Kajian

3 Sebab Mengapa Saya Suka Gunakan WordPress berbanding CMS lain.

Saya telah mencuba beberapa Content Management System (CMS) dan setakat ini saya telah mencuba wordpress, oscommerce, joomla dan beberapa cms yang tak tersohor hinggakan saya tak ingat namanya (oh, begitu kejam?)

? A Content Management System (CMS) adalah sistem perisian yang digunakan untuk pengurusan maklumat seperti file computer , imej, file audio, dokumen elektronik dan pengurusan kandungan web[web content management].? Idea CMS adalah menjadikan kesemua file yang ada boleh dikongsi di web. Boleh dikatakan kesemua cms mempunyai pengurusan kandungan web, sebab tulah web content management macam joomla, wordpress dan lain-lain dipanggil sebagai CMS.

Setakat ini, saya katakana saya amat menyukai wordpress berbanding yang lain.

1. Banyaknya yang ku tak mahu..

Biarpun cms seperti joomla mempunyai pelbagai function yang telah diletakkan sekali, hanya install dengan beberapa klik aje dah siap tetapi saya lebih suka untuk install plugin yang dipilih sendiri. Saya banyak men nyah aktifkan module-module yang ada sebabnya banyak yang saya tak guna. Dah tak guna, buat apa la nak biarkan ia aktif? Melambatkan loading web aje..

2. Bila berbayar…Ku katakan Bye Bye..

Ada juga modul dan component yang boleh dimuat turun dari joomla extension tapi kadang-kadang bila saya jumpa yang berkenaan setelah surf 10-20 minit untuk mencari 1 function tambahan, ia for commercial bererti berbayar. Oh, saya sangat geram! Penat-penat carik? Argh..Emo-emo.. Saya ni jenis saving (yalah, kita tak kawin lagi..kena simpan duit..) Cewah?

Modul oscommerce lak susah untuk buat maintenance dan ubahan. Katakan hari ini anda edit baris ke 200 yang ditulis ?saya kacak? kepada awak ?awak perasan?, seminggu lagi anda mahu mengubah baris ke-200 tersebut dan bila dibaca manualnya, ia akan menulis begini:

Cari ?saya kacak? di baris ke-200 dan ubah kepada ?ya, saya sangat kacak?.

So kalau anda tak simpan log, habislah anda nak cari perkataan saya kacak tu. Kan ia dah diubah kepada ?awak perasan?

3. People Do Judge The Cover

Sering kali kita dok dengar ungkapan ?Don?t Judge The Book From The Cover? tapi malangnya di dunia nyata, saya tak fikir ia sesuai, untuk sesetengah keadaan. Saya berpendapat People do judge the cover. Majalah M-Blogger menerima komen yang agak banyak tapi malangnya semuanya duk cakap pasal cover. Aisey?memanglah orang minat ngan cover lawa. Oh ya, mengenai CMS lain mereka ni biasanya tak begitu lawa. Saya suka personalize dan template yang lawa mengikut kata nafsu saya. Hohoho!

Itulah antara sebabnya saya sekarang sedang memikirkan untuk tukar 1 web saya balik kepada wordpress.. WordPress lawan Blogspot? Mana lagi hebat? Nantikan edisi #02 M-Blogger :D

Amaran: Ini hanyalah cebisan pengalaman saya dan mungkin bias kepada wordpress. Anda patut mencubanya sendiri untuk mengetahui kesesuaian anda.

Terima Kasih kerana Doakan Saya kacak.. hohoho!

Bagaimana Mengesan Keberkesanan Promosi Anda?

Assalamualaikum wbt

Adakah anda pernah melakukan sebarang promosi dan adakah anda dapat mengesan berapa orang yang klik dan ambil tahu mengenai perkara tersebut?

Semalam semasa melancarkan majalah M-Blogger saya terfikir bagaimana saya dapat mengesan iklan saya dengan lebih efektif?

Macam mana saya nak tau kalau saya iklan di sekian-sekian tempat, inilah hasilnya? Jika saya leburkan Rm 20 untuk letakkan iklan disatu tempat, ia memang berkesan?

