Kajian

Teknik Gaya Penulisan Yang Menarik

Siapa yang anda kagumi gaya penulisannya?
Blog mana yang selalu anda kunjungi dan apakah gaya penulisannya?

Assalamualaikum w.b.t

Setelah seminggu menyimpan niat untuk mencoret teknik penulisan yang saya perhatikan di blog beliau, akhirnya pada hari ini lepaslah niat saya dengan menulis post ini.

Sebelum itu, apa pendapat anda mengenai gaya penulisan seseorang di blog beliau?

Bagi saya, gaya penulisanlah yang mampu memberikan kelainan dan hiburan pada sesuatu blog. Dan antara sebab blog lebih popular dari web biasa adalah susunannya dan gaya bahasa yang tidak begitu formal ? bloggers yang popular biasanya ada cara tersendiri dan lebih friendly dalam menulis sesuatu post!

Saya sangat berminat untuk menghasilkan post yang menarik dan guru terbaik adalah membaca dan menganalisa tulisan yang anda rasakan menarik

Maka hari ini, saya bongkarkan bahan kajian saya, gaya penulisan saudara Shuth! (abeslah bro shuth kali ni jadik tikus putih..)

Saya telah lama mengikuti blog beliau di www.mohdsuhaimy.com, sejak tahun lepas lagi. Gaya penulisan beliau sangat menarik dan amat saya kagumi. Saya tidak pasti dari mana beliau mendapat gaya penulisan yang menarik tetapi beliau merupakan peserta bengkel penulisan Azizi Ali, best seller author :D

Dah, cukup rasanya sesi memuji beliau (kang dia baca kembang plak lubang idung dan lubang-lubang yang lain..keh keh keh..)

Sekarang kita tengok ciri post beliau yang menjadikannya menarik..

1.kronologi post – bercerita

Saya dapati bahawa kebanyakkan post beliau menggunakan cara bercerita -  ia disusun dengan taratur dari a ke k (sebab cerita dia tak abes, ada banyak rahsia lagi :P)

Ia penting untuk membuatkan pembaca menghayati dan memahami apa yang mahu disampaikan.

2.unsur humour atau lawak


It s*?% man?.  saya menangis sambil menghempaskan diri di atas katil dan
memukul-mukul bantal dengan kedua-dua belah tangan? di dalam hati.


3.teknik imaginasi

Menggunakan tulisan, beliau mengheret anda untuk turut sama berimaginasi seolah-olah berada di tempat kejadian (huh, betul ke perkataan tu? lantak la..)


Kini! rosyam nor mula sedikit resah.. ?Eh! apa pula skim
piramid? Aku dah keluar banyak modal beli skrip ni serta dah
mengeluarkan banyak masa & usaha untuk membuat website ini!
Senang-senang je diorang nie kata aku punya website nie skim piramid!
Mana boleh macam nie!?..
bentak hati rosyam nor?.

?Ah! aku tak kira.. selagi aku tak balik modal dan dapat banyak duit! aku akan teruskan dengan usaha aku ni!??
kini rosyam nor membulatkan tekadnya.. (Oh! teringat pula kisah seorang
pemuda yang telah terlanggan seorang pelacur.. disebabkan dah banyak
duit dikeluarkan.. maka, amatlah rugi jika dia melepaskan sahaja
pelacur itu berlalu pergi tanpa marasai apa-apa nikmat bergurau senda
diantara pusat dan lutut! Oh!.. maaf jika ayat ini telah menghairahkan
anda!.. nampaknya memang sesuai lah post kali ini bertajuk ?cerita
ghairah?)

Saya rasa cukup dulu untuk masa sekarang. Kalau ada penemuan baru, saya akan tambah lagi. Apa pendapat kamu ye?

powered by performancing firefox

Kajian: Sumber Pendapatan Blog PDAs Review.com [bhgn 3]

Assalamualaikum wbt.

Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengikuti siri kajian ini. Ini adalah siri ketiga kajian blog PDAs Review.com dan kepada sesiapa yang baru mengikuti kajian ini, anda boleh membaca mengenai pengenalan kajian ini disini dan kajian design[bahagian ke-2] disini.

A- Adsense adalah antara pendapatan utama beliau. Tidak menghairankan kerana adsense merupakan antara pilihan terbaik mendapatkan duit dari program pengiklanan.

