Blogspot

Kajian Kes: PPCImages.blogspot.com

Assalamulaikum wbt.

4-5 Hari lepas saya telah melancarkan
satu blog yang membekalkan imej untuk adsense publisher iaitu http://ppcimages.blogspot.com

Dalam masa 3 hari, bilangan subscriber rss blog tersebut
telah mencapai jumlah 24 orang! Satu jumlah yang sangat mengejutkan saya.

Tapi semalam, ianya telah menurun secara mendadak kepada 10.
Naik secara mendadak, turun juga secara mendadak. ;-P

Jadi sekarang saya sedang menganalisa mengapa ianya boleh
turun secara mendadak, dan antara anggapan saya ialah:

  1. Tiada
    updates & Maklumat.

PPCImages telah direview oleh
Tech-Buzz.net dan menerima komen positif dan negative. Yang positifnya: idea
blog ini amat menarik. Yang negatifnya: tiada updates terkini mengenai adsense
disana.

Dan setelah saya fikirkan, ada
benar juga kritikan beliau. Pelawat akan terus melawat blog yang selalu up to
date dan berguna utk mereka. PPCImages berguna untuk adsense publisher, tapi
hanya SEKALI! Setelah mereka ambil gambar dari sana, buat apa lagi mereka perlu singgah
disitu, bukan?

Jadi saya kini perlu updates blog
tersebut secara konsisten. Maka saya rasakan buat masa ini saya masih belum
dapat memberikan komitmen yang cukup dan bantuan utk updates blog tersebut.

  1. User
    Interface

Setelah saya lihat betul-betul apa
yang dikatakan beliau mengenai user interface, saya terfikir, kenapa dengan
user interface PPCImages?

Kemungkinannya ialah ianya susah
untuk dinavigasikan dan kotak untuk mengambil gambar akan menjadi terlalu besar
bila menggunakan menggunakan resolusi berbeza (800×600 dan kebawah)

Percaya atau tidak, resolusi
memainkan peranan penting kerana pelawat pasti tidak akan suka pada web yang
susunannya kucar kacir.

Hanya 2 perkara ini sahaja yang
saya dapat fikirkan sekarang.

Pengajaran utk kita: selalulah updates blog kita terutama jika dalam BI dan pastikan user interface adalah senang dibaca dan mudah dinavigasi

Apa pendapat anda tentang
PPCImages dan kenapa ianya berlaku?

Tagging Cara Mudah.

Tagging Cara Mudah. [Khas untuk Blogspot sahaja]

Yosh!! Hari ini saya sudah berjaya untuk stream video. Dan hari ini, video tutorial mencipta tag menunggu anda! Ya, saya sungguh bersemangat sebab inilah pertama kali ianya berjaya. Hehe.

Video ini akan mengajar anda bagaimana mencipta tag dengan mudah melalui servis dari keotag.com. Cara ini adalah sebenarnya untuk memudahkan anda untuk mencipta tag, tanpa perlu mengetahui 1 coding sekalipun. Tetapi kepakaran asas seperti copy and paste adalah perlu)

So enjoys video ini [klik disini]!

Oh ya, selepas tonton, tinggalkanlah komen sebab ini dapat membantu penghasilan video yang lebih kewl…;)

Video Bagaimana Meletakkan Adsense di antara post [blogspot]

Assalamualaikum semua. Ceriakan diri anda di permulaan minggu bekerja, belajar atau apa-apa je lah :)

Hari ni saya nak beri video percubaan blog ini: Video Bagaimana Meletakkan Adsense di tengah-tengah post [beta].

hurm..cuma masalah sekarang ialah: file tersebut sangat besar! 300MB. Wow~
Saya tak perasan lagi fail tu besar-besar sebelumnya. Yang nie pun 3 kali rekod beb..penat woo…

So untuk kecikkan, saya guna format .swf dan pecahkan kepada 7 fail kecik, antara 1-2MB setiap satu.
(harap-harap bleh mainkan kat sume komputer)

Agak kecewalah tak dapat streamkan file-file tersebut. Ingat nak letakkan kat members area. Tapi takpe..hari ni(mungkin esok atau lusa juga), saya akan letakkan disini, sape-sape pun boleh download.

so saya terpaksa pecah-pecahkan file seperti yang tertera di bawah. Jika ada masalah, terus tinggalkan komen.

Video yang pertama ini akan mengajar pengguna blogspot untuk meletakkan adsense diantara post mereka.

Cara menonton?
Baiklah. Begini caranya:

1. download ketujuh-tujuh file di bawah.

2. Letakkan dalam satu folder

3. Unzipkan fail2 tersebut.

4. Klik pada fail pertama, iaitu adsense dicelah
Nota: setelah klik pada fail adsense dicelah, kesemua fail akan automatik bersambung dengan sendirinya

5. Klik pada menu View->100%.
Amaran: tanpa view 100%, anda tidak dapat melihat video dengan jelas

6. Klik pada menu control-> Play
Nota: anda boleh mengawal seperti play, pause and stop di bahagian bawah. :)

Cara Download.
Klik kanan atau klik saya pada link fail dibawah. Pastu tgk di atas bagaimana cara menontonnya.

Fail 1
Fail 2
Fail 3
Fail 4
Fail 5
Fail 6
Fail 7

So cubalah download and tgk. Pastu beri komen..saya tak tahu nak tulis apa :p