang perniagan internet, oh aku tak layak).

wah bro, ni pun dah ok apa? Saya pun tak pernah dapat usd200 dari affiliate. So means
you are better than me in affiliates and if can i also want to learn how to do it from you.

Yakini Diri

Jika saya melihat dari sudut negatif Rajablog.info, saya juga boleh katakan saya tidak layak untuk mengeluarkan produk hatta bercakap mengenai blogging sekalipun.

Persoalannya, dengan siapa kita bandingkan diri kita?

Jika saya bandingkan diri saya dengan saudara Sham, Saudara Hasrul, Saudara Shuth, Saudara Sufian dan ramai lagi otai yang power, dah tentu saya amat jauh terkebelakang. Mereka lebih layak berbicara tentang blog dan buat duit online berbanding saya.

Cuma anda tak mungkin dapat membaca dan belajar secara terus dari mereka sebab mereka semua amatlah sibuk dan memanglah masa itu emas,duit dan amal.

Tapi jika saya bandingkan diri saya dengan seseorang yang baru mengenali blog dan bagaimana mereka boleh memperolehi duit darinya, maka saya berani mengatakan saya tahu dan boleh berkongsi dengan mereka.

Jadi apa nak takut? Ilmu yang dikuasai setiap orang adalah berlainan. Anda better dalam affiliates, saya dengan izinNya mengetahui bidang blogging.

So anda blogging lah apa jua bidang yang anda minat dan memang sanggup mengali ilmu untuk mengusainya. Itu yang penting. Lambat laun, anda juga akan jadi pakar dalam bidang yang diceburi.

Saya tahu ramai yang bila dengar aja Rajablog.info “oh, poyo ar mamat nie..rajablog konon..” Ada juga rakan saya yang perli (mereka juga tahu saya berblogging) but who’s care? I don’t care. “Diorang tak layak perli aku sebab diorang tak tau pun apa tu blog. Takat tau benda ni tulis utk publish online, what the heck?” cuma di dalam hati. Saya hanya diam kerana takde guna beritahu orang sebegini..

Saya senantiasa cuba menanamkan minda yang positif dalam diri
(saya cadangkan anda membaca blog Shueqry dan Dik Mal mengenai mind power nie) kerana saya percaya sayalah yang menentukan masa depan sendiri.

Cuma pastikan anda betul-betul dah membuat kajian dan perancangan teliti sebelum membuat sebarang keputusan untuk tulis dalam bidang apa. Saya pun nak buat blog baru tapi pikir punya pikir blog dulu pun sama, ada macam perasan ni jugak,
tapi last-last skang tak berapa nak jaga jugak? So saya sekat dulu nafsu blog baru tu. hehe..

Btwn, blog pasal catur atau affiliates (memang kene mendalamilah) pun cam ok je cikgu?

p.s: saya akan menutup sales letter rajablog untuk upgrade dan tambahan. InsyaAllah dengan izinnya sales letter tersebut akan dibuka semula nanti bila tiba masanya. Saya tak mampu membuat anggaran.

Adakah Susunan Blog anda sesuai untuk semua golongan?

Jika anda sebagai orang yang baru mengenali blog atau baru mengenali blog saya, adakah anda tersesat?

Assalamualaikum wbt

Sebulan yang lepas, saya menyedari sesuatu yang tak kena pada blog saya. Walau designnya kemas dan menarik, tetapi kekurangan tersebut merisaukan saya.

Jika seorang yang baru mengenali blog ini, pasti mereka akan menilai saya berdasarkan post pada hari tersebut dan bukannya secara keseluruhan. Kalau si Dia orang baru dalam dunia blogging, saya risau dia akan rasakan blog ini tak begitu ngam ngan dia.

Kalau orang tu dah lama blogging and baru mengenali blog ni, saya perlu menyakinkan beliau bahawa content yang saya ada mungkin bernilai bagi beliau. Takkan nak suruh mereka tengok archieve bulan 7 tahun lepas untuk tengok ada sesuatu yang bernilai untuk mereka atau tak?

Begitu juga dengan blog anda. Katakan blog anda bercakap mengenai motivasi atau perniagaan, tentulah kena susun dengan teratur dan menarik. Bercakap mengenai cinta atau kelas Inggeris pun begitu juga, asalkan memang anda ada topik yang fokus. Jadi anda pun sebenarnya bermasalah macam saya!


Penyelesaiannya

Nak atasi masalah ni, saya perlukan 1 categories atau menu besar-besar di bahagian header supaya sekilas pandang mereka dah tau sama ada blog ni sama sesuai untuk rujukan mereka atau tak.

Jadi saya telah pun mengambil tindakan dengan menghubungi pihak infomalaya yang saya tahu amat aktif menghasilkan theme. Saya just nak header menu aje macam kat problogger.net ….dan Saya berharap pihak mereka tak caj saya gila2 lah ye :P

Oh ya, Anda pun bermasalah cam saya?

Powered by ScribeFire.