Hiburan/Berita
Bengkel WordPress Anjuran Catzer
Rakan saya catzer telah mengumumkan mengenai bengkel yang dianjurkan beliau sejak 2 minggu lalu, Cuma baru hari ini saya dapat menulis tentang hal ini. (Maafkan aku catz sebab lambat)
Bengkel WordPress ini telah di anjurkan oleh Cik Zamroszita. Berikut adalah profile beliau yang saya petik dari ruangan ‘Tentang Saya’:
Di dalam bengkel ini, Catzer akan mendedahkan langkah-langkah penting untuk membina laman web menggunakan WordPress yang perlu anda kuasai dalam usaha untuk menghasilkan laman web anda dengan kos yang minimum.
Setelah meneliti isi kandungan pembelajar dalam bengkel tersebut, saya boleh simpulkan bahawa ianya sesuai untuk pengguna baru dalam pembinaan laman web, blog dari WordPress. Boleh dikatakan dari mula hinggalah blog disiapkan telah dicover oleh beliau.
Harga bengkel ini RM290. Itupun anda dah dapat 1 hosting dan 1 domain name untuk setahun (anggaran saya ia bernilai RM 100 jika anda beli berasingan).
Modul – modul yang disediakan:
• Modul Eksklusif 1: Pengenalan Dan Pemasangan WordPress
• Modul Eksklusif 2: Konfigurasi Dan Kemaskini Laman Web WordPress
• Modul Eksklusif 3: Membina Isi Kandungan Laman Web WordPress Anda
• Modul Eksklusif 4: Membina 3 Model Laman Web Menggunakan WordPress
• Modul Eksklusif 5: Pendedahan Eksklusif Menjana Trafik dan Wang ke Laman Web WordPress Anda
Berbaloi untuk Newbie..
Apa yang menariknya, anda boleh belajar bagaimana melakukan customization keatas wordpress. Memang wordpress adalah percuma, Cuma untuk melakukan customization untuk menjadikan ia minisite, directory dan sebagainya, anda memerlukan pengetahuan dalam coding html, php dan keupayaan wordpress yang hanya boleh dapati daripada pengalaman dan pembelajaran secara berterusan.
Yang mungkin tak menarik nanti adalah bagaimana beliau mahu menguruskan support nanti. Cuma apa yang saya tahu, beliau memang suka tolong orang ;)
Jika anda berminat, anda boleh sertai bengkel sabtu ini atau pada 26hb April nanti di www.BengkelWordpress.com
Sudahkah Anda menonton Wawancara RTM bersama MalaysiaToday?
Assalamualaikum wbt
Beberapa hari lepas saya sempat menonton rancangan blog terbitan RTM yang di download dari youtube mengenai politik Negara dengan tetamu jemputan, Raja Petra Kamarudin. Beliau merupakan penulis blog politik terkenal tanah air, MalaysiaKini.com dan Malaysia-Today. Saya tidak pasti bila rancangan tersebut mula disiarkan tetapi ia satu permulaan yang baik untuk mendedahkan dunia blogger kepada luar tetapi jika anda lihat wawancara berkenaan, pasti rancangan tersebut tidak dapat bertahan lama di pasaran atau mungkin sebaliknya setelah melihat rancangan ini. MalaysiaKini dikatakan oleh ‘host’ mendapat ratusan juta pengunjung setakat ini – satu statistik yang menandakan arena blogging negara tak kurang hebatnya, cuma blog dalam bidang lain masih ketandusan ;)
Kerana rancangan tersebut juga, saya telah mencari perihal si Raja Petra ni dan dapati rupanya beliau bukan calang-calang juga orangnya. Pernah ditahan, dipenjara dan juga didenda. Quite a tough guy :D
Anyway enjoy the video utk sesiapa yang belum lihat rancangan tersebut lagi. Meskipun anda bukan peminat politik, see it first and get the idea what is happening in Malaysia :)
Rujukan: Wikipedia: Raja Petra Raja Kamarudin