Susunan Adsense

Hasil dari tabiat pelayar internet, maka blog PDa Review ini tidak melepaskan memanfaatkan peluang yang ada:

1. Tabiat klik pada menu untuk melihat apa yang ada

adsense Kajian: Sumber Pendapatan Blog PDAs Review.com [bhgn 3]

Beliau memanfaatkan bahagian menu dengan meletakkan adsense. Menggunakan teknik complement untuk bahagian tersebut menyebabkan iklan google tersebut begitu serasi dengan web. Seolah-olah ia adalah menu untuk blog ini!

2. Tabiat klik pada sidebar

sidebar Kajian: Sumber Pendapatan Blog PDAs Review.com [bhgn 3]

Selain dari bahagian menu, bahagian yang paling hot adalah sidebar. Pelawat akan mencari post yang lepas, kategori dan pelbagai option yang lain. Maka pilihan yang tidak perlu dilupakan adalah adsense.

B – Chitika eMiniMalls

chitica Kajian: Sumber Pendapatan Blog PDAs Review.com [bhgn 3]

Saya tidak pernah mempunyai akaun Chitika kerana ianya adalah berdasarkan jemputan manakala blog pula harus mengenai review, diskusi atau recommendations.

1. Susunan Chitica

Cuma dari sususan chitica ini, ia seolah-olah menawarkan product tersebut secara langsung untuk dibeli oleh pelawat.

Pelawat informasi produk biasanya datang dari enjin carian dan biasanta tidak berulangan. Sebagai contoh anda sendiri, adakah anda akan membaca mengenai kesemua model handset nokia di bahagian satu-satu website? Pasti tidak
jika tiada tujuan seperti mahu mendapatkan handset yang baru.

Disitulah potensinya. Lagipun saya lihat iklan yang dipaparkan adalah releven dengan niche blog. Lebih mudah untuk membuat jualan.

Saya masih ingat akan tulisan Darren mengenai chitika beliau yang terpaksa dialihkan dari salah satu blog beliau kerana tidak efektif (iklan tak match dengan tajuk, so kurang jualan).

Hurm..saya masih tercari-cari lagi, ada tak sumber $$ lain untuk blog ni..

powered by performancing firefox

Kajian: Design Blog PdasReview.com

Beberapa hari yang lepas saya telah menghasilkan post pengenalan kepada Kajian: PdasReview.com.

Hari ini kita akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai design blog ini.

Design Blog

1. Design yang unik dan khas

Tidak dapat dinafikan design memainkan peranan penting dalam blogging. Selain design yang kemas, rata-rata blog yang tersohor menggunakan design private dan unik.

Sebagai contoh design blog Alang ini diupah sebanyak $200 khas untuk beliau
sahaja. Ini menjadikan template beliau unik dan tidak terdapat untuk blog orang
lain. Boleh dikatakan kesemua blog beliau menggunakan design ini. Menjimatkan
kos bukan?


2. Warna Design

Gabungan biru dan putih menjadi pilihan utama.

Tahukah anda bahawa warna biru merupakan warna kegemaran untuk semua orang? Tanyalah lelaki terutamanya, pasti kebanyakkannya memilih warna biru. Warna blog yang putih pula membenarkan pembacaan yang lebih jelas terhadap tulisan blog ini.

3. Design yang ?mengawal gerakan pelawat?

Untuk mendapatkan kepuasan dalam blogging, wang merupakan salah satu factor untuk motivasi. Jadi ramai yang mahu meletakkan adsense, iklan text-link-ads dan sebagainya. Alang-alang berblog, biarlah menghasilkan duit! Tips yang boleh dipelajari dari blog ini adalah anda kawal dan kenali gerakan pelawat anda.

?Pelik, macam mana saya nak mengawal pergerakan pelawat blog saya ? Mereka tiada disisi saya. Kalau ada pun, mana saya boleh kawal mereka!?

Eh, jangan emosional pula. Mengawal gerakan pelawat pada saya bermaksud menjangka dan memberikan pilihan kepada pelawat, dalam masa yang sama memberikan keuntungan kepada anda.

Sebagai contoh,sesuatu web biasanya mempunyai menu utama di bahagian atas. Pelayar sudah biasa ditanam di dalam minda bahawa ruangan navigasi adalah di bahagian atas. Mereka mahu melihat apa yang ada, klik dibahagian menu. Jadi anda memanfaatkan tabiat tersebut untuk dapatkan duit. Begitu juga dengan bahagian tepi atau sidebar, pasti ada ruang yang boleh dimanfaatkan.

Kita akan melihat apakah yang dimanfaatkan oleh saudara Alang untuk ?mengawal pergerakan pelawat? beliau di bahagian Sumber Pendapatan Blog nanti