Blogging – Suka-suka atau Serious?

Wahai bloggers yang berkunjung ke sini, apakah sebab utama anda blogging? sebab Suka-suka atau serius?

Assalamualaikum wbt

Jawapan saya: Suka-suka dan sekarang saya mahu lebih mengarah kepada serius.

Sebelum ini, walau saya sedang dan masih buat duit melalui google adsense namun sebetulnya saya masih belum begitu serious. Hanya untuk suka-suka dan testing. Alasan utama, English tak power.. Ceh, apa punya alasan da..

Tapi saya akan mulai serius selepas genap 21 tahun – tahun kecermelangan remaja. Saifulsham, Bitol dan beberapa orang lagi yang saya kenal semuanya cemerlang pada umur 21 tahun. So I also can lah!

Apa bezanya serius dan suka-suka?

Serious bererti mempunyai perancangan yang teliti. Antaranya:

1. Melakukan kajian dan kehendak terhadap topik untuk blog. (modal masa dan tenaga)
2. Perlunya post untuk setiap hari.(modal masa dan tenaga)
3. Melakukan Promosi dan sanggup untuk berbelanja untuk promosi (modal promosi)
4. Mengeluarkan modal untuk mendapatkan ilmu, perisian dan tools yang perlu sebagai investment. (modal ilmu)

1. Melakukan kajian dan kehendak terhadap topik untuk diblogging. (modal masa dan tenaga)
Kajian dan kehendak terhadap topik amat penting dan saya sekarang masih berfikir, apakah pasaran yang sesuai jika mahu target international. (means English) Sorry to say but English blog have more revenue options.

2. Perlunya post untuk setiap hari.(modal masa dan tenaga)
Post setiap hari adalah penting kerana saya pernah mengalami kejatuhan reader blog omputih saya dari 20 ke 5 orang sahaja. So fast! So saya mau jadikan ia sebagai satu pengajaran untuk masa akan datang. Dan jika perlukan co-author, nampaknya kena share profit atau upah |o|

3. Melakukan Promosi dan sanggup untuk berbelanja untuk promosi (modal promosi)
Alah, guna teknik percuma aja pun leh dapat promosi yang tinggi.

Benar tapi saya sedar satu perkara. Tanpa investment dalam promotion, your blog’s growth is not too well. Ertinya Slowlah. Dahulu saya pernah invest untuk promote di beberapa tempat dan hasilnya adsense saya dapat membayar 2 kali ganda dari modal promosi yang dikeluarkan. So jangan takut sebenarnya berbelanja untuk promosi!

4. Mengeluarkan modal untuk mendapatkan ilmu, perisian dan tools

Setiap bulan pasti ada sahaja teknik baru yang digembar-gemburkan oleh Internet Marketer tak kira di Malaysia atau international. Sebagai pengguna, saya harus berhati-hati dalam membeli produk informasi terutama yang orang putih produce. Biasanya content mereka sama aja. Benci!
Saya akan cuba invest dalam jumlah yang kecil dan setelah mendapat review positif dari rakan-rakan online yang lain (so networking pun penting…)

Jadi apa pendapat anda? Adakah anda blogging secara serious?

p.s: saya sedang memikirkan niche yang sesuai dengan jiwa saya (teknologi, blogging, marketing, gadget, dan beberapa lagi. Tengah fikir lagi…waaa~~)

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

15 Responses to “Blogging – Suka-suka atau Serious?”

  • Jap2,sy cbe c:hecklist
    1. Melakukan kajian dan kehendak terhadap topik untuk blog

    [Reply]

  • kalau sy, mungkin lebih kepada suke2. Saya genuine blogger syok sendiri..so have fun thru blogging..kalau nak buat utk adsense, sy perlu menjadi serius. But, make money thru blogging..70% fun, 30% money.

    [Reply]

  • Info saudara amat bermakna pada saya. Maklumlah orang baru dalam dunia blog ini.

    [Reply]

  • Writing a great blog goes a long way towards repeat visitors and word of mouth blog.Write quality content and do it well use proper punctuation, capitalize letters when appropriate, and don’t overuse the ellipsis.

    If you’re going seriously abt blogging as what you said,the idea here is to get a big crowd rite?so fix yourself up a bit, pull it together and discover a style that shines brightly through good blogging.

    p/s ..initially blog for fun, and STILL is…love sharing knowledge with others, well if you can say it as knowledge:p

    [Reply]

  • saya? Hmm.. saya ada beberapa blog utk tujuan suka2.. ada beberapa blog jugak utk tujuan serius. ;)

    Jgn stress sangat. Nanti blank :p

    [Reply]

  • @chee kui – tu la pasal. Serious sangat leh jadik blank tu.. biarkan dlu tapi yang pasti mau pilih yang minat bah!

