aplikasi
2 Sebab saya berhenti menggunakan widget WeShow.com
![]()
Jika anda melihat screenshot yang telah saya letakkan, ia sebenarnya adalah gambar dari widget blog ini. Apa yang mengecewakan saya ialah kegagalan widget ini dalam 2 perkara iaitu:
- Fungsi klik untuk tonton tidak berjaya
Saya telah banyak kali mencuba tetapi malangnya saya masih belum berjaya untuk menonton video dari widget ini, padahal sepatutnya setelah anda klik pada imej di widget tersebut, ia akan terus memaparkan video terbabit.
Jadi ia merupakan kegagalan dan mampu mengecewakan sesiapa yang cuba klik untuk menonton.
- Menunjukkan Gambar Snapshot yang salah
Saya mula menyedari hal ini 2 hari yang lepas dan saya tak pasti bila ia sebenarnya berlaku. Snapshot yang ditunjukkan bukan dari video saya walaupun apabila anda tunjukkan imej tersebut dengan tetikus anda, ia akan memaparkan tajuk video-video saya. Ini tentunya mengecewakan saya sebagai pemilik dan penghasil video ini.
Kini telah tiba masanya untuk saya membuang widget ini dari Rajablog.info dan memikirkan alternatif lain yang lebih dipercayai serta mampu berfungsi dengan baik. Tidak hairanlah blog terkenal seperti blogherald juga telah membuang widget ini dari blog mereka. Adakah anda pernah menggunakan widget weshow dan mempunyai masalah yang sama? Atau pernah berasa kecewa apabila klik pada widget tersebut dengan harapan dapat menonton tetapi tak dapat-dapat? Kongsi pengalaman anda bersama saya.
Apa yang menarik pada Dexter, wordpress v2.3?
Saya belum menaik taraf versi blog ini ke versi baru wordpress – Dexter, di dinamaklan sempena dengan nama peniup saksafon yang ulung di dunia, Dexter Gordon.
Jadi saya telah mencari sebab yang bagus untuk saya melakukan naik taraf. Jika tidak ada apa-apa yang memanfaatkan saya, saya hanya perlu tunggu untuk versi lain :P Jadi ini adalah rumusan yang boleh saya buat setelah membaca post yang terperinci mengenai hal ini di Technosailor.com: 10 Things You Need to Know About WordPress 2.3
- Tags
- Update notifications – menghantar nota kemas kini plugin dan versi wordpress terus ke dashboard anda.
- Canonical Redirection – mengubah url yang tiada www. kepada ada
- Post Workflow Improvements – Pengurusan draft yang lebih cekap dengan menambahkan siri dropdown menus di ruangan pengurusan “page”
- Pluggable Dashboard – menganti/menambah hasil technorati kepada hasil carian google Blog di bawah Incoming Links
- $wpdb->prepare()
- Atomlib – menyokong support library untuk produk Atom: Atom Publishing Protocol dan the Atom 1.0 feed
- Deprecated Functions – template tag
permalink_link()telah diganti denganthe_permalink() - Multiple Category Widgets – membolehkan kumpulan kategori diasingkan kepada kumpulan dalam cara berlainan.
- Pluggable RSS Library – membenarkan pengguna feed memilih enjin parse feed yang mereka sukai
Saya telah menjumpai satu sebab yang kukuh kenapa saya perlu upgrade Rajablog.info kepada versi Dexter memandangkan blog ini kini telah menghasilkan 2 jenis post – satu untuk Luar Negara versi bahasa Inggeris dan Tempatan, versi bahasa kebangaan – bahasa Malaysia. Harap-harapnya ia sesuatu yang benar-benar bermanfaat untuk blog ini
Mereka yang turut bercakap dan mewar-warkan berita ini:
Malay:
Erzwan.com
Asblogger.com di pelantar wordpress2.3
InternetMelayu.com – Senarai yang bagus untk membina web dan upgrade ke wp-23
English:
Mashable.com – Php Toolbox
TheBlogRevenue.com – Dexter For WordPress 2.3
Devlounge.net – WordPress 2.3 Released
EastWoodZhao.com – wordpress 2.3, no-widgets-required
BlogOhBlog.com- now-wordpress 2.3-dexter
Plugin Compatibility for wordpress 2.3