Bahasa Melayu
Belajar SEO – Bukan Rezeki Kau Azwan dan aku perlu muhasabah diri
“Bukan Rezeki Kau Azwan”
Itulah yang mampu saya ungkapkan kerana ketika menulis artikel ini, setelah mengetahui saudara Azwan berada di kedudukan no 2 dalam Cabaran Teknik SEO Wangcyber. Malangnya pertandingan tersebut tamat jam 12 tengah malam pagi tadi. So i guess not your luck azwan, bukan rezeki kau ;) Apapun ini membuktikan teknik SEO Azwan amat gah dan berkesan dengan hanya satu page.
Maafkan saya kepada semua yang terlibat, tapi saya rasakan Azwan, Blog Aneka Free(tak tahu siapa) dan Saudara Abd Fatah layak mendapat pujian dan mungkin juga pemenang kerana secara praktikalnya, kerana blog mereka bukan dibina atas tujuan pertandingan ini tetapi dan hanya bertanding dengan satu post.

Pandang dari sudut realiti
Jika dipandang dari sudut realiti, kita membina blog untuk kategori spesifik seperti kategori kereta, lain-lain dan personal seperti diari. Maka kita tak akan membina satu blog untuk kereta Honda, satu blog untuk kereta Toyota dan satu blog untuk kereta Proton. Sebaliknya ia diletakkan dalam kategori, honda, toyota dan proton. Lebih praktikal dan buat apa banyak-banyak blog?
Ini bukanlah untuk menidakkan peserta yang ada dan telah menang tapi pandangan saya yang biasa, yang tidak termasuk top 100 pun dalam pertandingan seo ni :D Cuma kebiasannya saya perhatikan, apabila membina blog hanya untuk satu keyword, blog anda akan lebih long lasting dalam search engine.
Tahniah Buat Pemenang! Dapat duit mereka, yay!
Tahniah buat semua pemenang! iaitu:
Muhasabah Diri
Pertandingan SEO ini telah menyedarkan saya betapa lemahhnya saya dalam SEO dan ketandusan idea kerana tiada ilmu seo yang mantap dan terkini. Nampaknya saya perlu belajar banyak dari saudara azwan dan abd fatah. Mereka berdua ni saya kira tak lokek ilmu berdasarkan personaliti mereka ;)
Anda boleh check ranking kedudukan dengan menggunakan tools SiteReport Check
Saya? Not listed in 100 results. Wow? Amazing. Teruk betul :D
Bagaimana pula dengan keputusan anda? Ada belajar apa-apa dari pertandingan ni?
Ramzan Rozali.
Blog Mesti Baca Untuk Debat Anwar Ibrahim vs Ahmad Shabery Cheek, 15 Julai 2008
Semalam menyaksikan satu lagi sejarah dalam politik negara iaitu Debat diantara Pihak Kerajaan dan Pembangkang. Perdebatan tersebut bertajuk “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak’ berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Debat ini saya kira satu fenomena baru untuk politik malaysia dan syukur ia berjalan dengan lancar, matang dan professional. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pihak pendepat dan tak lupa buat pihak pengajur, Agenda Daily kerana program yang berilmiah dan menarik sebegini.
Blog yang mesti dibaca, yang sedang hangat membincangkan mengenai debat tersebut adalah:
Blog Pendebat
Blog Dato’ Seri Anwar Ibrahim di http://anwaribrahimblog.com/2008/07/16/rakaman-siaran-langsung-debat-dsai-vs-datuk-shabery-cheek/
Dipetik dari sana, konklusi kepada debat tersebut adalah:
Mekanisme yang kita tawarkan ternyata bukanlah satu yang mustahil sebenarnya:
1. Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.
2. Kita mempunyai maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi menjana tenaga elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.
3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion (USD90 bilion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.
Statistik: Komen Diterima: 67 Komen