    @noushy_syah- yes, i would like to enjoy and have some money from blogging. That’s why i want to blogging what i have interest in it.

    @kamarul – np.

    @surfaddict –

    saya genuine blogger syok sendiri..so have fun thru blogging..

    Oh, saya pun terasa nie..hehe

    @awqi_zar – oh, check list? buat apa tu?

    [Reply]

  • blog dah jadi tempat cari duit.
    blog to impress your thought/idea/impression or blog to fill ur pocket.. choose!
    aku blog secara sangat serius.. utk suka suka >:)

    [Reply]

  • bagi saya, saya berblog untuk melatih skill penulisan dan memperbaiki stail penulisan sedia ada..selain tu, nak bersaing dengan bloggers lain dalam arena penulisan blog.. kira fierce competition la ni kan..

    Saya menulis di dorong oleh minat. Menulis adalah satu perkara yang saya buat lebih baik daripada orang di sekeliling saya dan kengakawan saya. Kesimpulannya, writing is my passion, together with books, swimming and music.

    Blog ni masih baru lagi pada diriku ini. Tetapi, mengasyikkan! Saya baru serius dalam blogging dan sekarang masih buat kajian keyword apa lagi yang profitable untuk saya terjun. Masih mendalami ilmu Adsense dan yang sewaktu dengannya.

    Selain produk yang sedia ada, lebih molek kiranya jika bakat penulisan sedia ada dihargai dengan Adsense. Tak rugi woo… selian jual eBook, Adsense kira salah satu passive income

    Inspirasi saya timbul bila melihat vidoe You Tube berkenaan seorang blogger India bernama Amit Agarwal ( correct me if i’m wrong) yang menjadi pro blogger menggunakan Blogspot sahaja. Sultan Muzafffar juga menggunakan Blogspot sahaja. Jadi, saya membuat kesimpulan sendiri, ndak kira la berbayar ataupun free, content yang paling penting..

    uppps, sorry Ramz, dah panjang pulak xplain dari saya. Kesimpulan, blog is may passion!
    I work and i play with my blog.. wsslm..

    your friend, shueqry

    [Reply]

  • saya setuju dengan awak shueqry. Tak kira guna blog percuma atau berbayar :D

    cuma kalau nak cepat blog tu popular, kene invest sket dalam promotions. Ni yang penting nie.. :D

    [Reply]

  • dik mal mula berblog untuk suka-suka dalam tahun 2005..lepas habis matrik..tapi mulai awal tahun ini blog dik mal adalah untuk kerja dik mal :D

    sambil nyelam minum air..

    juga mcm abg shueq, membaiki skill penulisan..

    well, from nothing to something :)

    [Reply]

  • heee,sory la ramzwatcher..act,pnjang checklist tue tp tibe2 jadi pndek..xtau nape..

    >Melakukan kajian dan kehendak – ade la buat tp xbnyak la,biasa maen taram jek…
    >Post untuk setiap hari – sejak akhir2 nie rjin plok nk post,ari2 asyik tgk blog jek…
    >Promosi dan sanggup untuk berbelanja – setakat nie blum lg tp ade rncangan nk beli hosting..
    >Modal untuk mendapatkan ilmu, perisian dan tools – blum lg tp mne2 jmp e-book/software berkaitan IM,msti join pas2 donlod..Berlambak dlm folder donlod nie..

    Conclusion : i’m moving toward to be serious blogger..anyone can guide me?ramzwatcher,can you?

    [Reply]

  • hak3. kelakar pulak aku baca nyer.

    btw part yang paling payah kalau nak blog untuk bisnes nih adalah, apa niche yang kite nak. kalau teknologi, dah belambak dah website yang dah buat. tapi teknologi yang kita nak jugak. so, kalau nak terus blog pasal teknologi, kite kene buat kelainan. lain dari yang lain tapi masih still fokus kepada teknologi. setuju?

    [Reply]

  • yup.. teknologi dah berlambak. Tapi satu blog saya tu, domain kosong, saya masukkan fasal teknologi, hasilnya memberangsangkan, tapi kena pilih niche dan kelainan ler macam cypherhackz cakap tu.

    [Reply]

  • so more niches in the technology.

    tapi kadangkala bahaya gaks sebab masuk lagi dalam bererti lagi kurang possible visitor..

    [Reply]

  • A very well written post, exciting to read. Full of contents and ideas, well done my friend. I hope to see more. Thank you.

    [Reply]

Leave a Reply