Betul Ke Content is KING?

Saya ucapkan terima kasih kepada bro hasrul atas komitmen dan support yang beliau tunjukkan kepada cabaran 40 hari ni.. Saya menghargainya. Thanks bro!

Oh ya, juga semalam saya telah menerima 1 penyertaan dari si jebat. Beliau cuba menyahut cabaran 40 hari ni. Selamat Datang diucapkan.

Yosh!! kembali kepada topic utama.

Saya tertarik dengan 1 thread di wangcyber.com yang diwujudkan oleh saudara admin iaitu Shuth bertajuk ?Apa sebab anda lawati sesuatu blog?”

Poll jawapan yang dicadangkan oleh beliau adalah:

  1. Kerana info & isi kandungannya yang menarik
  2. Kerana saya kenal @ rasa respect terhadap pemiliknya
  3. Kerana rekabentuk blog tersebut yg menarik
  4. Sebab dia lawat blog saya.. so saya pun lawat lah blog dia
  5. Tiada sebab khusus.. saje-je jalan-jalan

tn_wcthread_kecil Betul Ke Content is KING?

 

Dan pilihan terbanyak setakat ini adalah pilihan pertama iaitu kerana info dan isi kandungannya yang menarik, seperti yang dijangka ;)

Sebagai penulis dan pemilik blog, saya dan anda harus sedar bahawa informasi adalah produk kita. Sebab itulah informasi yang dibekalkan perlulah ada personaliti, berkualiti dan menarik!

Jika anda dapati pelawat anda kurang, itulah masalahnya (selain promosi |o|)
Jika blog anda tidak mendapat komen, itu jugalah masalahnya

Tiada info yang menarik disana. Maka tidak hairanlah adsense terus tak naik-naik. Sedar atau tidak, jumlah pelawat sebenarnya adalah sumber kewangan kepada pemilik blog.

Anggap saje lebah adalah pelawat dan blog adalah sarang. Kita andaikan semakin banyak lebah, semakin banyak jugalah madu yang dikumpulkan. Dari madu tersebutlah pemilik sarang lebah mendapat duit! Begitu jualah dengan pemilik blog. Pendapatan dari adsense, chitika, pay per post atau namakan apa sahaja, semuanya pasti bergantung kepada traffik. Dan trafik pula datang dari content, setuju?

Saya ambil contoh blog ppcimages saya. Dulu ia senang mendapat lawatan dari pelbagai region. Ada yang datang dari French, ada yang datang dari jepun, USA, Australia dan negara-negara yang tak pernah saya dengar pun ada!

Dan lebih mengembirakan, banyak juga klik dan hasil yang dapat dituai dari sana, ho ho ho..

Tapi semenjak dua menjak nie pelawat dari sana menurun sebabnya saya dah lama tak updates dengan pelbagai informasi baru dan berkualiti.
So skang saya dalam proses menambahkan post-post berkualiti semula di sana kerana sememangnya Content is KING!

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

7 Responses to “Betul Ke Content is KING?”

  • Yeah rite!! For those who are looking for information on any products – anything, bzs buzz, financial or shares etc, readers will definitely will look for the contents, the reliability of the info and is it the latest…the style and the personality of the blog doesn’t really matters, what’s important is the quality of the msgs delivered, on the other hand, ‘niche blog’ attracts more visitors from blog’s theme, personality, and the presentation though at times the contents are meaningless….even blubbing blogs get more visitation with the concept of criteria no 4–>visiting each other..

    p/s I personally dont visit the sites that none of my interests regardless the contents, style or personality . But do obligated if they visited mine.

    [Reply]

  • ramzwatcher:

    If you come to my blog and i notice it, i’ll also go to ur blog :P kinda appreciate each other ;)

    [Reply]

  • Absolutely! Appreciation.It’s a nice gesture ,plus broaden your circle of friendship, even by means of ‘reality’.

    [Reply]

  • Betul tue… content is king.

    [Reply]

  • Yes.. content is king. Tak kiralah sama ada dalam bentuk tulisan atau multimedia (video, audio dsb..) tapi content tu mestilah yang membawa makna dan informasi kepada pengunjung.. Lebih bagus content, lebih keraplah pengunjung tu datang balik..

    [Reply]

  • ramzwatcher:

    betul tu bro. Subscriber feeds pun akan makin ramai (bleh la show off kalau ramai, kalau cam saya baik takyah..keh keh keh..)

    [Reply]

  • Betol sangat. Kandungan blog adalah hal utama yang patut kite pelihara. Tulisan dengan mutu bagus akan membuat pengunjung betah dan setia untuk melawat blog kite.

    [Reply]

Leave a Reply