Blogspot
2 Sebab saya berhenti menggunakan widget WeShow.com
![]()
Jika anda melihat screenshot yang telah saya letakkan, ia sebenarnya adalah gambar dari widget blog ini. Apa yang mengecewakan saya ialah kegagalan widget ini dalam 2 perkara iaitu:
- Fungsi klik untuk tonton tidak berjaya
Saya telah banyak kali mencuba tetapi malangnya saya masih belum berjaya untuk menonton video dari widget ini, padahal sepatutnya setelah anda klik pada imej di widget tersebut, ia akan terus memaparkan video terbabit.
Jadi ia merupakan kegagalan dan mampu mengecewakan sesiapa yang cuba klik untuk menonton.
- Menunjukkan Gambar Snapshot yang salah
Saya mula menyedari hal ini 2 hari yang lepas dan saya tak pasti bila ia sebenarnya berlaku. Snapshot yang ditunjukkan bukan dari video saya walaupun apabila anda tunjukkan imej tersebut dengan tetikus anda, ia akan memaparkan tajuk video-video saya. Ini tentunya mengecewakan saya sebagai pemilik dan penghasil video ini.
Kini telah tiba masanya untuk saya membuang widget ini dari Rajablog.info dan memikirkan alternatif lain yang lebih dipercayai serta mampu berfungsi dengan baik. Tidak hairanlah blog terkenal seperti blogherald juga telah membuang widget ini dari blog mereka. Adakah anda pernah menggunakan widget weshow dan mempunyai masalah yang sama? Atau pernah berasa kecewa apabila klik pada widget tersebut dengan harapan dapat menonton tetapi tak dapat-dapat? Kongsi pengalaman anda bersama saya.
WeShow – Tunjukkan Video Terhebat Seluruh Dunia!
Seminggu yang lepas saya telah melawat blogherald.com dan mendapati satu aplikasi menarik dari sana iaitu WeShow.
“WeShow – Selecting and organizing the greatest videos worldwide for your entertainment”
Melalui WeShow, anda boleh menyaksikan video-video terhangat setiap hari di dunia, mengikut kegemaran dan tanpa bayaran. Rileks dan mudah!


WeShow memaparkan video dari laman web video seperti:
* Break.com
* Brightcove
* Dailymotion
* ExpertVillage
* Google Video
* iFilm
* Metacafe
* MySpace
* Travelistic
* VideoJug
* Videolog
* Vimeo
* Youtube
Menariknya, anda boleh memilih video mana yang boleh dipaparkan di bahagian utama widget weshow untuk dipaparkan di blog, web, myspace atau friendster anda dengan mudah di bahagian favourite. Saya telah meletakkan koleksi video terbitan rajablog untuk dipaparkan di blog ini. Anda pun boleh memaparkan video yang telah anda upload ke yotube melalui aplikasi yang hebat ini. Pertama kali menggunakan weshow membuatkan saya begitu teruja.
Powered by ScribeFire.
Jom Ber-”MyBlogLog”
Pernahkah anda melihat gambar dan nama nick seseorang di sidebar blog orang lain bertanda recent readers? RajaBLog juga mempunyai fungsi ini. Bahkan orang yang memberi komen pun akan ada gambar ini, dengan syarat mereka telahpun mendaftar di MyBlogLog.com
Assalamualaikum wbt
Wah, panjang lebar intro saya kali ini..
Sebelum itu, apa itu MyBLogLog?
MyBlogLog was originally developed as a statistic service, after being aware that social networking is a huge tool among bloggers, there have decided to integrate with their own social networking system which turns out great.
source: http://www.easywordpress.com/labs/276/mybloglog-social-networking-for-bloggers/
Manakala rakan blog di RahsiaBlogger juga memberikan hints mengenai keberkesanan menggunakan MyBlogLog sebagai cara mendapatkan traffic yang lebih berkesan di
Tools tersebut memang hebat. Dengan adanya tool tersebut, anda boleh secara tidak langsung mempromosikan laman web ataupun blog anda. Saya telah mencuba melakukannya dan ia memang berjaya. Setiap kali anda melawat laman blog yang menggunakan tools tersebut, avatar untuk MyBlogLog anda akan terpapar pada bahagian tool Recent Readers. Jadi, apabila orang lain masuk ke laman blog tersebut, mereka yang ingin tahu mengenai diri anda akan menekan pada avatar anda dan majority di antara mereka akan melihat blog anda.
Yang menariknya, anda boleh mendapatkan plugin comment Avatar untuk blog wordpress mahupun blogspot anda.(klik pada platform berkenaan). Plugin ini akan memaparkan gambar si pemberi komen..Menarik bukan?
Saya pun suka melihat gambar saya dipaparkan bila memberi komen di mana-mana blog yang saya singgah :D Oh ya, sebelum saya menamatkan entry kali ini, Jom Join Komuniti RajaBLog.info!
p.s: anda dah join ke blom? Apa pandangan anda? bagi saya ianya tools yang menarik dan berguna!