Nota: Anda boleh menonton rakaman yang telah diupload ke Youtube di blog Dato Seri Anwar Ibrahim
Blog Dato Ahmad Shabery Cheek di http://notashabery.com/shabery/?p=123
Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim failed to offer a convincing and sustainable formula in reducing the price of fuel during the special debate ‘Form the Government Today, Fuel Price Down Tomorrow’.Although he spoke eloquently and attracted the attention of the audience, particularly his supporters, with his rhetoric, the formula he presented was successfully rebutted by his opponent, Datuk Ahmad Shabery Cheek, who is the Information Minister. The minister provided more facts in defending the government’s move to restructure the fuel subsidy compared to Anwar who chose to adopt the populist approach in wooing the audience.
Statistik: Komen Diterima: Masih Tiada
update: blog Dato Shabery kini tertulis: Coming back…. Stay tune…Tidak pasti mengapa. Telah kembali beroperasi
Antara yang menarik perhatian saya ialah Debat ini turut menyaksikan penggunaan teknologi seperti live updates, live translation, dan live streaming. Tak sangka penggunaanya meluas di Malaysia ;) Antaranya:
Live Updates and Translation
Blog AnilNetto di http://anilnetto.com/accountability/live-anwar-vs-ahmad-shabery-oil-price-hike-debate/
Blog ini ditulis AnilNetoo, Journalism and other writings touching on politics, human rights, spirituality, the environment, and socio-economic justice. Beliau juga salah seorang penulis blog di The Herald
Blog ini terus menterjemah apa yang dilihat dari kaca tv secara terus ketika Debat tersebut berlangsung semalam.
Statistik: Komen Diterima: 115 Komen
Live Streaming
Live streaming telah pun diadakan di http://www.ipglobal.tv/ dan anda boleh baca komentar pembaca semasa live streaming tersebut di adakan di Malaysia-today.net : http://72.47.255.22/2008/content/view/9919/84/
Buat masa ini jumlah carian untuk Debat Anwar dan Shabery berjumlah 61 000. Kita lihat berapa jumlah pages yang akan diindex oleh Google dalam masa 2-3 hari ini
![]()
Bahan Bacaan Lain:
MalaysiaKini: Siapa juara Debat Mengikut Pandangan Rakyat?
http://www.malaysiakini.com/news/86174
http://bongkersz.com/tag/shabery-chik/
http://www.chanlilian.net/2008/07/15/debat-minyak-antara-dsai-dengan-sharbery-cheek/
http://anakmerdeka.blogspot.com/2008/07/you-call-this-debate.html
http://sejuk.viere.net.my/2008/07/15/debat-hari-ini-membentuk-kerajaan-esok-turun-harga-minyak/
Bina Pakej Website sekelip mata PERCUMA! – Jangan terpedaya
Saya baru sahaja selesai mencuba satu tools yang menarik untuk membuat laman web dan juga blog dengan pantas dan percuma di BlinkWeb.com.
Inilah hasilnya untuk test drive tool tersebut (5 minit jer try..)

Tools ini boleh mencipta website dalam satu pakej – salesletter, blog dan squueze page dengan design yang sama. Mantap bukan?
Ketika mengguna peralatan ni, saya fikir:
“Inilah evolusi web tools yang akan mengegarkan dunia web design”
dan “senanglah aku macam ni..”
Cewah, bukan main gembira lagi kalau ada tools yang mudah, cepat dan stylo ni dengan hanya percuma…
tapi akhirnya apabila mahu save file tersebut:

Ceh…kena tipu rupa-rupanya. Kena bayar jugak. Ingatkan betul-betul percuma :D
Anyway kalau anda berminat untuk dapatkan website dengan cepat dan ada modal $$ (untuk client katakan), ia saya kira amat mudah digunakan dan menarik. Cuma kena pastikan koneksi internet lajulah – kalau tak sakit jiwa ;)
Blog Dato’ Seri Anwar Ibrahim di
Blog
Live streaming telah pun diadakan di