majalah m-blogger

Logo M-Blogger dan Sumbangan Anda Diperlukan!

m-blogger_logoApa pendapat anda mengenai Logo Baru M-Blogger ni? Any Comments?

 

Logo ini telah dicipta secara percuma oleh Saudara Irfan(belum digunakan secara official lagi) dari Irfanreka.com.

Saudara Irfan akan menjadi pereka grafik untuk MBlogger mulai isu 2 dan harap-harapnya sehingga ke akhir hayat M-Blogger-lah. Saya mengharapkan kerjasama yang baik dari saudara irfan. Oh ya, M-Blogger masih memerlukan 1-2 orang pereka grafik percuma (ini adalah projek terbuka) dan InsyaAllah saya akan cuba untuk mendapatkan domain name untuk Mblogger ini. Untuk pengetahuan anda, Misi M-Blogger adalah menerbitkan Majalah Elektronik yang mengandungi pelbagai nasihat, pengajaran dan informasi berguna dari blogger kepada blogger yang lain dan orang ramai secara PERCUMA.

 

Saya baru sahaja update web sementara m-blogger yang telah dibuat oleh labanon sebelum ini dan saya cadangkan anda jenguk sikit disana untuk melihat apakah faedahnya menyertai projek sebegini kepada anda. Kepada sesiapa yang mahu contribute, sila baca Syarat dan Terma betul-betul. Oh ya, M-Blogger edisi 01 telah dimuat turun lebih dari 450 unit pada bulan ini. Satu petanda yang baik untuk perkembangan masa hadapan.

 

Layari dan Sertai Sebagai Penulis di www.rajablog.info/majalah/