Sebelumnya..

Sebelum ini saya pernah mencuba menggunakan script php yang ditulis sendiri, yang dipelajari di forum www.code-head.com tetapi malangnya ia amat melecehkan. Saya perlu login ke cpanel dan membuka file tersebut setiap kali ingin menambah link baru.

Sekarang..
Jadi semalam saya telah google sedikit mana-mana script yang senang dan terjumpa script Click Counter Duluxe 2.4[klik untuk download]

Apa yang anda perlukan?

1. Anda perlu mempunyai hosting yang boleh run php kerana script ini akan diinstall ke dalam hosting anda sebelum dapat digunakan.

2. Database anda tanpa space limit. Kenapa tanpa limit? Ia makan space banyak sangat ka? Hurm..saya risau anda akan guna banyak kali script ni dan ia akan senantisa simpan data mengenai ip orang yang klik supaya ia tidak bertindan(hanya ip baru sahaja).

Ini adalah rupa bahagian adminnya. Ringkas tapi cukup untuk memberikan maklumat.

click_counter_sekarang.thumbnail Bagaimana Mengesan Keberkesanan Promosi Anda?[klik untuk besarkan]

Cara Instalasi adalah mudah cuma url untuk diletakkan bila dah siap (untuk promosi) tu agak panjang seperti ini:

http://www.rajablog.info/majalah/counter/index.php?cid=campaign1&xrl
=http://www.rajablog.info/majalah/m-blogger_01.zip

tapi nak ubah kesan campaign dari mana senang sebab hanya tukar cid=kempen tu kat mana. Katakan anda promote kat rajablog.info, kat ruangan iklan, maka jadilah ia macam nie:

http://www.rajablog.info/majalah/counter/index.php?cid=iklandirajablog&xrl=
http://www.alamat dituju.com

Baiklah, selesai review dan tips hari ni. Anda ada rasa nak trace tak iklan and keberkesanan promosi anda seperti signiture, iklan berbayar dan sebagainya? Kalau ya, boleh cuba guna software ni.

Dari Mana Pelawat Anda Datang?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Fuh..penat jugak ye memuat ezine ni :P Setakat ni jumlah muka surat yang telah dikumpulkan adalah sebanyak 15 muka surat tetapi masih belum ditersusun seperti satu majalah lagi. Saya akan menghantar email kepada pemilik blog yang telah saya ambil artikel mereka, harap-harap kesemua dari mereka memberikan kerjasamalah ya :D

Kembali ke topik asal.

Dari Mana Pelawat Anda Datang?

Jika anda belum melakukan sebarang analisis kepada blog anda, anda boleh dapatkan perkhidmatan percuma dari google analytics atau stat counter. Analisis seperti ini dapat mengesan sejauh mana keberkesan link exchange yang telah anda lakukan, dan tak lupa usaha anda berforum (meletakkan sigi di kaki post anda)

Ini adalah sumber trafik untuk rajablog.info sepanjang Mei 2007

trafik_source1

Nampaknya ramai pelawat datang dari blog/web orang lain dari google sendiri.
sumber_trafik2


Dari analisis ni saya dapat tau bahawa ramai yang datang kesini sebab mereka memang ingat domain rajablog dan bila bukak browser aje terus datang ke sini. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka ini. Oh ya, juga signiture forum juga
pasti membantu kenaikan trafik ni.

Sumber kedua pulak adalah dari mail.google.com, sumber yang tidak pernah saya tahu dari mana asalnya. Saya memang meletakkan signiture di bahagian bawah email tapi saya ni jarang menghantar email, membaca dan membuang email tu banyaklah.So sampai skang pun saya masih tak tau yang ni sebenarnya apa.

Sumber seterusnya adalah dari bersama-masa.blogspot.com, mybloglog.com, google.com, rahsiablogger.com, technorati.com,cikguazleen.com, us.f316.mail.yahoo.com (yang ni satu lagi, sama macam sumber kedua, tatau mana sebenarnya) dan hasrul.net

Alahai..dari mana ya sumber email ni..takkan signiture pun efektif gile..