Bahasa Melayu
Sebelum Mengubah Permalink WordPress
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Mengubah Permalink Untuk Blog
Dalam ebook Panduan Percuma WordPress, saya ada ceritakan tentang mengubah permalink kepada structure yang baru, untuk tujuan SEO. Entri kali ini akan berbincang mengenai bagaimana mengubah permalink untuk blog baru, blog sedia ada (lama) dan plugin yang digunakan.
Gambar di bawah merupakan keratan gambar dari ebook Panduan Percuma WordPress mengenai bagaimana mengubah permalink untuk blog baru.

Cara tersebut amat sesuai untuk menukar permalink untuk blog yang baru disetup tapi bagaimana pula untuk mengubah permalink blog sedia ada, yang mungkin telah beroperasi lebih dari setahun? Mungkin juga sudah ribuan post yang dihasilkan.
Mengubah Permalink Blog Sedia Ada (lama) sedikit berlainan
Untuk mengubah permalink blog yang sedia ada atau lama, Ia adalah sedikit berlainan. Jika anda gunakan cara pertama, maka kemungkinan besar entri post sedia ada tidak akan berubah dan mengalami masalah. Lagi-lagi kalau anda jenis yang suka hyperlink kan antara post yang dihasilkan.
Gunakan Plugin Permalink Redirect
Maka saya syorkan anda gunakan plugin wordpress ini, iaitu Permalink Redirection.
Pastikan anda aktifkan plugin tersebut dan terus ubah permalink ke
/%category%/%post.html
Selamat Mencuba!
Sumber Traffik Paling Banyak = Search Engine. Tahniah MyAnimeOnline.com!
Mendapat Kedudukan Terbaik di SE secara tiba-tiba
Assalamuaikum wbt pembaca RajaBlog.info
2, 3 hari ni saya sangat gembira. Sangat berpuas hati. Blog MyAnimeOnline.com kini telah mendapat kedudukan terbaik dalam Search Engine untuk keyword bleach.
Tak kira sama ada bleach anime online, watch bleach episode 181 dan seumpamanya. Dan paling menarik keyword watch bleach 182 yang telah di publish semalam pun telah tersenarai di page utama atau kedua, bergantung kepada keyword.
Berikut adalah keyword tentang bleach. Blog Anime tidak kurang juga hebat persaingannya, sama ada dari Malaysia atau luar Malaysia. Begitu juga dengan search.
bleach episode 181
macross frontier soundtrack
one piece animeanime online
watch bleach 181 online
watch bleach episode 181
watch bleach 182 online
myanimeonline
one piece all episodes hd rapidshare
one piece anime online
Kenapa tiba-tiba?
Kenapa tiba-tiba jer naik ke top page dalam SE? Itu pun menjadi persoalan buat saya sekarang. Saya sendiri pun tak sempat track apa sebenarnya yang telah melonjakkan myanimeonline.com. InsyaAllah ‘siasatan dalaman’ antara blogger yang menulis akan dilakukan.
Mungkin kerana teknik WordPress Advanced SEO (rasanya tak sempat buat untuk myanimeonline.com), atau kerana Azwan ada lakukan sesuatu macam yang pernah beliau lakukan sebelum ini?
Terima Kasih dan Tahniah kepada Azwan dan Izuddin!
Apapun, saya ucapkan dulu terima kasih kepada Azwan dan Izuddin atas usaha untuk terus update myanimeonline.com secara konsisten.
Tahniah Azwan.
Tahniah Izuddin.
Tahniah buat kita semua.
ScreenShot untuk semalam, 31 Julai merupakan hits dan page view tertinggi untuk bulan Julai dek penangan Search Engine.

p.s: maafkan saya kalau nampak sangat terlalu gembira, sebab memang saya gembira :D
Dari 40 Klik, 4 sign up untuk Pay Per Lead Rahsia Pro Affiliate?
Assalamualaikum wbt
Semalam saya ada menghantar email kepada subscriber saya untuk promosikan Rahsia Pro Affiliate iaitu mendapat RM 0.25 dari setiap user yang signup. Setelah 24 jam, saya dapati:
jumlah klik : 40 klik
bilangan signup: 4 orang.
convertion rate: 10%
Ia agak bagus dari segi convertion rate tapi jika dibandingkan dengan situasi sekarang dimana ia adalah cara percuma dan senang untuk buat duit dengan pay per lead. Tapi ia mengusarkan hati saya. Sepatutnya convertion rate tersebut lebih tinggi?
Mungkin:
- - subscriber saya tidak berminat untuk program pay per lead
- - mereka mungkin tidak mempercayai program dari Malaysia boleh menganjurkan program pay per lead
- - statistik website Rahsia Pro Affiliate ada faulty (huh? salahkan orang lain pulak!. haha)
Macam-macam saya fikir. Mungkin saya patut bertanya kepada subscriber saya siap sebenarnya yang telah sign up. hurm….
Apa kata anda? Mungkin juga anda boleh share pengalaman dari program pay per lead?
nota: Jika anda berminat untuk mencuba pay per lead dari Pro Affiliate, boleh sila klik disini
