Anda Berada di > Muka Utama / Bahasa Melayu, Macam-macam, Pembangunan Diri/Motivasi, Penulisan Blog / Bila Waktu Anda Menulis Post? - Blog Rasmi RajaBlog.info

Bila Waktu Anda Menulis Post?

Bila waktu paling sesuai untuk anda menulis post untuk blog-blog anda? Tak kira la blog kesayangan, blog kerja, blog Adsense, blog gosip atau apa saja. Mungkin anda menulis sendiri atau mengupah orang lain untuk anda. Itu tak menjadi masalah :)

Cuma bila anda rasa waktu paling sesuai untuk update blog anda? Maklumlah banyak komitmen. Terutama yang bekerja, apatah lagi yang masih belajar. Lain orang lain ragamnya, ada orang suka update blog pada awal pagi, tengahari, lewat petang, dan ada yang update malam-malam!

Saya pun dulu macam tu, sekarang pun kadang-kadang macam tu. Tak tau bila masanya nak update yang paling sesuai. Oleh itu, saya cuba jadual baru. Update malam hari dan set auto-post, supaya ia publish pada esok hari, pada awal pagi. Contohnya, saya update malam ni, dan set jam 8 pagi esoknya. Jadi, esok saya dah jimat masa untuk update. :)

Apa untungnya buat macam ini? Banyak :D Salah satunya, anda dapat capt bilangan pembaca yang aktif pada waktu pagi. Terutamanya jika mereka seubscribe pada blog anda. Pagi-pagi buka email, dah nampak blog anda ada update. Nanti jam 10 pagi, ada pula golongan yang suka surfing sambil minum teh, dan nampak blog anda dah update. Lewat petang, lagi lah senang hati tengok ada bahan baru untuk dibaca.
Dan jika waktu posting anda konsisten, orang akan tahu bila waktu paling sesuai nak ke blog anda, dan ini memudahkan pembaca anda. Kan bagus bila orang suka baca blog kita. :) Mungkin anda juga boleh cuba cara ini. :)

p.s : juga sesuai jika anda merupakan affiliate untuk produk tertentu. cuba bayangkan paper yang anda selalu baca, keluar jam 12 tengahari? tak seronok bukan? tapi bila keluar awal pagi, anda dapat tau banyak bacaan baru di awal pagi lagi. :)

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

10 Responses to “Bila Waktu Anda Menulis Post?”

  1. dulu saya selalu buat macam tu..memang terbukti best..

    tapi kali ni, saya dah ambil ruang masa yang agak lama.iaitu 3hari.

    so, saya akan tulis bila2 masa je dan publish kan artikel tu jam 12.50 am pagi..hehe..biasanya yang burung hantu tu memang menyinggah la..( terutama student ipt )..

    [Reply]

    ramzwatcher Reply:

    haha..ngate dakukah ini..

    [Reply]

    DikMal Reply:

    burung hantu kah kamu? hhahaha :D saya tak :D

    [Reply]

    naem Reply:

    jangan risau, sebab rasanya kita semua ni memang burung pungguk..hehehe..malam2 keluar cari makan dalam online

    [Reply]

  2. post entri pun kena ada time dia juga ker!!?? aku main hentam kromo jer wakaka

    [Reply]

  3. hmm..menarik jgak yek..sy post maen hentam jek..biasa post tgh malam..lpas nie set time dlm kol7/8 pagi la..heee..

    [Reply]

  4. Cuba lah :) Nak pula kalau kita nk promote sesuatu benda baru, yang orang lain pun ada hak nk promote sama. Saiap yang lebih untung? Yang mula mengiklan seawal pagi, atau lewat petang :)

    [Reply]

  5. Selalunya jika ada masa terluang atau ada ruang yang selesa sama ada dikala bekerja atau bila hadirnya idea barulah sesuai kita menulis Post kita. Jika tidak boleh buat Post dengan membuat cut and paste artikel yang boleh dikongsi bersama..

    Sepertimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “Senyum itu sebagai suatu sedekah”. Oleh kerana itu jadikan Post yang simple yang dapat memberi manafaat itu sebagai suatu sedekah juga kerana ingat-mengingat sesama insan adalah suatu perkara yang baik diamalkan.. wallahualam

    [Reply]

  6. Terima Kasih bro kerana mengingatkan saya dan juga pembaca lain.

    [Reply]

  7. saya punya post ikut mood laa nak post bila2. pakai hentan aje laa labu nak post bila waktu yang mana berkehendak… wuahahahaha…

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <blockquote cite=""> <code> <em> <strong>