Blog atau Website?
Assalamulaikum semua :)
Hari ini saya telah menerima email dari kakak Zawiah yang dihantar melalui contact us form. Saya copy dan paste disini.
Saya ingin membuat website,bolehkah saya menggunakan blog sebagai website saya?
Saya masih lagi belajar tentang apa apa yang berkaitan dengan internet
ini.
Terima kasih?
Sepatutnya saya sambung jawab soalan ini pada malam tadi tapi apakan daya, saya kena demam pulak. Ya, demam mengejut, mungkin sebab jalan jauh sebelum ni kot. Baiklah, teruskan!
Blog atau Website?
Wah, Akak Zawiah bernasib baik kerana Saifulsham juga sedang membincangkan hal ini. Baiklah, saya petik penulisan dari sana:
“Ramai orang menganggap blog adalah blog, dan laman web adalah laman web. Ini adalah antara faktor yang menyebabkan blog agak lambat disambut meriah oleh usahawan internet, baik luar negara mahupun Malaysia. Mereka menganggap, blog adalah diari online untuk remaja,cuma satu trend ataupun ?fad? yang akan pudar jua satu hari nanti.
Sebenarnya, walau apa jua istilah dan definisi teknikalnya, anda perlu menganggap blog adalah sebuah laman web, cuma ia dalam bentuk yang paling mudah. Apa jua langkah promosi yang anda lakukan untuk sebuah laman web PERLU dilakukan untuk sebuah blog. Sesetengah penulis blog mengambil mudah hal ini dan menyerahkan semata-mata kepada anggapan bahawa blog lebih mudah disenaraikan di enjin carian berbanding laman web biasa.”
Saya setuju memang benar blog merupakan website dalam bentuk termudah, namun bergantung juga kepada kandungan kita sama ada untuk menggunakan website ataupun blog.
Saya akan senaraikan sedikit panduan dalam memilih antara blog dan website:
Pertama:
Tentukan tujuan akak. Adakah akak mahu menjual atau memberikan info semata-mata? Jika mahu
Menjual : website dengan fungsi cart
Memberi info, kelab atau keahlian berbayar : blog
Jika mempunyai produk jualan yang banyak (lebih dari 10), blog tidak lagi sesuai digunakan. Ini kerana penggunaan website adalah lebih efisyen: terdapat fungsi statistik dan mampu menguruskan produk dengan lebih baik.
Untuk keahlian berbayar, kelab atau informasi, maka blog adalah lebih sesuai, ada fungsi yang boleh ditambah terutama menggunakan blog wordpress (hosting sendiri)
Kedua: Tentukan Jenis kandungan. Adakah isi kandungan yang akan diletakkan adalah kandungan statik ataupun senantiasa up-to-date. Jika
Isi kandungan statik: Website
Isi kandungan yang senantiasa up-to-date: blog
Ketiga: Kemampuan Menulis. Adakah akak mampu menulis hal berkaitan untuk setiap hari atau hanya seminggu atau sebulan sekali? Jika akak mampu menulis
Setiap Hari: Blog
Lebih dari Seminggu Sekali: Website.
Ini bergantung kepada kemampuan akak menulis. Jika anda boleh menulis dengan baik, update hari-hari maka blog adalah laman yang sesuai untuk akak.
p.s: mengupah orang lain boleh juga tetapi memerlukan $$ lah ya..
Masih Tidak Pasti?
Jika akak tidak pasti, buatlah blog percuma di http://www.blogger.com dahulu untuk percubaan. Jika tiada tujuan untuk membuat website, hanya sekadar mahu berkogsi pendapat, maka blog juga diutamakan.
Jika mahu membuat website perniagaan (yang menjual produk), maka blog juga sebenarnya satu kemestian sebagai pelengkap kepada website berkenaan. Akak boleh meletakkan post tentang pelanggan terbaru, testimoni mereka, dan informasi atau pengalaman diblog tersebut.

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I graduated in Information Technology from UTP and now working as Programmer and Technical Director

Aug 23rd, 2006 at 1:59 am
Ya….. blog memang memerlukan kerajinan ia juga secara tidak langsung mengasah skills menulis anda :D
[Reply]
Aug 23rd, 2006 at 8:44 am
yup..macam saya sekarang, alhamdullilah, sehari sekali dah mampu updates.
InsyaAllah 2x sehari pun dapat lagi sebenarnya.. :)
[Reply]
Aug 26th, 2006 at 1:37 am
yep, tapi kadang2 tu sibuk sampai tak cukup masa nak menulis blog, apatah lagi nak jenguk blog2 orang lain.
[Reply]
Aug 26th, 2006 at 3:39 am
hehe..macam saya gunakan extension dari firefox untuk simpan rss, bila lapang saya bacalah.
Tapi kalau sibuk, biarkan dulu takpe kerana saya pasti akan dapat tau yang mana post saya dah ketinggalan ;)
[Reply]