Blog Bukan Niche seperti blog personal apa salahnya
Pada artikel yang lepas saya ada menulis tentang Mengapa Niche Blog dan mungkin ada yang tertanya-tanya,
“kalau blog bukan niche macam personal blog, apa salahnya?”
Kebanyakkan blog ditulis berdasarkan apa yang mereka rasakan dan respond kepada persekitaran seperti politik, agama dan budaya dan kehidupan seharian. Mereka akan menulis apa yang mereka sukai atau mungkin berdasarkan minat.
Namun…
Untung batu tenggelam, untung sabut timbul..
Sesetengah orang mungkin ok dengan cara tersebut, dan sesetengahnya tidak. Setiap saat, blog baru akan wujud di dunia dan mungkin di Malaysia, setiap satu minit (tiada data!). Blog personal biasanya kurang diminati atau dibaca melainkan si penulis mempunyai factor X seperti personaliti yang menarik, atau sesuatu yang unik atau mungkin juga seorang yang sudah popular seperti personaliti tv3 atau artis.
MohdIsmail.net sebagai contoh mempunyai personaliti dan gaya bahasa yang unik jika dibandingkan dengan kebanyakan blogger yang lain. Atau mungkin juga Catriona Ross yang merupakan seorang pelakon wanita yang cantik dan popular. Maka pembaca dan pemberi komentar akan merasakan begitu istimewa dan tertarik membaca dan memberi komen dib log-blog tersebut.
Kenali diri anda..
Nak mengubah diri menjadi macam mereka? Well, saya percaya setiap manusia mempunyai kebolehan dan keistimewaan sendiri. Saya tidak akan menjadi Mail dan mungkin anda pun sama. Bagi saya, hilang keyakinan diri amat teruk sekali. Jika anda terlalu rasa rendah diri atau perlukan suntikan semangat, saya syorkan membaca blog shueqry di iMotivasi.com
Jika anda telah mencuba blog personal dan telah melakukan apa sahaja untuk promosikan blog anda, mungkin anda boleh jadikan ia unik atau mungkin pilih salah satu atau dua minat anda dan jadikan ia satu niche blog. Menggabungkan kelebihan anda dan sesuatu yang telah popular juga satu idea yang baik.
Siapa tahu tuah anda pula ada di sana?

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I am Information Technology Student of UTP that loves to blog and learn how to maximize the usage


Jul 25th, 2008 at 10:26 pm
Saya bersetuju apabila dikatakan si penulis blog perlu mempunyai factor X seperti personaliti yang menarik, atau sesuatu yang unik atau seorang yang sudah popular….sememangnya telah terbukti.
[Reply]
Jul 26th, 2008 at 1:15 pm
Blog personal juga boleh dijadikan blog niche.. Pilih 2-3 topik yang berkaitan dengan hidup kita untuk dijadikan niche.. Tetapi dalam masa yang sama, boleh juga postkan perkara lain yang tidak berkaitan dengan niche itu.. Contohnya johnchow.com .
Pada saya blog beliau adalah blog personal. Tetapi beliau memberi fokus kepada 2-3 perkara saja dalam kehidupan peribadi beliau. Begitu juga dengan mohdismail.com . beliau takde pun cerita tentang semua perkara dalam hidup beliau seperti gf ke, cerita pasal mak ke.. Kalau ada pun terlalu sikit…
Kalau nak blog kita dibaca, pada saya rahsianya adalah ia mesti ada kepentingan kepada pembaca. Cerita tentang diri kita (supaya ada personal touch - elemen penting blogging) tetapi dalam masa yang sama memberi sesuatu nilai kepada pembaca..
[Reply]
Jul 29th, 2008 at 1:36 pm
Betul tu rata-rata bila saya survey memang aderr element2 membawa kita kearah satu kecenderungan untuk minat atau tak minat dengan blog tu….tapi kalau dah terkenal dengan nama pasti meletup..blog tak update pun pasti ramai…cuma untuk dikenali dalam blog kita sendiri tu…hahahaha…..faktor tu yang panjang tak abis nak buat topic….lain orang lain ragam…
[Reply]
Jul 29th, 2008 at 3:51 pm
Saya cukup meminati blog saudara ini. Usaha anda ini amat kami hargai darpda dikalangan di luar sana yang memerlukan bantuan anda. Walaubagaimanapun pun pada masa sekarang blog lebih daripada medium komunikasi semata saja, tapi lebih daripada itu. Bagi mempromosi blog anda, masing mempunyai kredibiliti dan kelebihan masing-masing. Terpulang kepada anda bagaimana untuk menonjolkan diri daripada pelbagai aspek.
Bines TDTone
http://bisnestdtone.com/khairul
“MUDAH dan MENGUNTUNGKAN”
[Reply]
ramzwatcher Reply:
July 30th, 2008 at 10:26 am
Terima kasih atas complement. Semuanya dari Allah :D
Khairul, saya mungkin terpaksa buang link dari komen awak sebab inconsistent comment dan banyak sangat link secara mendadak. nanti ramai pulak yang nak tiru cara affiliate kat blog ni :D
So saya akan buang link awak untuk sesetengah komen.
Harap awak faham, thanks
[Reply]