berita rajablog

Beberapa Update Projek

Assalamualaikum wbt (salam sejahtera ke atas kamu)

Disini saya akan membuat beberapa update iaitu mengenai Projek Blog Anime, MBlogger dan Juga Blog PerpustakaanMaya.com

Projek Blog Anime

1. Satu perbincangan di YM akan dilakukan pada Hari Rabu ini, 4 July? 2007. Take note kepada sesiapa yang telah di ajak sebagai penulis dan penyumbang idea,? kita akan berbincang melalui ym. Saya telah decide untuk buat discussion melalui YM kerana ia lebih mudah dan real time – menyenangkan para peserta sebab masalah utama adalah saya ni lak jenis tak dapat online selalu ketika ini. Kesian peserta yang betul2 ada semangat nak join..

p.s: sila beritahu cepat-cepat kalau ada masalah supaya saya dpat cepat2 menunda online discussion nie.

2. Saya akan menempah template khas (sori, murah-murah aje) untuk blog ini. So perbincangan mengenai fungsi dan sebagainya perlu disiapkan pada hari Rabu itu juga.

Projek MBlogger

1. Terima kasih kepada saudara Arm kerana baru menghantar artikel bertajuk Satu Permulaan. Saya akan update nama awak dalam masa terdekat ye Arm.

2. Isu seterusnya akan lewat sedikit. InsyaAllah hujung minggu ini kerana masalah kesihatan saya (maafkan saya, saya tak dapat mengelaknya.) Mengenai Cover pula, saya akan contact beberapa orang yang telah menyatakan minat mereka untuk design cover tersebut – cuma saya tak pasti mereka ni tau tak M-Blogger mau yang FREE punya. Kan projek terbuka? :D

Projek Perpustakaan Maya.com

1. Rajablog Group akan menaikkan kembali PerpustakaanMaya.com yang disahkan menggunakan wordpress. Jika anda berminat menjadi editor (masih tiada upah diberikan..), sila hubungi saya di www.rajablog.info/blog/hubungi-kami atau tidak. Sekurang-kurangnay Saudari Norakmal akan menjadi Penulis ke-2 bersama saya disana.

Seorang Professional akan Memulakan Blogging di bawah Kawalan Rajablog.info

Semalam saya telah ke rumah kawan saya untuk berbincang mengenai bapanya yang mahu membina blog. Beliau sudah bersara tetapi sebagai seorang bekas pengetua, saya boleh katakan beliau antara golongan professional yang mahu memulakan blogging. Beliau tidak targetkan wang bahkan beliau sendiri yang bercakap beliau tidak mengharapkannya, buat masa sekarang.

Apa yang menggembirakan saya adalah beliau mahu menulis diblog dan bercita-cita ia menjadi blook pada masa depan. So memang kenalah dengan bidang saya(blogging). Selama 4 jam kami berbual dan berbincang, amat seronok kepada saya kerana tema blog beliau mempunyai kekuatan sendiri ? theory vs reality in the school. Beliau akan mengaitkan/membandingkan sistem pendidikan sekarang dengan sistem pendidikan luar negara. Saya sendiri begitu excited dengan penceritaan beliau, yang bagi saya mencabar minda dan membuatkan saya terfikir itu dan ini. Saya percaya pengalaman beliau akan menarik perhatian golongan pendidik dan umum. Namun perbincangan kami berhenti setelah isteri beliau mengingatkan bahawa saya perlu bekerja esoknya (jam pada waktu tu tunjukkan 12.00 malam)

Mengapa Golongan Professional Tak Blogging?

Saya sempat bertanya kepada beliau, Mengapa agaknya golongan professional kurang terlibat dalam blogging. Pada pendapat beliau, selain kesuntukan waktu, mereka sebenarnya tak mahu tersalah cakap atau terover mendedahkan sesuatu. Sebagai golongan professional mereka mengetahui pelbagai perkara ‘top management’ dan kadang kala sukar membezakannya, sama ada mahu didedahkan atau tidak. Saya juga walaupun hanya sebagai pelatih selama 8 bulan di Petronas juga merasa akan kesannya. Saya perlu berfikir dan mengimbas post yang mahu dihasilkan supaya tak terlajak cakap hingga ke benda2 private and confidential..

Blog Beliau Akan Berada Di bawah naungan Rajablog Group…

So alang-alang dah dia jumpa saya, saya terus ajelah menjawab segala persoalan yang berkaitan, dan secara rasminya nanti blog tersebut akan diletakkan di bawah pemerhatian dan projek RajaBlog Group atas kebenaran beliau (projek terbuka lain nanti saya bincang kemudian atau di google group. Dalam sehari 2 ni saya akan update mblogger nyer site as mini site dlu, InsyaAllah….) :D Skang saya duk carik option untuk internet saya. Digi, maxis and lastly tmnet streamyx. Mana satu yang anda rasa bagus? Dah tak tahan bangat bah!