Boleh ke buat duit banyak-banyak dari blogging tanpa tahu Bahasa Inggeris?
Saya telah membaca ebook Blog PayCheck dari Profit Blogger yang telah ditulis oleh Gobala Krishnan. Ebook tersebut telah menyenaraikan pelbagai cara buat duit dari blogging, terutama dari segi content writing atau sebagai penulis blog yang boleh dikatakan menjadi tetapi perlukan satu kickstart – menulis English dengan agak baik.
Buat Duit Banyak-Banyak dari Blogging tanpa tahu Bahasa Inggeris?
Jika anda fikirkan bahawa anda boleh buat duit dan hidup sebagai blogger hanya tanpa menulis dalam Bahasa Inggeris, fikirkan semula. Dan jika anda telah diberitahu oleh sesiapa yang, anda boleh buat duit dengan banyak dari Blogging tanpa mampu menulis bahasa inggeris, jangan mudah percaya.
Untuk blog marketing, anda masih perlukan tahu menulis dalam bahasa inggeris, walaupun tak mahir. Blog commenting, sertai forum, menghantar blog ke directories, yahoo answers marketing, facebook marketing, twitter marketing dan seumpamanya, semuanya perlukan bahasa Inggeris.
Anda boleh SPAM dan tahu sikit-sikit jer bahasa Inggeris, tapi untuk long term, saya kira ia tidak berbaloi. Anda perlukan networking untuk topik yang sama, supaya anda boleh membuat jaringan untuk jangka masa panjang. Maka berbual-bual/contact selalu adalah perlu. Takkan nak guna bahasa Isyarat kot?
Sedikit Kisah Saya
Saya berada di UTP lebih dari 4 tahun. UTP menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara di sini, maka bahasa Inggeris saya sedikit improve.
Tapi malangnya untuk menulis dalam bahasa inggeris dengan baik, tanpa kesalahan grammar yang teruk, saya gagal.
Saya tak berkeyakinan dan tersekat-sekat menulis dalam bahasa Inggeris. Satu artikel sepanjang 1 page pun sampai 30 minit. Itupun banyak ayat yang tak kena.
Maka apabila berkaitan blogging, saya lari mencari jalan alternative seperti membuat vblog (video blog). Oleh itu terhasillah MyAnimeOnline.com yang dikongsi dengan Azwan dan Izuddin.
Ya, saya berjaya lari dari masalah berbahasa inggeris, tapi as time goes on, saya dapati perlu juga menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris. Untuk blogging, untuk hidup dan untuk anak-anak saya kelak (siapa yang nak ajar dirumah kalau dua-dua tak reti?)
Saya perasan penggunaan bahasa Inggeris saya mula meningkat dalam satu kelas yang dinamakan Professional Communication Skills yang mementingkan percakapan dan open presentation dan discussion.
Ia mementingkan 2 ways communication. Anda bercakap, ditanya dan kadang-kadang digelakkan. Apabila semua terpaksa bercakap dan tunjukkan masing-masing ada kelemahan, semua akan berfikiran lebih terbuka. Jadi minda kita akan bebas masukkan maklumat dan belajar. That is how it works for me!
Itu cerita hampir 2 tahun dahulu. Namun life saya kembali kepada normal. Kadar bercakap dalam Inggeris semakin berkurang, lebih banyak mendengar orang berbicara.
Semasa cuti pertengahan tahun yang lepas (bulan 6 lepas) saya ada berniat untuk ulangkaji semula bahasa Inggeris, tapi terbantut. Tiada masa, dan tak tahu dimana buku belajar English (bercampur dgn buku adik2 - alasan!) Mungkin suasana nak belajar tak se-conducive dulu.
Dan terima kasih kepada Cikgu Azleen, kini saya boleh belajar Bahasa Inggeris lagi secara terbuka. Saya percaya mereka yang dah join mesti jenis yang terbuka dan tak kisah buat salah dalam belajar.
Saya akan cuba dulu Level 1 and kongsi pendapat saya tentang program Easy English ni. Untuk mereka yang berminat, boleh jenguk di:
[+] Program Easy English – Belajar English dengan mudah, dimana-mana sahaja
Oh ya, konklusi post kali ni?
- Pastikan dapat menulis dengan baik sebelum membeli Blog PayCheck dari Profit Blogger.com
- Kurang berlatih menulis dan bercakap Inggeris, kemahiran akan menurun.
- Jangan lari dari masalah. Face it.
- Teruskan usaha belajar bahasa inggeris
- Saya sedang mencuba Level 1 Program Easy English(KelasEnglish.com) dari Cikgu Azleen.

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Aug 12th, 2008 at 12:39 pm
boleh juga buat duit. nuffnang dan advertlets kan ada, tapi … tak boleh pergi jauh la
[Reply]
Aug 12th, 2008 at 2:39 pm
haha, teringat zaman muda-muda time masuk UTP dlu kan? tapi dah byk improvement rasanya. ntah macam mana interview in english boleh lepas dlu. rasa bertuah la plak boleh masuk U buat degree ni, kurang2nya boleh speaking and writing in english
[Reply]
Aug 12th, 2008 at 2:41 pm
haha, teringat zaman muda-muda time masuk UTP dlu kan? tapi dah byk improvement rasanya. ntah macam mana interview in english boleh lepas dlu. rasa bertuah la plak boleh masuk U buat degree ni, kurang2nya boleh speaking and writing in english
mesols last blog post..Glossy eCommerce Pack
[Reply]
Aug 13th, 2008 at 12:49 am
Betulla..
Nanti nak daftarlah dengan cikguazleen…
Nak improve tulisan tu dulu…
baru boleh buat blog banyak2 kan
zools last blog post..Cerita pasal kambing
[Reply]
Oct 20th, 2008 at 2:31 am
urmm.. its totally true, tho we can write in malay but at least make it double, may be english can be your second language so that people from other countries that dont speak malay can understand what you wrote..
shahs last blog post..the deadline: final exam! start study now!
[Reply]