Bengkel Wordpress Anjuran Catzer
Rakan saya catzer telah mengumumkan mengenai bengkel yang dianjurkan beliau sejak 2 minggu lalu, Cuma baru hari ini saya dapat menulis tentang hal ini. (Maafkan aku catz sebab lambat)
Bengkel Wordpress ini telah di anjurkan oleh Cik Zamroszita. Berikut adalah profile beliau yang saya petik dari ruangan ‘Tentang Saya’:
Di dalam bengkel ini, Catzer akan mendedahkan langkah-langkah penting untuk membina laman web menggunakan WordPress yang perlu anda kuasai dalam usaha untuk menghasilkan laman web anda dengan kos yang minimum.
Setelah meneliti isi kandungan pembelajar dalam bengkel tersebut, saya boleh simpulkan bahawa ianya sesuai untuk pengguna baru dalam pembinaan laman web, blog dari Wordpress. Boleh dikatakan dari mula hinggalah blog disiapkan telah dicover oleh beliau.
Harga bengkel ini RM290. Itupun anda dah dapat 1 hosting dan 1 domain name untuk setahun (anggaran saya ia bernilai RM 100 jika anda beli berasingan).
Modul – modul yang disediakan:
• Modul Eksklusif 1: Pengenalan Dan Pemasangan Wordpress
• Modul Eksklusif 2: Konfigurasi Dan Kemaskini Laman Web Wordpress
• Modul Eksklusif 3: Membina Isi Kandungan Laman Web Wordpress Anda
• Modul Eksklusif 4: Membina 3 Model Laman Web Menggunakan Wordpress
• Modul Eksklusif 5: Pendedahan Eksklusif Menjana Trafik dan Wang ke Laman Web Wordpress Anda
Berbaloi untuk Newbie..
Apa yang menariknya, anda boleh belajar bagaimana melakukan customization keatas wordpress. Memang wordpress adalah percuma, Cuma untuk melakukan customization untuk menjadikan ia minisite, directory dan sebagainya, anda memerlukan pengetahuan dalam coding html, php dan keupayaan wordpress yang hanya boleh dapati daripada pengalaman dan pembelajaran secara berterusan.
Yang mungkin tak menarik nanti adalah bagaimana beliau mahu menguruskan support nanti. Cuma apa yang saya tahu, beliau memang suka tolong orang ;)
Jika anda berminat, anda boleh sertai bengkel sabtu ini atau pada 26hb April nanti di www.BengkelWordpress.com

Welcome to Rajablog.info from Ramzan! I graduated in Information Technology from UTP and now working as Programmer and Technical Director

Apr 7th, 2009 at 4:09 am
thanks beb..busy tul ko erk skang ni.. :)
[Reply]
ramzwatcher Reply:
April 7th, 2009 at 10:28 am
No problem. Itulah, susah gak jadik programmer neh :D
And Congrats!!
[Reply]
Apr 13th, 2009 at 10:02 am
Lama betul tak singgah sini..
[Reply]
May 10th, 2009 at 10:01 am
bagus ade bengkel mcmni
salam,
melayu boleh
[Reply]
Aug 1st, 2009 at 1:41 am
nie..first time aku singgah kat raja blog nie..hehehe salam semua.
[Reply]
Oct 22nd, 2009 at 11:13 am
macam bset je g kursus catzer ni…teringin nak g kalau ada kurus mcm ni skali
[Reply]