Anda Berada di > Muka Utama / Bahasa Melayu, Kajian, Tips Traffik, Utama, aplikasi / Best Gunakan Autoresponder mahal rupanya! - Blog Rasmi RajaBlog.info

Best Gunakan Autoresponder mahal rupanya!

Assalamualaikum wbt

Adakah anda menggunakan autoresponder? Wikipedia menafsirkan Autoresponder merupakan program komputer yang akan membalas secara automatik email yang dihantar kepada anda. Sebagai contoh terima kasih, dan seumpamanya. Bagaimanapun dari sudut marketing, autoresponder digunakan untuk menghantar email atau email bersiri selepas subsriber sudi mendapatkan email dari anda melalui proses verify.

Sebelum ini saya telah mengambil masa 2 tahun untuk mencari alternatif kepada autoresponder terkenal seperti aweber dan getresponse iaitu $18@ $20, bersamaan RM 65 sebulan. Tambah 3 ringgit, anda boleh support pembantu anda untuk akses streamyx tanpa had.


Ya, ia agak berkos tinggi jika hanya digunakan 1 kali saje dalam sebulan. Sebab itu saya fikirkan pelbagai alternatif tapi akhirnya terpaksa akur.

Saya pernah mencuba pelbagai script dan menjumpai Autoresponder UnLimited. Pada awalnya ia menjadi tapi menurut salah seorang pengguna terdahulu, ia akhirnya akan rosak setelah mencecah ribuan subscriber dan data hilang begitu sahaja - amat bahaya! Kemudian jumpa pula script Autoresponder siap boleh jadi provider autoresponder. Belilah saya dengan tersenyum sampai ke telinga. Lepas tu dapat tau hosting biasa takleh pakai benda macam ni. Oh! Terlopong dan termenung memikirkan duit terbang begitu sahaja. Maka cara terakhir sekitar oktober 2007 yang by rules nya patut menjadi solusi yang terbaik, saya mendapatkan autoresponder sekali caj pada harga $47 di responsebot.com. 5 bulan saya gunakan ia tanpa masalah dan ia pasti menguntungkan kerana anda hanya perlu bayar sekali sahaja lifetime tapi akhirnya pada bulan februari lepas, scheduled message tidak dapat digunakan hingga ke hari ini. Maka tamatlah riwayat kesan degil…

Kini saya gunakan servis autoresponder dari aweber pada harga $20 dan berpuas hati dari servis tersebut meskipun saya rasakan ia masih lagi mahal, itupun nasib baik kerana ada manusia yang sanggup berkongsi kasih. Terima kasih la kepada insan yang terlibat.

Pengajaran buat saya dan anda: Cukuplah mencuba script picisan. Cari rakan yang mampu berkongsi autoresponder yang terbukti fungsinya untuk jimatkan kos untuk something yang kita jarang gunakan…

 

Rujukan: Autoresponder dari Wikipedia

Entri Berkaitan

  • Tiada Entri Berkaitan

8 Responses to “Best Gunakan Autoresponder mahal rupanya!”

  1. Tapi bagi saya, kos agak mahal sikit. Sebab bagi orang baru terpaksa mengeluarkan kos bayaran penggunaan autoreponder sebelum mendapat keuntungan.

    Saya rasa elok cari yang lain yang lebih baik daripada mengeluarkan kos-kos yang pada permulaannya tidak perlu.

    Sebenarnya sistem autoreponder menggunakan script php dimana penciptanya mahir dan berpengetahuan dalam sistem berkenaan.

    Di Malaysia belum ada lagi programmer yang tahu tentang perkara itu.

    Sebab saya baru sahaja mempelajari script php untuk memproses borang. Daripada situlah saya berfikir bagaimana sistem itu berfungsi.

    Mungkin ada sesetengah mereka yang mahir dengan script ini dan boleh membangunkan sistem autoresponder untuk pengguna di malaysia.

  2. jika ada duit lebih. Pakaila. Terutamanya dalam bulan2 yang memang korang suka pakai.

    titan’s last blog post..Clickbank sudah Gila?

  3. Ia bukan setakat bagus malah kita mampu merancang segala strategi marketing tanpa ada sebarang gangguan sebagai contoh penggunaan perkataan-perkataan yang dilabel SPAM.

    Salam

    http://www.koleksipercuma.com

  4. Macam tahu jerk sape insan itu…kui kui kui

    catzers last blog post..Oh..Oreo Spill

  5. ia la… kenal sangat sapa yang kehilangan subscriber waktu pakai autoresponder unlimited tu…

    ams last blog post..Comment on Akhirnya Bergerak Jugak Alexa Rank Aku!! by Am

  6. RajaBlog, saya nak tanyalah.. Guna Aweber tuh boleh tak kita setkan autoresponder yang banyak dalam satu akaun? Contohnya saya mungkin nak list A untuk produk A, list B untuk produk B dan seterusnya.. Tapi saya ada satu jer akaun Aweber. Boleh tak?

  7. Boleh cikgu. Takde masalah. Unlimited.

    Disadvantages

    Cuma yang sakitnya Aweber ni harga baru dah start jun lalu. $$19 tu utk kurang dari 500 subscriber.

    Makin ramai subscribers, makin banyak kita kene bayar.

    Advantage aweber pula adalah ada blog broadcast. Boleh macam hantar newsletter kepada subsribers pada tarikh yang kita pilih. :D

  8. Terima kasih Raja Blog.. Saya sedang consider untuk gunakan Aweber ni.. Kalau dapat kongsi dengan orang macam yang awak buat ni pun bagus jugakan.. Baru $10 jer sebulan..

    Tentang 500 subscriber tuh tak apa.. Saya nak gunakan autoresponder ni untuk projek khas.. So rasanya subscriber tidak akan lebih dari jumlah tersebut..

    Terima kasih sekali lagi..

    P.S.: Maaflah, saya terlupa yang sebenarnya saya tanya dalam blog, bukan hantar message.. My weakness, I guess!

Leave a Reply

You can use these XHTML tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <blockquote cite=""> <code> <em> <strong>