Selain Adsense

Buat Duit Tanpa Batasan dari Blog!

Assalamualaikum wbt

Ramai orang fikir hanya google adsense, text link ads, chitika, adbrite dan pelbagai program terkenal lain aje boleh buat duit dari internet. Mereka tak tau sebenarnya terdapat pelbagai cara lain lagi untuk buat duit bersabitan dengan blog. Yang disebutkan oleh saya sebentar tadi seperti adsense, text link ads, chitika, adbrite dan dot dot dot)
semuanya hanya dari bidang pengiklanan. Bidang servis dan perkhidmatan tak sentuh lagi tu!

Tukang Reka Tema

Saya sebenarnya dah banyak kali sebut pasal benda ni, antaranya di “Kenapa anda perlu belajar mencipta theme wordpress
Sebagai tukang reka tema, awak boleh dapat sekurang-kurangnya RM250 hingga ke RM15000 bergantung kepada kepayahan tema anda. Oh, yang saya tulis ribuan tu untuk blog orang putih aje sebenarnya. Mereka bayar melalui usd, so daraplah dengan RM3 paling kurang – tu yang sampai rm15000 tu.

RM 250 tu pulak paling koman bila target market Malaysia. Yelah, blogging di Malaysia
ni belum sehebat mana berbanding dengan barat yang kebanyakan syarikat yang sponsor.
Syarikat besar-besar pulak tu. So no problem for them.

So anda dapat bayangkan betapa untungnya orang yang pandai buat tema dan satu lagi skill, pandai cari klien.

Penulis sambilan

Sebenarnya ramai blog omputih yang nak pakai orang. InsyaAllah nanti saya bekalkan link kat mana tempat “bloggers for hire” ni. Saya lupa dah link dia kat mana. Oh ya, cubalah anda google, blogger for hire.

Tapi sebelum mintak nak jadik penulis tu anda kena ada:
1. berkebolehan menulis Bahasa Inggeris
2. dah tulis blog sekurang-kurangnya sebulan

So barulah dapat apply benda nie. Biasanya kat iklan tu akan tulis pemilik iklan akan suh
antar url blog yang pernah ditulis, so anda hantarlah email kepada dia.
Saya belum mencuba lagi benda ni since saya tak ada masa lagi tulis untuk orang
(tulis untuk blog sendiri pun slow semacam je lagi)

Bayaran lak bergantung la kepada pemilik iklan/blog tu. Ada yang $1 untuk satu post,
ada yang kira ikut jumlah perkataan dan macam macam cara lagilah.

Tukang Install Theme orang

Ha, yang nie kerja agak mudah tapi agak susah nak dapat klien since kalau wordpress tu
dah ada manual dan amat senang untuk install. Kalau anda dapat carik klien macam company banyak lah dapat upah. Biasanya kene carik themes skali untuk klien tu sebab dia memang malas dah nak kacau atau main dengan koding. Terpulang.

Kalau blogspot lak biasanya sekali ngan maintance dan upah tolong buat post sekali. Kire kena combolah since senang je cipta blog dari blogger tu, dah ramai omputih reti |o|

Program Pengiklan

Walaupun saya dah mention diatas, tapi saya nak sebutkan sekali lagi. Banyak sebenarnya
program pengiklan untuk buat duit. Yang popular adalah adsense, text link ads, chitika,
adbrite, nuffnang(program Malaysia), adverlets (program Malaysia) dan macam-macam lagilah.

Kebanyakan program pengiklanan semuanya utamakan jumlah trarik yang banyak dan text link ads lak nak page rank sekurang-kurangnya 3 keatas (beserta trafik yang baik dari alexa).

Apa lagi ye? Cuba anda cadangkan lagi…

Saya Mau Cuba NuffNang Beta!

Assalamualaikum wbt

Ketika ini, saya masih berada di KL dan dalam perjalanan untuk ke pudu (singgah ke CC jap :D) InsyaAllah saya akan menjawab persoalan atau komen dari sedara/ri bila saya sampai di UTP nanti. Oh, hari ini amatlah penat. Oh, saya harus mengubah? tarikh? dan? masa? wordpress? ni kerana saya baru perasan di? post yang lepas, post 29hb? ada 2 kali – yang mana saya? membuat post tersebut di? hari yang berlainan.

Beberapa hari lalu saya telah melawat blog Amanz.net dan yang menarik perhatian saya adalah mengenai NuffNang Beta, yang menjadi program pengiklanan pertama Malaysia.

nanfang Saya Mau Cuba NuffNang Beta!

So saya bercadang sertai program ni, maka saya carilah info dan guideline berkaitan. Antara info menarik yang saya dapati ialah:

  • What you earn depends on the number of Average Unique visitorsthe week before you received in your ad campaign is served.
  • For each campaign, you will be paid a fixed amount for every ad unit. The amount depends on what your Blogger band is. The higher your Blogger band (i.e. more unique visitors), the higher your earnings.
  • As soon as you have earned $100, you will be given an option on your earnings page to cash out!
  • You will get paid in RM. This reduces the trouble of you having to bank-in USD cheques

Ada beberapa persoalan dan pandangan positif saya terhadap blog ini.

Pandangan positif

Saya amat optimis dengan program ini. Saya percaya kalau dipromosikan dengan bagus, program ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Biasanya? no.1 boleh menghasilkan buzz yang lebih hebat :)

Persoalan

Saya tidak pasti sama ada ia jenis ppc @ ppa memandangkan bayaran untuk ads adalah tetap, dicadangkan berdasarkan traffik pada minggu sebelumnya.

Apapun, saya cubalah dulu program ni dan bagitau hasilnya nanti..

Forum Poster About Blogging

Assalamualaikum wbt

Hari? ini saya akan ke KL, ke seminar Saifulsham, yang telah saya tunda sebanyak 2 kali sebelumnya sebab ada test ;) InsyaAllah saya akan setkan post terbaru untuk esok hari supaya tak kantoi cabaran 40 hari. Oh ya, kalau ada yang dah terkantoi tu, janganlah tak expose plak kekantoian :P

Baiklah, hari ni saya mau iklan sket iaitu saya telah diberitahu mengenai forum poster diperlukan di bloggapedia.com, forum yang membincangkan mengenai blog. Saya pun sertainya jugak |o|

Spesifikasi:

  • Laman web: bloggapedia.com
  • Masa: 4-6 minggu
  • Bahasa: Englishlah :D
  • Upah: USD 12 je..lebih kurang RM 30 lah senang citer :D
  • Jumlah post sehari – 2 post kalau untuk 6 minggu. Jangan nampak cam spam

Kalau ada yang berminat, bleh contact saya ye :D

Matlamat saya untuk sertai forum-forum ni utk tambah pengalaman dan kawan.? Pandangan saya terhadap forum poster skang nie adalah – tambah ilmu sambil dapat duit. Takpelah sket pun, ilmu yang utama!