Macam-macam

Bila Waktu Anda Menulis Post?

Bila waktu paling sesuai untuk anda menulis post untuk blog-blog anda? Tak kira la blog kesayangan, blog kerja, blog Adsense, blog gosip atau apa saja. Mungkin anda menulis sendiri atau mengupah orang lain untuk anda. Itu tak menjadi masalah :)

Cuma bila anda rasa waktu paling sesuai untuk update blog anda? Maklumlah banyak komitmen. Terutama yang bekerja, apatah lagi yang masih belajar. Lain orang lain ragamnya, ada orang suka update blog pada awal pagi, tengahari, lewat petang, dan ada yang update malam-malam!

Saya pun dulu macam tu, sekarang pun kadang-kadang macam tu. Tak tau bila masanya nak update yang paling sesuai. Oleh itu, saya cuba jadual baru. Update malam hari dan set auto-post, supaya ia publish pada esok hari, pada awal pagi. Contohnya, saya update malam ni, dan set jam 8 pagi esoknya. Jadi, esok saya dah jimat masa untuk update. :)

Apa untungnya buat macam ini? Banyak :D Salah satunya, Read the rest of this entry »

Sakit Sebab Utama Tiada Post?

Assalamualaikum wbt

Sepanjang minggu lepas jika anda perasan, saya tak updates sebarang blog dan sebarang aktiviti online. Sebenarnya saya telah DEMAM yang teruk sehinggakan saya sangkakan ianya demam denggi (ada ciri yang sama iaitu pening kepala, demam dan muntah). Alhamdulillah bila dah check darah, rupanya tak :D Cuma pening kepala masih ada even hari ni pun.

Namun ini menimbulkan soalan baru yang bermain dalam fikiran saya. Bagaimana saya ingin memberitahu rakan-rakan online yang saya sakit dan segala aktiviti kena tangguh? Macam mana saya nak update satu post yang sikit tu, hanya dari katil (ini adalah tempat orang sakit. Kalau ada orang iklan “Kini anda boleh bekerja hanya dari katil” bermaksud anda tetap perlu bekerja diwaktu sakit. Ha ha ha)

Jadi berdasarkan penelitian saya, orang yang sakit boleh…

1. hantar sendiri post atau pengumuman
pesakit masih boleh memetik kekunci handphone mereka untuk menghantar mesej. Senanglah sikit. But still dia plak kena ada sekurang-kurangnya gprs atau wap. Yang ada 3G atau WiFi tu toksah citer la (saya tak ada 2 benda ni, belum tiba masanya :P) Dan pelu jugak tau macam mana caranya nak hasilkan post melalui email.

2. mintak kawan post-kan
saya ada fikir nak mintak orang postkan. tapi siapa? RajaBlog tiada penulis rasmi yang lain ada sorang dulu). So saya tak dapat lah nak mesejkan orang lain nickname dan password saya, oh!

3. buat donno
Oh, inilah yang saya buat. Membiarkan segala projek tergendala :P Cuma masalahnya tiada siapa yang tahu.
Andai nyawa bercerai dari badan, rakan online/bloggers yang lain tak tau la (penting tu, mereka boleh doakan
anda).

Kesimpulan…

saya perlukan perancangan untuk pastikan rajablog tetap hidup tak kira saya sakit atau ebagainya, supaya segala projek under termasuk rajablog.info sendiri senantiasa hidup walaupun tuannya tak berapa nak idup..

but…

ku masih tiada perancangannya :P

p.s: segala projek termasuk Mblogger akan tergendala sementara.? Anda dialu-alukan menyumbangkan artikel di www.rajablog.info/majalah/

Masalah Perisian Cetak Rompak

“Aku nak hasilkan video tutorial yang boleh dijual. Senang aje nak carik software nak buat tu. Boleh aje pilih mana-mana
yang rasa best. Takde hal punyalah. Macam ni senang lah skit aku nak establishkan diri dan jugak jadik bisnesman nanti.”

Itulah antara kata-kata dalam hati saya satu masa dahulu.

Namun saya agak malang kerana setiap kali video tersebut siap, ia selalu sahaja bermasalah sama ada rosak atau website
yang menjadi rujukan sudah menukar rupa dan servis dan perbualan 2 minggu lepas dengan kawan saya kembali menyedarkan satu perkara penting…..

Alhamdulillah, tuhan memberi kemudahan kepada saya untuk memahami dan memaksimumkan satu-satu software, terutama software yang berguna dan kompleks seperti photoshop, captivate, indesign, dreamweaver dan banyak lagilah… Berdasarkan skill-skill tersebut, saya mempunyai kemahiran cari duit yang banyak. Pelbagai benda mahupun produk yang boleh saya hasilkan tapi mereka mempunyai satu persamaan: perisian tersebut adalah pirate dan tak boleh dijual hasilnya.

Perbualan tersebut telah mengingatkan saya mengenai halal dan haram bisnes yang menggunakan perisian cetak rompak.

Pada pendapat saya, saya boleh menggunakan software tersebut untuk belajar fungsi mereka, tapi tidak boleh menjual sebarang produk yang terhasi dari mereka. Namun otak saya tetap mencari akal “kalau macam tu, macam mana aku nak kumpul modal skang? Hurm…design la logo ke, wallpaper ke..” Malangnya semuanya tak boleh bila sumbernya tetap tak betul sebagai contoh:

  • Design Logo atau ecover – gunakan photoshop – pirate! Tak boleh dijadikan sumber modal.
  • Jual Video yang ada – gunakan captivate – pirate jugak! Tak boleh dijadikan sumber modal.

So sekarang saya terperangkap dengan kebiasaan dahulu – mau hasilkan apa-apa just guna software cetak rompak. And now i want to change this!
Saya mahu jadi seorang businessman yang hasilnya boleh dimakan dan hatinya tenang..Saya mahu gunakan software ori! Nasib baik windows dah ori, dah buang satu masalah. Masalah…masalah….

So nampaknya kenalah saya mengumpulkan modal yang halal untuk membeli software menghasilkan video tutorial bernilai RM2000 (nilai yang banyak untuk student)
Saya rela bermula dari zero, untuk kebaikan diri saya sendiri di masa hadapan.
Jika anda berminat untuk membuat sebarang jv dan berminat berkongsi modal, silalah beritahu saya ya untuk diskus :D

P.S: Saya sudah menghantar email kepada semua yang berminat untuk menyertai projek otaku blog di google group. Ini hanyalah brainstorm yang pertama.? Peliknya entah kenapa password protected post tu tak boleh masuk. hairan- hairan…