Kajian
Pengenalan: Kajian PDasReview.com
Assalamualaikum wbt
Hari ini saya akan berbincang dengan anda mengenai blog salah seorang webmaster
Saya amat mengkagumi beliau blog dan website beliau yang telah memberikan pendapatan lumayan kepada beliau setiap bulan. Baiklah, saya teruskan blog kajian saya pada bulan ini adalah PDAReview.com. Nota Penting: Kajian ini dibuat oleh saya sendiri dan bukannya dari mulut atau interview dari saudara Alang.
Kenapa saya memilih untuk mengkaji blog ini?
Tentu anda tertanya-tanya kenapa blog ini yang saya pilih. Sebenarnya saya memilih 1 dari lebih 6 blog beliau. Rata-rata blog beliau memilih konsep yang sama. Jadi tak kisahkan mana satu?
Sedikit detail mengenai blog www.PDasReview.com
Google Page Rank: 3
Alexa-Ranking: 1,877,654
Dicipta pada bulan Ogos 2006
Link Populariti: Google:28, MSN1: 325 dan Yahoo: 1,257
Overview
Saya akan berbincang dengan anda mengenai analisis, design, sumber pendapatan dan gaya penulisan beliau. Didalam ketiga-tiganya kita akan membincangkan bagaimana kita dapat mencontohi dan aplikasikan teknik-teknik sifoo ini.
InsyaAllah setelah tamat menerbitkan kesemua post mengenai kajian ini, saya akan compile dan terbitkan ezines Mac (doakan ia berjaya). Perbincangan yang berguna akan turut dimuatkan ke dalam ezines tersebut bersama-sama dengan link. Semoga kita dapat memanfaatkan perbincangan ini.